Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat negara dan negeri Sabah ketika ini suhunya ada masa mencecah 34 hingga 36 darjah Celcius.
Suhu boleh cecah 34 – 37 darjah Celcius
Kalau di bahagian utara seperti Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak pula, rekod menunjukkan suhu yang tercatat adalah sehingga 37 darjah Celcius.
Fenomena biasa
Walau bagaimanapun, Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.
Apa yang perlu dilakukan?
IKLAN
1. Banyakkan minum air
Anda digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan tubuh anda terhidrasi. Ini kerana jika kekurangan air, tubuh anda boleh menjadi lemah.
2. Banyakkan duduk dalam rumah
IKLAN
Kalau sebelum ini anda suka berjalan pada hujung minggu, apa kata buat masa ini rehat sahaja di rumah. Selain dapat mengelakkan diri daripada terkena sinaran matahari yang melampau di samping bahang panas bumi, banyak risiko keselamatan diri dapat dijaga.
3. Buka tingkap untuk peredaran udara
Buka tingkap untuk udara mengalir masuk ke dalam bahagian rumah anda. Jika tidak, udara yang terperap dalam rumah menyebabkan suhu dalam rumah itu sendiri semakin bertambah dan anda akan berpeluh setiap masa.
IKLAN
4. Boleh gunakan penghawa dingin
Ketika dalam keadaan kritikal sebegini, tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin kerana alat tersebut mampu menyejuk suhu dan menghilangkan rasa panas yang melampau.
5. Kerap mandi
Kerap basahkan badan anda dengan mandi. Mandi dapat sejukkan diri anda selain mengelakkan anda terkena migrain atau hidung berdarah secara tiba-tiba.
Dalam tempoh sedekad yang lalu istilah ‘toksik maskuliniti’ sering kali kita dengar dan diperkatakan. Malah ia menjadi satu topil yang cukup hangat diperbincangkan dalam pelbagai jenis media dan juga platform.
Toksik maskuliniti sebenarnya merujuk kepada norma-norma sosial yang menekankan ciri-ciri maskuliniti yang dominan, seperti kekasaran, keberanian berlebihan, penindasan emosi dan penekanan terhadap kejantanan yang berlebihan.
Fenomena ini berpotensi memberikan kesan yang merugikan kepada lelaki dan masyarakat secara keseluruhannya.
Pengertian Toksik Maskuliniti
Toksik maskuliniti mendorong persepsi bahawa lelaki harus sentiasa kuat, tegas dan tidak boleh menunjukkan kelemahan.
Ini mengakibatkan lelaki sering menekan emosi mereka dan enggan untuk berbicara tentang masalah yang menyakitkan hati mereka. Mereka juga mungkin mengelak daripada mencari bantuan psikologi kerana takut dianggap lemah atau ‘tidak cukup lelaki’.
Kesan Terhadap Lelaki
Gangguan Emosi – Toksik maskuliniti boleh menyebabkan gangguan emosi seperti stres kronik, kecemasan dan depresi. Lelaki mungkin terpaksa menyembunyikan perasaan mereka, yang pada akhirnya boleh merosakkan kesejahteraan mental mereka.
Hubungan Bermasalah – Norma-norma toksik maskuliniti dapat membentuk hubungan yang tidak seimbang. Kekerasan fizikal, emosi, atau verbal mungkin berlaku, dan komunikasi yang sehat seringkali terhalang.
Isolasi Sosial – Lelaki yang terperangkap dalam persepsi maskuliniti yang toksik mungkin merasa terasing dari rakan-rakan dan keluarga. Mereka mungkin enggan membuka diri untuk berinteraksi dengan rasa takut disalahkan atau diketepikan.
Penindasan Kreativiti dan Kepelbagaian – Mematuhi norma-norma maskuliniti yang toksik boleh menyekat perkembangan dan pengekspresian diri yang lebih bebas. Lelaki mungkin merasa terikat untuk mematuhi stereotaip tertentu.
Keganasan Gender – Toksik maskuliniti boleh memberi sumbangan kepada keganasan gender dengan merangsang budaya kekerasan, menggalakkan hegemoni maskuliniti yang agresif.
Pembangunan Sosial Tidak Seimbang – Norma-norma toksik maskuliniti boleh menghalang pembangunan sosial yang seimbang. Ini termasuk penolakan terhadap peranan lelaki sebagai pengasuh dan pendengar yang berkesan.
Peminggiran Emosi – Masyarakat yang memperkukuhkan toksik maskuliniti cenderung mengekang kemampuan lelaki untuk mengakui dan memahami emosi mereka sendiri dan orang lain.
Kurangnya Empati – Ketiadaan promosi untuk kesedaran emosi dan kemampuan berasa dalam toksik maskuliniti boleh mengurangkan kemampuan individu untuk bersimpati dan memahami orang lain.
