Bagi penggemar aktiviti hiking atau mendaki gunung di antara lokasi idaman mereka yang terdapat di Malaysia atau di Sabah secara tepatnya ialah Gunung Kinabalu.
Melakukan pendakian Gunung Kinabalu bukanlah satu tugas yang mudah. Malah cukup ramai yang hanya berjaya melakukannya separuh jalan sahaja akibat kepenatan, sesak nafas dan pelbagai masalah lain.
Selain persediaan fizikal dan mental para pendaki juga perlu menyiapkan diri dengan pakaian, kasut serta peralatan yang sesuai untuk melaksanakan mizi menawan Gunung Kinabalu.
Nobutaka Sada
Tetapi lain pula dengan lelaki berusia 49 tahun dari Jepun yang telah tular sejak semalam kerana pendekatannya yang unik mendaki puncak tertinggi di Malaysia tersebut. Apa yang menariknya dia melakukan pendakian lengkap dengan memakai sut dan juga kasut kulit.
Seolah-olah dia ada temu janji perniagaan di atas gunung tersebut!
Menerusi satu hantarannya di laman Facebook, Nobutaka Sada berkongsi beberapa keping foto kejayaannya mendaki hingga ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu.
Ads
Rupa-rupanya dia adalah seroang tukang jahit yang melakukan misi tersebut sebagai satu gimik pemasaran yang unik.
Nobutaka Sada yang lengkap memakai sut berwarna biru dan kasut kulit pada mulanya tular selepas aksinya dirakamkan oleh pemunggah barang atau porter. Video berdurasi 10 saat itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian warganet.
Ads
Dalam perkongsiannya di Facebook bapa kepada dua orang anak ini juga mahu menunjukkan betapa sut yang dihasilkan syarikatnya sangat tahan lasak dan selesa.
“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Borneo, Malaysia dengan memakai sut SADA!” jelasnya di hantaran tersebut. Dia turut berkongsi bahawa Gunung Kinablu adalah lebih tinggi dari Gunung Fuji.
“Saya dapat tinggal di pondok di tengah-tengah cahaya bintang, mendaki pendakian yang curam, dan menikmati cahaya di puncak gunung,” tambahnya lagi.
Ads
Dia turut berkongsi bagaimana cabaran mereka mendaki ketinggian kira-kira 2,300 meter dalam cuaca tropika berkelembapan tinggi. Malah turut berdepan cuaca hujan namun misinya berjalan dengan lancar.
Mantap betul cabaran yang dia lakukan ini. Tak dapat nak bayangkan bagaimana mendaki gunung lengkap memakai sut, bertali leher dan berkasut kulit.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak beberapa hari lalu sudah mula tular di laman media sosial dan juga portal berita tempatan tentang kebanjiran kenderaan yang cuba untuk melakukan pergerakan rentas.
Walaupun kerajaan telah berulang kali memberikan amaran nampaknya masih ada yang keras kepala ingin melakukan rentas negeri kerana ingin pulang beraya di kampung. Ini secara tidak langsung menyebabkan kesesakan lalu libtas terutamanya di lebuhraya yang menuju keluar dari Lembah Klang dan sempadan negeri.
Melihatkan perkara tersebut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi berkata kerajaan tidak lagi membenarkan perjalanan rentas negeri. Orang ramai juga tidakperlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan kerana kerajaan sudah bersetuju untuk tidak membukan peluang sebarang perjalanan rentas negeri.
Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan kompaun kepada semua kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika mereka cuba melakukan pergerakan rentas negeri.
Beginilah trafik beberapa hari lepas di sebuah plaza tol.
Tambahnya lagi semalam sudah tular kes seorang wanita yang positif Covid-19 yang melakukan rentas negeri. Maka kerajaan tidak lagi akan berkompromi dan tolak ansur dalam hal rentas negeri.
Untuk rekod semalam sahaja menyaksikan sebanyak 2,412 kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana cuba melakukan rentas negeri.
“Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian. Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri,” jelasnya lagi.
