Dah Pakai Cantik-Cantik Tu, Apa Kata Ke Tempat-Tempat Ni

Share

Tentunya ramai antara anda yang gemar akan bergambar ala-ala hipster. Outfit Of The Day (OOTD) jangan cakaplah, lihat saja dari post Instagram anda, kami tahu anda berbakat dalam penceritaan menerusi gambar di Media Sosial. Ini tempat-tempat menarik untuk anda bergambar ala-ala Hipster.

 

  • Sasaran, Kuala Selangor

Anda yang gemar selfie, ootd, bergambar Hipster style tu pasti akan teruja dengan tempat ini. Digelar ‘Sky Mirror’

yang terletak di Kuala Selangor ini membolehkan anda melihat reflection anda apabila bergambar. Anda perlu menaiki bot ke kawasan ini, namun percayalah, anda pasti tidak akan kecewa kerana permandangannya yang indah.

 

  • Melaka

Tempat ini sangat mainstream. Tapi, tahukah anda bahawa, Melaka merupakan platform untuk anda mengenali sejarah dengan lebih dekat. Anda boleh posing seperti profesional model disini.

  • KLPAC

Tiada bayaran untuk masuk kedalam kawasan ini. Anda hanya perlu berpakaian menarik dan bersedia untuk beraksi dihadapan kamera. Lokasi di Sentul ini sangat unik kerana terdapat bangunan-bangunan lama masih kekal disitu. Ramai pasangan berkahwin menjalani pengambaran Pre

dan Post wedding mereka disini.

 

  • Kellie’s Castle

Terletak di Ipoh, Perak. Walaupun tempat ini dibanjiri dengan cerita-cerita seram, namun tempat ini menarik untuk bergambar. Bagi yang meminati ukiran dan struktur bangunan lama, pasti anda akan terpesona dengan keindahan bangunan ini. Bayaran masuk hanya RM5.

 

  • Bukit Tinggi

 

Nak merasa seperti bergambar di luar negara? Ini lokasinya. Anda tidak memerlukan kamera canggih untuk bergambar, setiap ‘angle’

akan tampak cantik, walaupun anda tiada kelulusan dalam bidang photography. Ia terletak di Bentong, Pahang. Mungkin anda perlu mengeluarkan sedikit buget untuk kesini. Harga tiket masuk RM13 seorang. Namun, permandangannya ala-ala English Style sungguh memukau.

Selamat Ber ‘OOTD’

IKLAN