Tentunya ramai antara anda yang gemar akan bergambar ala-ala hipster. Outfit Of The Day (OOTD) jangan cakaplah, lihat saja dari post Instagram anda, kami tahu anda berbakat dalam penceritaan menerusi gambar di Media Sosial. Ini tempat-tempat menarik untuk anda bergambar ala-ala Hipster.
Sasaran, Kuala Selangor
Anda yang gemar selfie, ootd, bergambar Hipster style tu pasti akan teruja dengan tempat ini. Digelar ‘Sky Mirror’ yang terletak di Kuala Selangor ini membolehkan anda melihat reflection anda apabila bergambar. Anda perlu menaiki bot ke kawasan ini, namun percayalah, anda pasti tidak akan kecewa kerana permandangannya yang indah.
Melaka
Tempat ini sangat mainstream. Tapi, tahukah anda bahawa, Melaka merupakan platform untuk anda mengenali sejarah dengan lebih dekat. Anda boleh posing seperti profesional model disini.
Ads
KLPAC
Tiada bayaran untuk masuk kedalam kawasan ini. Anda hanya perlu berpakaian menarik dan bersedia untuk beraksi dihadapan kamera. Lokasi di Sentul ini sangat unik kerana terdapat bangunan-bangunan lama masih kekal disitu. Ramai pasangan berkahwin menjalani pengambaran Pre dan Postwedding mereka disini.
Ads
Kellie’s Castle
Terletak di Ipoh, Perak. Walaupun tempat ini dibanjiri dengan cerita-cerita seram, namun tempat ini menarik untuk bergambar. Bagi yang meminati ukiran dan struktur bangunan lama, pasti anda akan terpesona dengan keindahan bangunan ini. Bayaran masuk hanya RM5.
Nak merasa seperti bergambar di luar negara? Ini lokasinya. Anda tidak memerlukan kamera canggih untuk bergambar, setiap ‘angle’ akan tampak cantik, walaupun anda tiada kelulusan dalam bidang photography. Ia terletak di Bentong, Pahang. Mungkin anda perlu mengeluarkan sedikit buget untuk kesini. Harga tiket masuk RM13 seorang. Namun, permandangannya ala-ala English Style sungguh memukau.
Selamat Ber ‘OOTD’
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Swatch sekali lagi mencuri perhatian peminat jam tangan apabila memperkenalkan MISSION TO THE MOON 1969, model MoonSwatch edisi terhad yang dihasilkan bagi memperingati detik bersejarah pendaratan manusia pertama di bulan menerusi misi Apollo 11 pada 21 Julai 1969.
Model istimewa ini bukan sekadar tampil dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada sejarah penerokaan angkasa lepas, malah hanya dihasilkan sebanyak 1,969 unit di seluruh dunia.
Lebih menarik, Swatch turut menggunakan OMEGA 18K Moonshine™ Gold pada beberapa komponen utama jam sebagai simbol penghormatan kepada misi yang mengubah sejarah dunia itu.
Apa yang membezakan MISSION TO THE MOON 1969 daripada koleksi MoonSwatch lain ialah penggunaan emas Moonshine™ Gold yang berasal daripada alat ganti lama OMEGA yang dihasilkan sekitar era Apollo 11.
Emas tersebut kemudiannya dicairkan semula di kilang OMEGA sebelum dijadikan komponen baharu untuk jam edisi khas ini.
Dial, jarum, mahkota serta butang kronograf dihasilkan menggunakan 11 gram OMEGA 18K Moonshine™ Gold, satu angka yang bukan dipilih secara kebetulan.
Selain merujuk kepada Apollo 11, berat emas tersebut turut menjadi simbolik kepada harga emas pada tahun 1969. Ketika itu, 11 gram emas 18 karat bernilai kira-kira 11 dolar Amerika Syarikat.
Sebagai penghormatan kepada detik bersejarah tersebut, Swatch menetapkan harga jam ini pada CHF500, berdasarkan nilai emas pada 21 Julai 1969 dan bukannya harga emas semasa.
Berbeza dengan pelancaran jam tangan biasa, pembelian model ini tidak dibuat secara terus di butik.
Sebaliknya, Swatch memperkenalkan satu sistem permohonan digital dikenali sebagai Electronic Swatch Timepiece Application (ESTA).
