Sejak beberapa tahun ini, golongan lelaki dilihat lebih gemar memakai kurta, lebih-lebih lagi di hari Jumaat untuk menghadiri solat Jumaat di masjid. Berbanding dahulu,Baju Melayu sering menjadi pilihan utama lelaki.
Artikel kali ini, MASKULIN akan kongsikan beberapa faktor mengapa kurta lebih menjadi pilihan lelaki berbanding Baju Melayu.
Keselesaan
Sumber foto: Google.
Perkara utama yang sering dipertimbangkan lelaki dalam berpakaian adalah keselesaan. Rekaan kurta tanpa berkolar sering menjadi pilihan kebanyakan lelaki. Sesetengah lelaki kurang gemar memakai Baju Melayu berkolar Cekak Musang kerana kurang selesa.
Ads
Lebih bebas digayakan
Jika anda perhatikan, ramai lelaki tidak gemar memakai Baju Melayu secara lengkap. Baju Melayu lengkap merangkumi baju dan seluar, dan lebih lengkap jika bersamping. Atas faktor keselesaan dan ingin kelihatan lebih santai, ramai lelaki gemar memakai bahagian baju sahaja dan digandingkan dengan seluar yang lain.
Sumber foto: Google.
Kurta pula merupakan baju sahaja tanpa seluar. Oleh itu, ia bebas digayakan dengan seluar biasa dan tiada ‘peraturan’ pemakaian lengkap bagi kurta.
Ads
Keserbagunaan
Bukan sahaja untuk menghadiri aktiviti kerohanian di masjid, ia juga boleh di pakai untuk harian dan menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Jika anda tahu cara untuk menyuai padankan kurta dengan seluar yang bersesuaian, anda pasti boleh menghadiri pellbagai acara dengan memakai kurta.
Sumber foto: Google.
Suai padankan dengan kain pelikat untuk ke masjid, ataupun seluar slack mahupun khaki untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jika ingin kelihatan santai untuk aktiviti harian, padankan dengan seluar jeans atau apa-apa seluar bagi bagi penampilan yang lebih moden.
Ads
Sumber foto: Google.
Bagaimanapun, masih ramai yang menggemari Baju Melayu kerana nilai tradisionalnya. Yang penting, hormati nilai pakaian budaya dan usah biarkan nilai keasliannya hilang dibawa arus kemodenan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila menyebut tentang Warner Bros pastinya anda akan terasa cukup dekat dengan karakter-karakter animasi yang pernah dilahirkan oleh studio gergasi Hollywood tersebut.
Di antara yang paling dikenali ramai ialah Looney Tunes menampilkan karakter duo legenda seperti Tom and Jerry, Bugs Bunny dan Lola Bunny, Sylvester dan Tweety dan juga karakter lain seperti Daffy Duck, Tasmanian Devil dan Yosemite Sam.
Meraikan ulang tahun ke-100 Warner Bros, jenama sukan dan gaya hidup terkenal Skechers menampilkan koleksi khas dengan kolaborasi bersama mereka.
Koleksi dikenali sebagai Skechers x Warner Bros. WB100 menampilkan seleksi pakaian edisi terhad seperti t-shirt, seluar, hoodie dan juga pullover. Lebih menarik, koleksi ini diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan Jun dan juga Julai 2023.
“Kerjasama seperti ini sentiasa mengujakan dan ia cukup menggembirakan kami memami kerana Skechers akan bekerjasama sekali lagi dengan pasukan Warner Bros pada ulang tahun ke-100 studio untuk melancarkan koleksi pakaian ini,” jelas Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee.
“Dengan rangkaian produk untuk orang dewasa dan kanak-kanak, daripada reka bentuk yang bergaya hingga rupa malar hijau, kami yakin koleksi ini akan mendapat tempat dalam almari pakaian mana-mana peminat sembilan watak kartun yang digemari,” tambahnya lagi.