Langkah Ke Arah Perubahan Positif
Penting untuk mendorong perubahan norma-norma maskuliniti yang toksik bagi kebaikan lelaki dan masyarakat. Beberapa langkah yang boleh diambil adalah:
Pendidikan dan Kesedaran – Mengedarkan maklumat tentang toksik maskuliniti dan kesan negatifnya dapat membantu memecahkan stereotaip dan menggalakkan perbincangan terbuka.
Membina Kemahiran Emosi – Memupuk kemahiran menguruskan emosi dan menggalakkan perbincangan tentang kesejahteraan mental adalah penting.
Model Peranan Positif – Memperlihatkan contoh maskuliniti positif melalui media dan masyarakat boleh membentuk pandangan baru terhadap kejantanan yang seimbang dan inklusif.
Menggalakkan Sokongan Sosial – Mewujudkan persekitaran yang memahami dan menyokong membantu lelaki merasa lebih selamat untuk membuka diri dan berkongsi.
Kesimpulannya, toksik maskuliniti bukan sahaja memberikan kesan kepada lelaki, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Dengan usaha bersama untuk mengubah norma-norma ini, kita boleh membina masyarakat yang lebih inklusif, empatik, dan seimbang.
Siapa cakap produk kulit hanya disediakan untuk golongan wanita sahaja? Jawapannya silap kerana lelaki juga memiliki peluang yang sama.
Memanglah lelaki ramai yang suka guna sabun untuk bersihkan muka namun tak salah kalau sekali sekala guna produk tertentu.
Kebanyakkan lelaki takut untuk menggunakan produk penjagaan kulit kerana anggapnya mahal dan tidak berseuaian dengan jantina.
Ada yang beranggapan kurang macho kerana terlalu menjaga kulit tetapi, laratkah anda dibebel oleh kaum wanita kerana kulit anda yang menggelupas dan kering serta jerawat?
Dalam entri ini, MASKULIN kongsikan beberapa produk yang lelaki boleh pakai dan menariknya, semua harga yang ditawarkan tak cecah RM50.
1. Safi Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya
Bila dengar Safi mesti takutkan? Mesti rasa produk ini untuk wanita sahajakan? Sebenarnya, jantina kulit tidak begitu memainkan peranan di sini, namun jenis kulit amat penting.
Jika anda mempunyai kulit normal, tidak salah jika anda memakai produk ini. Belum cuba belum tahu kan?
Produk keluaran Safi ini memang sesuai untuk mereka yang berkulit kering kerana ia mengandungi Aloe Vera yang memang baik bagi yang mempunyai masalah kulit kering tu.
Di samping itu, ia dapat melicinkan kullit muka, jadi tak perlu risau dengan kulit mengelupas.
2. Himalaya Nourishing Skin Cream
Produk ini memang ternyata berkesan terutamanya kepada anda yang serasi dengan produk ini. Ia mempunyai campuran Aloe Vera dan herba yang dapat menganjalkan kulit dan tidak berminyak jika dipakai.
Pelembap ini dapat berikan perlindungan pada kulit dari cuaca panas seperti cuaca di Malaysia ni.
3. Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Produk Organic Aid ini memang direka untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Ia bukan hanya melembapkan, malah ia dapat mengekalkan kulit supaya sihat dan berseri. Anda mesti terbiasa dengan perasaan seperti kulit disiat-siat apabila berhadapan dengan cahaya matahari yang terik kan? Produk ini boleh melagakan kesakitan anda tu, tak berminyak dan mudah serap.
4. Innisfree Aloe Revital Soothing Gel
Produk dari Korea ni memang kaya dengan zat dan bahan utamanya tentulah Lidah Buaya yang tentunya memberi manfaat dalam apa jua jenis penyakit.
Ia menggunakan 93% lidah buaya organik dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Produk ini boleh melegakan kulit yang rosak yang disebabkan cuaca panas dan pancaran sinar UV. Produk Innisfree ini juga memberi intensive moisture pada kulit muka anda.
5. L’Oreal Hydrafresh Genius Multi Active Essence Cream
Produk ini juga sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit kering kerana ia memang menjanjikan kelembapan kulit selama 24 jam.
Satu botol kecil ini saja boleh menghidratkan kulit dan penuh dengan khasiat membolehkan kulit anda lembut sepanjang masa.
Bahan utama dalam moisturizer ini ialah air pergunungan Perancis, hyaluronic acid dan provitamin B5.
Bagi pembeli rumah pertama, tentu sekali anda rasa teruja untuk memiliki rumah idaman. Namun sebagai pembeli rumah pertama, tentu sekali anda blur dengan segala prosedur yang perlu anda lalui.
Supaya permohonan membeli rumah pertama anda berjalan lancar, sebaiknya anda baca perkongsian Penasihat Hartanah, Afiq Shamnazri tentang tiga fasa yang perlu pembeli rumah pertama lalui sebelum memiliki rumah.
Semoga perkongsian beliau ini dapat memudahkan anda untuk memohon, sekali gus memberi panduan tentang proses membeli rumah pertama sehingga anda berjaya mendapatkan kunci.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...