Susuk tegap tubuhnya bukanlah satu kurniaan percuma. Dedikasi dan konsistensi perlu ada. Pengorbanan masa dan tenaga adalah kunci utama. Kini, dia hadir dengan personaliti bergaya. Bukan sekadar inginkan tumpuan, tetapi demi penjagaan kesihatan dan keyakinan berterusan, kerana baginya masa depan menjadi taruhan. Itulah prinsip jitu Faez Nick, antara bintang bina badan yang makin bersinar.
Definisi lelaki maskulin? Definisi lelaki Maskulin bagi saya ialah perwatakan yang menarik dan seorang yang bersifat metrosexsual. Yang bijak menjaga diri dan personaliti di hadapan sesiapa pun.
Motivasi diri. Kecergasan diri menjadi keutamaan sejak saya bermula di gim. Yang pasti, setiap dari lelaki khususnya inginkan tubuh yang cantik dan sihat. Itulah motivasi setiap hari.
Rutin kecergasan. Saya amat mementingkan rutin senaman kecergasan di gim. Saya akan memastikan masa ada untuk saya workout 5 kali seminggu. Jenis-jenis senaman saya sasarkan di bahagian tertentu mengikut hari (Isnin-dada, Selasa-belakang badan, Rabu-bahu, Khamis-bicep dan tricep, Jumaat-kaki). Dan yang paling penting, senaman otot perut (abs) pasti akan saya lakukan setiap hari tanpa skip. Selain tiu, aktiviti jogging dan banyakkan aktiviti luar yang sihat.
Lelaki dan bidang kecergasan. Ternyata tidak dapat dipisahkan. Kini sudah semakin banyak lelaki yang mulai sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan keseimbangan tubuh badan. Lelaki harus membina badan kerana pertama, untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang, kedua bagu menampilkan keyakinan diri pada seseorang, dan ketiga untuk pandangan yang positif pada setiap individu.
Ads
Inspirasi. Inspirasi saya dalam bidang bina badan adalah Lazar Engalov.
Sasaran 5 tahun. Mengekalkan bentuk badan “Men Fitness” atau “Men Physique” dan menjadi model kecergasan agar dapat menjadi idola dan contoh buat semua.
Gym parter.Gym Partner bagus pada setiap individu, memudahkan lagi apabila seseorang itu sukar untuk mengangkat beban yang berat. Mereka dapat memberi sokong bersama. Dan yang paling penting, tidak mudah bosan.
Ads
Lelaki berkahwin sukar jaga badan. Pandangan Faez? Paling penting pada orang yang sudah berkahwin, ialah pertama kali harus menjaga pamakanan . Sekiranya ingin mengekalkan kecergasan, “Mind Set” bergantung pada individu. Perlu buang sikap malas dan teruskan berusaha. Jangan jadikan kengkangan keluarga alasan untuk tidak ke gim.
Nasihat. Sentiasa beruasaha dalam apa jua sekali, jangan mudah mengalah. sentiasa renung gambar atau video “Idola” untuk pembakar semangat.
PROFIL:
Nama Penuh : Nik Muhamad Faiz Bin Nik Mohamad Fauzi
Ads
Nama Komersial : Faez Nick
sihat
Tarikh Lahir : 1st May 1993.
Tempat Lahir : Johor Bahru.
Pencapaian dalam pertandingan bina badan:
-Tempat ke 4 Mr.ACT 2013.
– Tempat ke 3 Mr.Meru 2014.
– Tempat ke 2 Exclusive Body Challenge 2014.
– Juara Alim Budin Classic 2014.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat bagi menolak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan solat hajat itu di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Solat hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
“Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
“Dan terakhir ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru umat Islam di negara ini supaya membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-NYA.
DALAM Islam, ibadah haji adalah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan diwajibkan untuk mengerjakan haji di Mekah sekali seumur hidup. Tidak dinafikan, setiap umat Islam sememangnya mempunyai hasrat untuk ke Mekah sama ada mengerjakan umrah atau ibadah haji. Ini 5 Tips Berguna Ini Buat Anda Yang Mengimpikan Haji Di Usia Muda
Jom, ikuti perkongsian beliau di bawah:
Ketika saya menulis coretan-coretan pengalaman saya menunaikan haji dalam posting-posting sebelum ini, beberapa orang rakan bertanyakan tips bagaimana saya boleh menunaikan haji lebih awal di usia muda. Sejujurnya, saya sendiri tidak menyangka menerima panggilan-Nya seawal ini, dalam keadaan kurang bersedia.
Saya menerima tawaran haji beberapa hari sebelum 1 Syawal yang lepas untuk diberi jawapan dalam masa 14 hari. Selepas menjawab surat tawaran, perlu siapkan dokumen dalam masa kurang 2 minggu. Selepas dokumen dihantar, hanya kira-kira 10 hari lagi tarikh penerbangan. Jadi, persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci hanyalah kira-kira sebulan sahaja.
Jadi saya ingin berkongsi beberapa tip yang boleh dijadikan sedikit panduan kepada rakan-rakan berdasarkan pengalaman yang ada. Tuan-Puan dipersilakan tambah jika ada, dan boleh ajukan soalan yang berkaitan. Jika mampu, saya akan respons sebaik mungkin.
Ini paling penting, jika hendak pergi menunaikan haji melalui Tabung Haji. Perlu daftar terlebih dahulu melalui Tabung Haji. Ada yang menyangka dengan membuka akaun Tabung Haji, bermakna sudah mendaftar untuk menunaikan haji. Saya pun dahulu menyangka begitu. Tapi sebenarnya bukan begitu.