Orang ramai dinasihatkan untuk lupakan sahaja hasrat untuk balik kampung dan terus tinggal di mana mereka berada. Terimalah hakikat bahawa Aidilfitri tahun ini sungguh berbeza. Di mana semangat ‘kita jaga kita’ yang telah kita laungkan selama ini?
Stay home & sambut raya!
Sumber: Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak 15 Jun 2020, kerajaan telah memperkenalkan insentif pengecualian cukai jualan kenderaan bagi membantu pemulihan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Ia diperkenalkan bukan sahaja untuk memberi kemudahan beli kenderaan kepada orang ramai malah turut membantu industri automotif agar dapat terus berdaya saing.
Selepas ia diperkenalkan sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dengan pembeli dapat manfaat pengecualian cukai berjumlah RM4.7 bilion.
Memandangkan keadaan hampir pulih seperti sedia kala semula kerajaan memutuskan tiada pelanjutan bagi pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang yang dijadual berakhir pada 30 Jun ini.
Walau bagaimanapun Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun ini masih layak menikmati insentif tersebut.
Foto: Astro Awani
Dengan kata lain jika anda ingin nikmati insentif ini lakukanlah tempahan sebelum tarikh tersebut dan perlu pastikan ia didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 31 Mac 2023.
Ujarnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.
Namun, jelas Tengku Zafrul, dengan pembukaan sektor ekonomi termasuk sektor automotif yang telah kembali beroperasi seperti sedia kala, masih terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global.
“Pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.
“Berikutan permasalahan ini, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli,” katanya.
Kerajaan sebelum ini telah melanjutkan tiga kali pengecualian sepenuhnya cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pemasangan tempatan dan 50 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang import (CBU).
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sama ada suka atau tidak keadilan pasti akan ditegakkan. Dengan tekad yang jitu itulah yang dilakukan oleh seorang wanita demi membawa pelaku kematian suaminya ke muka pengadilan.
Sekali imbas mungkin ia kedengaran seperti cereka filem Hollywood, bukan? Tapi itulah dedikasi yang dilakukan oleh wanita yang tidak dinamakan dalam mengheret penjenayah itu ke muka pengadilan.
Lebih menarik adalah cara bagaimana dia melakukannya. Wanita dari Bogota, Colombia tersebut sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya dengan menggoda dan mengumpul bukti secukupnya.
Penjenayah licik yang bertanggungjawab ke atas kematian suaminya itu dikenali sebagai seseorang yang cukup licik. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
MENYAMAR
Suspek dikenali dengan nama Ruben Dario Vilario Barrios didakwa menyamarkan diri sebagai seorang usahawan yang dihormati di bandar Cienaga de Oro.
Tapi hakikatnya dia adalah seorang lelaki dengan nama jolokan ‘Juancho’, penjenayah bertanggungjawab menjadi dalang kepada banyak aktiviti penyeludupan dadah dan senjata api ke Amerika Tengah dan Amerika Syarikat.
Selain itu dia juga diberkas di atas dakwaan cubaan membunuh terhadap saingan dan bekas rakan sekerja.
Disebabkan penyamaran itulah dia amat sukar dijejak dan ditangkap. Selepas suami kepada wanita itu mati dipukul dengan arahan suspek atas sebab tidak didedahkan kepada umum, wanita itu dilaporkan mula mendekati Juancho dan akhirnya membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya.
Selepas suspek semakin mempercayai wanita itu dia banyak berkongsi maklumat tentang urusan kegiatan jenayahnya. Dan bukti inilah yang digunakan wanita tersebut untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Sejak tahun 2020 lagi ipihak polis mengesyaki aktiviti suspek tetapi mereka tiada bukti yang mencukupi untuk menahan dan menyabitkannya. Hasil maklumat diberikan wanita terbabit pihak berkuasa alhirnya yakin untuk mendakwa suspek.
Juancho yang ditahan menerusi Operasi Corona oleh Gerakan Khas Polis Negara ketika menghadiri pertemuan dengan penjenayah lain di Monteria, kini berdepan penjara puluhan tahun.
Sumber: breakinglatest.news
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.