Jika anda kerap meluangkan masa di TikTok, kemungkinan besar anda pernah melihat trend gaya ‘Old Money’ yang semakin popular.
Malah ia cukup hangat diperkatakan pada masa kini – sama ada dalam intonasi positif atau negatif bergantung kepada perbincangan.
Namun, kali ini MASKULIN hanya kongsikan tentang gaya fesyen ini yang sebenarnya berakar dalam imej kemewahan klasik, menonjolkan kualiti, keanggunan dan rasa hormat terhadap warisan tradisi.
Kebarangkalian anda mengenali tren ini lebih tinggi jika carian dalam talian anda berkait rapat dengan kata kunci seperti ‘Quiet Luxury’, gaya Princess Diana, après-ski, serta jenama Ralph Lauren atau J. Crew.
Namun, apa sebenarnya dimaskudkan dengan gaya ‘Old Money’? Untuk memahami gaya ini, kita perlu mengkaji inspirasi dari ikon-ikon fesyen yang mengekalkan reputasi keanggunan sepanjang zaman seperti Jackie-O, Paul Newman, dan Lady Diana.
Paul Newman
Penampilan gaya ini tidak sekadar mengikuti trend sementara, tetapi ia menumpukan kepada pakaian berjenama tanpa logo yang menonjol, potongan pakaian yang elegan, dan gaya klasik yang rapi.
Gaya Old Money Lebih Istimewa?
Ia merupakan gabungan keanggunan, tradisi, dan daya tarikan yang sukar didefinisikan secara jelas.
Ianya adalah cara berpakaian yang tersusun dan halus, menggambarkan penghargaan seseorang terhadap kualiti tinggi dan citarasa klasik.
Ads
Berakar dalam sejarah dan tradisi, estetika fesyen ini adalah cerminan golongan yang memiliki kekayaan generasi. Mereka lebih mengutamakan keanggunan yang tak lapuk dek zaman berbanding trend sementara.
Estetik ‘Old Money’ bukan hanya tentang pakaian. Gaya ini membawa satu tahap penampilan dan tingkah laku yang terjaga, memperlihatkan keyakinan dan ketenangan yang jarang ditemui.
Ia adalah simbol bagi individu atau keluarga yang bukan sahaja berduit, tetapi mempunyai latar belakang budaya yang kaya dan mementingkan keanggunan yang berkekalan.
Dari warna neutral yang tenang hingga fabrik berkualiti tinggi yang tahan lama, gaya ini memancarkan kemewahan secara bersahaja dan tanpa berlebihan.
Ads
Ciri Utama Fesyen ‘Old Money’
Berbanding dengan trend fesyen TikTok yang lain seperti gaya Y2K atau 90-an, gaya ‘Old Money’ fokus kepada gaya warisan keluarga kaya klasik seperti dinasti keluarga Kennedy, Getty, dan Vanderbilt.
Walaupun gaya ini bersandarkan pada tradisi yang berusia puluhan tahun, untuk mengikuti gaya ini sebenarnya tidak memerlukan kekayaan yang luar biasa.
Dengan sedikit usaha dan pemahaman tentang gaya asas, sesiapa pun boleh kelihatan anggun dengan flair ‘Old Money’ ini.
Meniru gaya ‘Old Money’ tidak semestinya sukar. Tetapi ia memerlukan pemahaman mendalam terhadap prinsip-prinsip fesyen ‘timeless‘. Jika anda berminat untuk mencuba dengan cara yang betul, berikut adalah beberapa sumber inspirasi dan cara mudah.
Ads
Ikuti Selebriti dengan Gaya ‘Old Money’: Nama-nama seperti Shawn Mendes, Jacob Elordi, Jude Law, George Clooney, dan Austin Butler sering kali dilihat dengan gaya ini. Mereka adalah contoh lelaki moden yang berjaya mengekalkan gaya yang elegan tanpa usaha yang berlebihan.
Menonton filem klasik dengan gaya ‘Old Money’: Antara filem yang mencerminkan gaya ini adalah ‘The Talented Mr. Ripley’, ‘Casablanca’, dan ‘The Great Gatsby’. Menonton filem-filem ini dapat memberikan gambaran tentang gaya dan fesyen yang berinspirasikan kemewahan klasik.
Rujuk ikon fesyen lama: Nama-nama seperti John F. Kennedy Jr., James Dean, dan Marlon Brando adalah ikon lelaki tetap relevan hingga kini. Penampilan mereka kekal memikat hati walaupun selepas beberapa dekad.
Bukan Sekadar Pakaian
Gaya “Old Money” bukan sekadar tentang pakaian; ia merangkumi cara seseorang membawa diri dengan penuh penghormatan terhadap tradisi dan budaya fesyen klasik.
Penampilan yang rapi dan anggun ini menampilkan aura yang sofistikated dan menunjukkan bahawa seseorang itu menghargai kualiti, ketahanan, dan kesenian setiap helaian pakaian dimiliki.
Namun, adakah gaya seperti ini sesuai untuk digayakan sepanjang masa di negara bercuaca tropika seperti Malaysia? Untuk majlis lebih formal seperti di hotel mungkin sesuai.
Bergaya seperti ini dibawah cuaca panas terik? Mungkin perlu difikirkan dengan lebih mendalam lagi. Ingat, biar kita yang bawa fesyen jangan fesyen itu jadikan kita seperti hamba.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama jam terkemuka, Casio mengeluarkan tambahan baharu kepada varian jam tangan kalis hentakan, G-Shock. MUDMASTER GWG-B1000 yang kalis debu dan lumpur ini menampilkan komponen luaran logam untuk reka bentuk yang kukuh dan kuat.