Membuka Tabung Haji bermaksud kita mulakan simpanan di dalam akaun Tabung Haji. Untuk membuka akaun TH, hanya perlukan minimum simpanan RM2 sahaja. Manakala untuk mendaftar giliran menunaikan haji pula, memerlukan minimum simpanan RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji.
Selepas mempunyai simpanan minima RM1,300 barulah kita layak untuk mendaftar bagi memohon giliran menunaikan haji. Jika sebulan kita simpan RM100, hanya memerlukan setahun sebulan sahaja untuk cukup RM1,300 supaya kita layak mendaftarkan diri untuk menunaikan haji. Kita juga boleh gunakan wang KWSP untuk tujuan ini. Dan jika baru hendak daftar sekarang, giliran menunaikan haji sekitar 50 tahun akan datang. Ya, 50 tahun akan datang. Jadi, usah bertangguh untuk mendaftarkan giliran haji.
Lama? Ya memang lama. Itulah cabaran dan ujian pertama hendak menunaikan haji. Ia sekali gus menunjukkan kita mempunyai iltizam untuk menunaikan haji. Jika kita ada anak yang masih kecil, daftar cepat-cepat. Supaya mereka tidak menerima nasib seperti kita menunggu lama untuk menerima panggilan Baitullah.
Kos sebenar untuk menunaikan haji ialah RM19,550. Kita di Malaysia bertuah kerana lebih separuh ditanggung oleh Tabung Haji. Daripada RM19,550, kita hanya perlu membayar RM9,980 apabila hendak menunaikan haji kelak. Selebihnya ditanggung oleh TH. Ya, hanya RM9,980 kos untuk menunaikan haji menggunakan Tabung Haji melalui mu’assasah Arab Saudi.
Amaun ini sungguh rendah jika kita bandingkan dengan negara-negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei yang amaunnya RM20,000 ke atas. Apabila saya berjumpa dengan jemaah haji negara lain, ini antara perkara yang kami bualkan dengan mereka, dan apabila saya maklumkan amaun ini, rata-rata terkejut.
Langkah seterusnya selepas kita mendaftar haji adalah dengan memastikan kita mempunyai sekurang-kurangnya RM9,980 di dalam akaun Tabung Haji untuk tujuan menunaikan haji. Tidak sampai pun RM10,000. Jika sebulan kita simpan RM100, kira-kira 7 tahun selepas kita daftar haji, duit kita akan cukup RM9,980 dengan anggaran keuntungan purata TH 6%.
Langkah seterusnya, ialah membuat rayuan untuk menunaikan haji. Secara normal, tempoh menunggu untuk mendapat giliran menunaikan haji boleh mencecah sehingga 50 tahun.
Tempoh ini adalah untuk jemaah yang ingin menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui mu’assassah Arab Saudi. Jadi, hendak tak hendak, kita perlu usahakan untuk merayu supaya giliran itu dipercepatkan. Sebab dalam tempoh 10 ke-50 tahun, macam-macam perkara boleh berlaku.
Untuk mempercepatkan giliran, kita perlu buat rayuan ke Tabung Haji. Selalunya 3 – 4 bulan sebelum musim haji bermula, pihak Tabung Haji mula memproses surat-surat rayuan dan menghantar surat balas. Jadi, kita perlu menghantar surat rayuan lebih awal. Sebaiknya selepas tamat musim haji, boleh siapkan surat rayuan untuk dihantar. Pengalaman peribadi, saya mula buat rayuan kira-kira 5 – 6 tahun lepas apabila wang di dalam akaun sudah cukup untuk membayar kos menunaikan haji kira-kira RM10,000.
Dan setiap tahun juga apabila menerima surat balasan rayuan ditolak oleh Tabung Haji, kami akan hantarkan surat baru ke Tabung Haji untuk merayu menunaikan haji. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun merayu akhirnya rayuan kami diterima.
Setiap tahun pasti ada kuota yang kosong atas pelbagai sebab seperti;
Ini tips yang saya terima daripada seorang rakan yang juga jemaah haji. Apabila kita menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji melalui masjid-masjid dalam kariah kita, nama kita akan dimasukkan dalam senarai kehadiran. Jadi, ia memberi kredit kepada kita apabila pihak Tabung Haji membuat penilaian terhadap rayuan haji kita. Perkara ini tidak pernah saya sahkan dengan Tabung Haji. Ia berdasarkan pengalaman peribadi seorang jemaah yang saya temui. Jika ada mana-mana pegawai Tabung Haji berkenaan yang membaca tulisan ini, mohon berikan maklum balas.
Ini merupakan harapan utama dan terakhir jika kita benar-benar berhasrat untuk menunaikan haji. Pergantungan kepada ALLAH adalah segala-galanya. Sebaik sahaja kita sudah cukup wang di dalam akaun Tabung Haji, berdoalah supaya ALLAH memanggil kita menemui-Nya.
Setiap kali bulan Ramadhan pula, ambil kesempatan untuk berdoa supaya giliran kita dipercepatkan ke musim haji tahun berkenaan yang tiba sebulan selepas Ramadhan. Doa ini bukan bermaksud doa sebelum musim haji sahaja. Terus-terusan berdoa sehingga hari-hari akhir penerbangan jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi. Ada jemaah haji yang menerima panggilan Tabung Haji kira-kira seminggu sebelum penerbangan! Ya, seminggu sahaja untuk memberi jawapan dan membuat persiapan
Jadi, jangan berhenti berdoa. Allah pun sudah berjanji akan memakbulkan doa hamba-Nya, dengan pelbagai cara.
Sumber: Afyan Mat Rawi
Via : Says Seismik
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.