Konsepnya diinspirasikan daripada sistem ESTA yang digunakan oleh pelancong untuk memasuki Amerika Syarikat.
Peminat perlu menjawab 32 soalan secara dalam talian, dan hanya 1,969 individu yang berjaya menerima kelulusan akan diberikan hak untuk membeli jam edisi terhad tersebut.
Permohonan dibuka menerusi laman web rasmi Swatch bermula 16 Julai sehingga 21 Julai, sebelum peserta terpilih menerima arahan lanjut untuk melengkapkan pembelian dan mengambil jam mereka di butik Swatch yang ditetapkan.
Selain penggunaan emas Moonshine™ Gold, setiap sudut jam ini dipenuhi elemen yang mengimbau kejayaan Apollo 11.
Reka bentuk dial diinspirasikan daripada OMEGA Speedmaster Gold 1969, model yang pernah dihasilkan bagi meraikan kejayaan misi tersebut.
Jam ini turut menggunakan bezel Bioceramic hitam dengan skala tachymeter berwarna emas, indeks emas bersama kemasan hitam, tipografi OMEGA klasik serta kemasan satin menegak yang menyerlahkan lagi penampilan vintajnya.
Bahagian penutup bateri pula menampilkan ilustrasi bulan berwarna emas yang memaparkan tarikh 21 Julai 1969, lengkap dengan kesan tapak kaki sebagai simbol langkah pertama manusia di permukaan bulan di kawasan Sea of Tranquillity.
Setiap unit juga mempunyai nombor siri tersendiri yang diukir pada sisi sarung jam pada kedudukan jam sembilan, menjadikan setiap satu benar-benar eksklusif.
Dari sudut spesifikasi, MISSION TO THE MOON 1969 menggunakan sarung Bioceramic hitam bersaiz 42 mm dengan ketebalan 13.25 mm.
Ia dipadankan dengan pergerakan quartz chronograph, kalis air sehingga 3 bar serta kaca biosumber berbentuk kotak yang menerima salutan tahan calar.
Tali jam pula menggunakan getah hitam bersama sistem penutupan VELCRO®, dihiasi lapisan dalaman berwarna emas dengan tekstur yang diinspirasikan daripada permukaan bulan.
Sejak kolaborasi OMEGA x Swatch diperkenalkan, siri MoonSwatch berjaya menghidupkan semula minat generasi baharu terhadap model Speedmaster yang cukup ikonik dalam sejarah penerokaan angkasa.
MISSION TO THE MOON 1969 pula membawa konsep tersebut ke tahap lebih eksklusif dengan menggabungkan nilai sejarah, penggunaan emas sebenar serta pengeluaran yang sangat terhad.
Bagi pengumpul jam tangan, model ini bukan sekadar aksesori atau instrumen penunjuk masa.
Ia merupakan satu penghormatan kepada pencapaian terbesar manusia dalam penerokaan angkasa lepas serta mengingatkan dunia bahawa detik bersejarah seperti pendaratan Apollo 11 akan terus menjadi inspirasi merentasi generasi.
Dengan hanya 1,969 unit dihasilkan di seluruh dunia, MISSION TO THE MOON 1969 dijangka menjadi antara MoonSwatch paling sukar dimiliki dan paling bernilai dalam sejarah koleksi OMEGA x Swatch.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jumper, sweater atau juga dipanggil jersi merupakan pakaian yang biasanya popular ketika musim sejuk di negara barat. Secara tradisinya, jumper dibuat secara kait daripada bulu, kapas dan fibre sintetik.Selalunya digayakan oleh ahli sukan hoki ais dan sinonim dengan stail kampus . Gaya Bulan Ini berikan ilham untuk anda gayakan jumper.
Tip Gaya
1-Jenis kolar Crewneck- Biasanya digayakan dengan kemeja-T di lapisan dalam atau kemeja dan tali leher. Tampak kemas dan lebih bergaya apabila digayakan ke pejabat. V-Neck- Digayakan dengan kemeja berkolar termasuk juga kemeja Polo. Sama ada kolar di letakkan bahagian luar atau dalam jumper. Turtleneck– Anda boleh gayakan ia dengan blazer jenis tweed atau kot kasual atau hanya sarungkan sahaja jumper anda itu. Sesuai digayakan ketika keadaan sejuk.