Di antara karakteristik koleksi WB100 ialah cetakan kerajang pada bahagian terpilih bagi reka bentuk masing-masing.
Di antara warna-warna lain, kerajang perak digunakan secara meluas yang secara menarik mengingatkan kepentingan layar perak yang berkait rapat dengan identiti Warner Bros.
Sebanyak sepuluh reka bentuk membentuk koleksi dewasa dan enam untuk koleksi kanak-kanak. Setiap reka bentuk didatangkan dalam dua warna dari dalam rangkaian Pantone Loden Frost hijau pertengahan, Pantone Orion Blue biru kelabu, hitam dan putih.
Buat anda terutamanya peminat karakter-karakter animasi Warner Bros boleh dapatkan koleksi WB100 ini di beberapa outlet terpilih Skechers di seluruh negara seperti di Pavilion Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park Lalaport BBCC, Suria KLCC serta 1Utama Shopping Centre.
Jangan lupa untuk subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa excited untuk tonton The Avengers April ini?
Sebelum anda menonton filem gabungan superhero itu nanti, anda perlu menonton movie-movie berikut bagi memahami penceritaan The Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Ingin diingatkan bahawa semua filem yang disusun tidak berdasarkan tarikh tayangan, ia lebih kepada susunan jalan penceritaan.
1) Captain America: The First Avengers
Filem ini belatarbelakangkan tahun 1941 yang menceritakan bagaimana Captain America mendapat nama dan kuasanya. Jadi tidaklah anda tertanya-tanya tentang sejarah Captain America nanti.
2) Iron Man
Filem ini tidak begitu banyak unsur Captain America, namun sewajarnya anda menonton filem ini selepas Captain America demi mengelak sebarang persoalan. Filem ini ditayangkan pada 2008.
3) Iron Man 2
Jangan pula anda menonton filem ini dahulu, mahu pecah kepala anda.
4) The incredible hulk
“HULK! SMASH! Filem ini ditayangkan pada tahun 2008. Filem ini dibintangi oleh Edward Norton, namun watak Hulk telah digantikan kepada Mark Rufalo dalam siri The Avengers.
5) Thor
Siapa yang tak kenal dengan jejaka yang membawa penukulnya kemana-mana sahaja kan? Kisah pergelutan tahta adik-beradik ini ditayangkan pada tahun 2011 seangkatan dengan Captain America: The First Avengers.
6) The Avengers
Pasti ramai yang terlepas scene ini ketika di pawagam bukan? The Avengers menggabungkan hampir kesemua superhero Marvel untuk melawan musuh. Biasanya, kepada yang bukan fanatik Siri Marvel pasti akan menonton filem ini dahulu. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan filem ini, sila rujuk pada filem yang telah disenaraikan terdahulu.
7) Iron Man 3
Iron Man 3 ditayangkan pada tahun 2013 selepas The Avengers. Namun filem ini berunsurkan kesinambungan Iron Man 1&2. Jika anda masih belum tonton dua filem awal, maka “haram” bagi anda untuk menonton Iron Man 3.
8) Thor (The Dark World)
Walaupun filem ini mendapat review negatif, namun peminat setia Siri Marvel masih mengikuti perkembangan Thor. Kepada peminat setia Natalie Portman yang memengang watak Jane Foster, ini kali terakhir anda menonton beliau kerana wataknya telah dimatikan.
9) Captain America : Winter Soldier
Winter Soldier merupakan kesinambungan Captain America. Penting untuk anda menonton filem ini, kerana ia menceritakan tentang kemusnahan S.H.I.E.L.D dan diserahkan 100% kepada Stark Industries.
10) Guardian Of The Galaxy
Filem wajib tengok! Anda akan terpinga-pinga jika anda terlepas Guardian Of The Galaxy. Ini kerana, watak jahat di dalam The Avengers: Infinity War lahir dari filem ini.
11) Guardian Of The Galaxy Vol. 2
Dah tengok Guardian of the Galaxy, tak kan tak tengok Vol. 2 kan? Ini kesinambungan filem pertama.