Sejak G-SHOCK pertama kali dikeluarkan pada tahun 1983, Casio terus memperkenalkan fungsi, struktur dan
kemajuan reka bentuk kepada rintangan hentakan yang luar biasa. Antara semua jam tangan G-SHOCK, rangkaian Master of G direka untuk digunakan dalam keadaan yang lasak telah terbukti terkenal untuk ketangguhan yang unggul.
GWG-B1000 baharu, tambahan kepada rangkaian Master of G, direka untuk persekitaran berpasir dan kotor. Bahagian luar logam yang teguh mengekalkan ketahanan hentakan G-SHOCK dalam reka bentuk ranggi dengan bentuk pelbagai dimensi yang menarik perhatian.
Bahagian pelindung pada kedudukan jam 12 dan 6 melindungi kaca jam yang biasanya paling mudah terkena hentakan, dan ia dsaluti karbon seperti berlian (DLC) untuk rintangan lelasan yang lebih mantap.
Jam tangan ini juga menampilkan fungsi yang diperlukan oleh pengguna misi darat untuk melaksanakan usaha mereka. Ia adalah G-SHOCK pertama yang dilengkapi dengan penderia tiga kali ganda yang mengukur galas kompas, ketinggian/tekanan barometrik, dan suhu, serta pengecasan suria dan penerimaan gelombang radio
yang turut disertakan dengan sambungan telefon pintar.
Apabila jam tangan disambungkan dengan telefon pintar, aplikasi khusus pada telefon menawarkan pengendalian mudah pelbagai ciri berguna, termasuk Penunjuk Lokasi, yang menunjukkan tangan penunjuk dail inset ke arah lokasi yang direkodkan pada peta dalam aplikasi, dan Log Misi yang merekodkan sejarah aktiviti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti gaya fesyen ini pernah anda buat kan? Namun sedarkah anda, gaya fesyen yang anda pernah buat ini rupanya salah dalam etika berpakaian seorang lelaki.
Memang lelaki tidak secerewet wanita, namun penampilan gaya fesyen yang betul penting kerana ia melambangkan keperibadian diri seseorang lelaki. Malah jika anda mengenakan gaya fesyen yang salah, boleh menampakkan diri anda pelik.
Ingat! Jangan main pakai apa sahaja gaya fesyen yang anda suka tanpa mengambil kira sama ada etika berpakaiannya betul ataupun salah.
Daripada 14 fesyen lelaki ini, pasti ada antaranya yang pernah anda buat. Malah kesalahan gaya fesyen ini juga boleh membuatkan pasangan anda tak suka. Jadi, tolonglah tinggalkan gaya fesyen ini!
Tahukah anda bahawa telefon pintar bukan sahaja merosakkan mata anda, tetapi ia juga akan memberi kesan kepada wajah anda. Telefon pintar anda terdedah dengan bakteria dan dan skrin yang kotor. Mana tidaknya, anda meletakkan telefon anda merata-rata tempat. Jadi, setiap kali anda mengangkat ganggang, pasti bakteria akan merosakkan wajah anda. Berbeza dengan lelaki, perempuan biasanya lebih gemar menjaga kulit wajah mereka. Tak perlu memakai earphone pun kalau nak jawab panggilan tu, Cuma setiap kali anda meletakkan teleon pintar di cuping telinga anda, pastikan anda lap permukaan skrin terlebih dahulu.
2)Aftershave
Ini kerap berlaku kepada lelaki di luar sana. Produk aftershave biasanya mengandungi alkohl yang sangat melampau. Ini tidak baik untuk kulit anda sebenarnya. Dinasihatkan agar anda sedikit berhati-hati apabila memilih aftershave. Mungkin anda boleh bertukar kepada losyen yang lebih selamat? Pokoknya, cari produk yang berkualiti ye.
3)Makan tidak teratur
Makan yang teratur bukan saja boleh turunkan berat badan, ia juga boleh membuatkan kulit anda kekal cantik dan bersih. Jangan skip meal anda setiap hari. Selain daripada pemilihan makanan yang sihat, faktor jadual makan anda juga harus di beri keutamaan.
4)Sarung bantal
Mengapa sarung bantal turut memainkan peranan penting dalam penjagaan kulit? Tidur merupakan perkara paling seronok bagi semua orang. Bantal adalah benda pertama yang anda akan cari setelah penat seharian berkerja. Walaupun anda telah cuci muka anda, namun sarung bantal yang kotor tidak membolehkan muka anda kekal bersih. Kerap tukar sarung bantal anda.
5)Helmet
Kepada anda yang menggunakan motor sebagai kenderaan anda untuk pergi ke kerja, helmet merupakan perkata utama yang perlu anda jaga dalam kehidupan anda. Wajah anda bukanlah bersih setiap kali anda menyarungkan topi keledar anda. Mungkin ada kalanya anda sarung setelah anda habis bermain gym ataupun futsal. Kepala dan wajah anda dalam keadaan berminyak. Ini akan merosakkan kulit anda lebih teruk dari biasa. Selain daripada membasuh muka anda dengan bersih setiap hari, apa kata kalau anda menukar span di dalam helmet 5 bulan sekali, ataupun spray penyembur anti bakteria agar helmet anda agar sentiasa segar.
6)Mandi
Mandi pun salah ke? Mandi di sini lebih fokus kepada mereka yang menggunakan heater (air panas) di dalam bilik mandi. Mengapa ia boleh merosakkan kulit anda? Kerana air panas boleh keringkan kulit anda. Kulit anda akan kusam jika anda mengambil masa yang lama dalam bilik air. Dianggarkan untuk seseorang berada di dalam bilik air hanya 5-10 minit sahaja. Habis semua urusan dalam bilik air, sila keluar jika ingin menjaga kulit anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.