2-Pilih jumper daripada material kapas atau fibre sintetik jika tidak terlalu sejuk. Material ini bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita.
3-Sekiranya tubuh anda bersaiz besar, elak memakai jumper yang terlalu tebal atau bercorak. Pilihan ini membuatkan anda nampak lebih besar.
4-Anda boleh gayakan jumper dengan pilihan seluar sesuai. Menarik digayakan dengan jeans, chinos mahu pun slack.
TUMI menyambut ulang tahun ke-50 dengan penuh gaya menerusi koleksi Fall 2025 yang diinspirasikan oleh New York City.
Koleksi ini bukan sekadar seleksi beg baharu, tapi sebuah penghormatan kepada evolusi jenama global ini, yang telah lima dekad mendefinisikan inovasi dan prestasi dalam dunia travel dan gaya hidup.
Setiap rekaan kali ini membawa semangat warga kota yang bergerak pantas, kreatif dan dinamik mereka yang sentiasa mahu ke depan.
Antara sorotan utama koleksi ini ialah cetakan grafik dikenali sebagai Poster Print gaya visual menyerupai poster koyak di jalanan kota yang penuh lapisan maksud.
Motif ini menghiasi pilihan dalam koleksi Alpha, Alpha Bravo dan Voyageur, menambah elemen bold dan seni jalanan ke dalam rekaan yang sememangnya maskulin.
Koleksi Alpha Bravo tampil dengan warna asas baharu iaitu Navy Coated Canvas, interpretasi moden kepada rona hitam klasik yang ikonik.
Warna musiman lain seperti Pavement dan Electric Blue membawa vibe kota metropolitan terus ke dalam beg anda.
Model-model seperti Surveillance Flap Backpack dan Roadstead Messenger direka untuk lelaki aktif yang mahukan rekaan tahan lasak, tapi tetap bergaya.
Rangkaian mewah Arrivé, diinspirasikan dunia automotif, tampil dengan kemasan gentian karbon dan magnetic zipper garages yang kedap dan senyap.
Pilihan seperti Arrivé Large Backpack serta Hannover Slim Brief jelas ditujukan kepada lelaki profesional yang tak mahu berkompromi antara fungsi dan prestij.
Sementara itu, koleksi Harrison memperkenal gaya baharu Griffen Flap Backpack serta warna unik Burnished Wine Ombre, gradasi mewah yang menyerlahkan tekstur kulit whole-grain dengan sangat halus.
Walaupun TUMI sinonim dengan gaya lelaki, koleksi wanita turut tidak kurang hebat.
Voyageur Just In Case® kembali dengan corak graffiti spray paint yang lebih berani, hadir dalam tiga saiz baharu dan warna seperti Mink, TUMI Red dan Wine.
Koleksi Olas pula menampilkan siluet minimalis dengan bentuk lembut, manakala Agent menggabungkan kulit ringan dan kemasan logam elegan untuk penampilan yang refined dan versatile.
Rangkaian ikonik 19 Degree kembali dalam warna-warna yang mencerminkan suasana taman bandar iaitu Wine, Pavement dan Moonrock.
Sama ada dalam versi Lite atau Polycarbonate, setiap unit membawa garisan kontur TUMI yang ikonik, sesuai untuk yang menghargai gaya dan kepraktisan.
Satu kejutan dalam koleksi Fall 2025 ialah kemunculan 19 Degree Aluminum Bar Set, set gaya hidup premium lengkap untuk mencipta koktel mewah, termasuk kad resepi dan bekas aluminium berkontur.
Sebagai pelengkap sambutan ulang tahun ke-50, TUMI menampilkan warna ikonik TUMI Red Pantone dalam koleksi khas bukan sekadar warna, tetapi lambang semangat jenama ini sejak 1975.
Ia menyatukan elemen masa lalu dan masa depan, dalam satu nada merah yang berani dan berpengaruh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BOYNEXTDOOR dilantik sebagai duta global Under Armour, membawa semangat muda, ekspresi autentik dan komitmen untuk terus berkembang menerusi kempen baharu, Commit.