12) The Avengers Age Of Ultron
Filem ini menceritakan sikit kesinambungan Captain America: Winter Soldier, dan Iron Man.
13) Ant Man
Superhero baru Marvel diperkenalkan ke Industri perfileman. Tiada paksaan untuk menonton filem ini, tapi jangan tanya rakan sebelah pula jika anda tak faham ketika menonton The Avengers: Infinity War nanti.
14) Captain America: Civil War
Filem ini PALING PENTING! Filem ini menggabungkan Captain America dan Iron Man. Filem ini juga pengenalan bagi Spider Man yang ketika ini masih belum ditayangkan.
15) Black Panther
Filem ini baru saja ditayangkan di pawagam. Wataknya diperkenalkan ketika di dalam Captain America: Civil War. Dijangkakan ia akan turut muncul di dalam The Avengers: Infinity War.
16) Spider Man: Homecoming
Filem ini berbentuk santai. Seperti yang kita tahu, watak Spider Man yang nakal, filem ini diubahsuai kepada keadaan semasa, dimana Peter Parker bercita-cita untuk menyertai pasukan The Avengers dengan bantuan Tony Stark.
17) Doctor stranger
Namanya disebut-sebut dalam filem Captain America: Winter Soldier. Wataknya juga penting di dalam The Avengers: Infinity War. Jangan terlepas filem ini pula ye.
18) Thor Ragnarok
Filem ini ditanyangkan sebelum Black Panther. Bagi yang belum menonton filem ini, diharapkan anda dapat mengikut urutan yang telah disenaraikan. Sekali lagi adik-beradik Planet Asgard ini, bergelut demi merebut tahta. Jika anda peminat Bruce Banner aka Hulk, ini merupakan platform untuk anda mengenali raksaksa hijau ini dengan lebih dekat.
Berikut merupakan sususan filem-filem terbitan Marvel. Tak sabarkan nak tunggu semua superhero ini berlawan dengan kuasa masing-masing April ini kan? Masih sempat lagi kalau anda nak tonton kesemuanya.
Selamat menonton.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak best langsung jadi lelaki dengan perut menggelebeh. Paling boring bila bentuk badan keseluruhan nampak okay, tetapi perut pula yang buncit. Melepas peluang nak bergaya dengan skinny jeans yang tengah IN sekarang ni. Jangan risau, ikuti tip-tip di pemakaian skinny jeans di bawah yang sesuai untuk lelaki yang gemuk atau perut buncit.
1. Pilih skinny jeans daripada warna-warna gelap seperti ungu untuk menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu tubuh. Elakkan warna cerah seperti merah sebab ini akan buatkan kaki kamu nampak besar. Kalau nak pilihan senang dan selamat, beli yang warna hitam sebab ia sesuai dipadan dengan mana-mana baju T dan bakal menampakkan kaki kamu lebih kecil.
2. Pastikan kamu tahu potongan skinny jeans yang sesuai untuk lelaki berbadan besar atau buncit. Untuk lelaki macam ni, potongan skinny jeans mestilah di bawah paras pinggang dan tidak terlalu ketat. Kalau ketat, habis nanti nampak tersembul perut ketika berjalan atau duduk.
3. Elak beli skinny jeans diperbuat daripada fabrik getah yang ketat. Nanti kamu bakal kelihatan seperti mahu beriadah di padang.
4. Elakkan seluar jeans skinny yang mempunyai banyak poket kerana ini akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar. Begitu juga dengan jaket. Jangan padankan dengan jaket yang besar kerana ia bakal menampakkan badan kamu tidak seimbang. Cukup sekadar baju T biasa atau kemeja dengan corak garis menegak.
Mudah kan tip pemilihan skinny jeans? Kalau mahukan inspirasi, kamu boleh ambil inspirasi daripada pelakon filem dan pelawak Hollywood, Black Jack yang pandai memilih skinny jeans untuk tubuhnya yang agak besar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang