Siapa tidak kenal dengan Ronaldinho, bekas bintang Brazil dan juga Bercelona yang pernah dinobatian sebagai Pemain Terbaik Dunia, Ballon d’Or pada tahun 2005.
Pengaruh yang dibawa oleh Ronaldinho di dalam sukan bola sepak moden sememangnya dapat dilihat sehingga kini. Skil serta kekuatan fizikal yang dimilikinya telah mendefinisikan semula peranan pemain penyerang di peringkat global.
Jadi tidak hairanlah walapuun sudah bersara ke mana sahaja dia pergi pasti akan mencuri perhatian ramai.
Namun pada minggu lalu peminat bola sepak khususnya digemparkan dengan berita penahanan Ronaldinho oleh pihak berkuasa Paraguay kerena dia didakwa menggunakan pasport palsu.
Ads
Ronaldinho telah ditahan bersama-sama dengan adik dan seorang ejen bola sepak, Roberto de Assis ketika ingin memasuki negara tersebut.
Selepas seminggu ditahan pihak berkuasa ramai beranggapan bahawa peluang untuk Ronaldinho bebas adalah tipis.
Ads
Ia berikutan mahkamah Paraguay memutuskan menolak sebarang rayuan daripadanya untuk dilepaskan dan menjalani tahanan rumah di Brazil. Ronaldinho kini berdepan bakal ditahan selama enam bulan atau sekurang-kurangnya sehingga perbicaraan selesai.
Kini selepas beberapa hari ditahan di penjara beberapa foto Ronaldinho menjalani kehidupans eharian di dalam penjara mula tersebar.
Dek kerana popularitinya sebagai bekas bintang bola sepak ramai penghuni penjara tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah-mesra bersama legenda bola sepak ini.
Menerusi beberapa foto, Ronaldinho dilihat menandatangani baju peminatnya dan kelihatan sangat mesra di Agrupacion Especializada of the National Police of Paraguay.
Penghuni penjara menunjukkan baju yang ditandatangani oleh Ronaldinho.
Semoga Ronadinho terus tabah dan tenang menghadapi cabaran ini. Pengajaran buat kita semua, kalau tiada pasport atau dokumen asli jangan pandai-pandai bikin sendiri yang palsu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Garam, bukan hanya bahan dapur yang sangat berguna dalam mengatur rasa suatu makanan, tapi juga adalah bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh.Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lainnya yang juga sangat penting dan tidak banyak orang yang tahu mengenai hal ini.
Sudah ada orang yang melakukan kajian tentang penggunaan lain garam:
1. Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
2. Mengubati sinusitis.
Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
3. Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
4. Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.5. Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.
5. Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
6. Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.
7. Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
8. Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
10. Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
11. Mengatasi warna stoken kaki yang tidak sama. Masukkan stoken ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.
12. Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.
13. Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.
14. Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Ternyata kegunaan garam banyak betul kan! Apakah Anda pembaca tertarik untuk mencubanya?
Sumber : thehealth
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang mungkin sering mengikuti perkembangan semasa industri hiburan Korea pastinya akan pernah melihat berita tentang bagaimana seseorang pelakon atau bintang K-pop harus menghentikan aktiviti seni mereka buat sementara untuk mengikuti program khidmat tentera.
Tahukah anda bahawa di dunia pada masa kini terdapat 27 buah negara meawajibkan warga negaranya terutama lelaki mengikuti program perkhidmatan tentera sekurang-kurangnya selama 18 bulan?
Selain Korea Selatan di antara negara yang mewajibkan rakyatnya mengikuti program khidmat latihan ketenteraan ini ialah Cuba, Iran, Angola, Libya, Senegal, Thailand, UAE dan juga negara jiran kita, Singapura.
Bagi perkhidmatan tentera di Korea Selatan ia merupakan satu perkara wajib dikenakan ke atas semua lelaki warganegara Korea Selatan yang berumur antara 18 hingga 28 tahun.
Mereka diwajibkan untuk menjalani latihan tentera selama dua tahun, bergantung kepada cabang tentera yang mereka sertai.
Difahamkan keputusan ini diambil oleh kerajaan Korea Selatan kerana penglibatan mereka dengan perang bersama Korea Utara sejak tahun 1950-an. Pogram perkhidmatan tentera ini juga dianggap penting bagi keselamatan negara mereka.
Walaupun ada beberapa pengecualian dan penangguhan yang diberikan, kebanyakan lelaki muda di Korea Selatan diwajibkan untuk menjalani perkhidmatan ini. Jadi tidak hairanlah mengapa program ini sudah menjadi salah satu aspek penting dalam kehidupan rakyatnya.
Berikut adalah penjelasan tentang bagaimana perkhidmatan tentera di Korea Selatan berfungsi:
Setiap lelaki warganegara Korea Selatan yang berumur antara 18 hingga 28 tahun diwajibkan menjalani perkhidmatan tentera.
Ini adalah sebahagian daripada usaha negara untuk memastikan kesediaan ketenteraan dalam menghadapi ancaman dari Korea Utara.
Tempoh perkhidmatan tentera berbeza-beza bergantung kepada jenis tentera. Untuk Tentera Darat, tempohnya adalah selama 18 bulan.
Bagi Tentera Laut, tempoh perkhidmatan adalah 20 bulan, manakala Tentera Udara pula memerlukan 21 bulan.
Walaupun perkhidmatan tentera adalah wajib, terdapat beberapa pengecualian dan penangguhan yang boleh diberikan. Misalnya, individu yang mempunyai kecacatan fizikal atau masalah kesihatan tertentu mungkin dikecualikan.
Selain itu, mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti boleh mendapatkan penangguhan sehingga tamat pengajian.
Semua rekrut akan menjalani latihan asas ketenteraan selama beberapa minggu sebelum ditempatkan ke unit masing-masing.
Mereka yang enggan menjalani perkhidmatan tentera tanpa alasan yang sah boleh dikenakan hukuman penjara.
Bagi mereka yang mempunyai alasan agama atau keyakinan tertentu yang menghalang mereka dari berkhidmat dalam tentera, mereka boleh memilih untuk menjalani perkhidmatan alternatif seperti bekerja di institusi kesihatan atau kemudahan awam.
Selepas menamatkan perkhidmatan tentera, individu tersebut akan menjadi sebahagian daripada rizab tentera dan mungkin dipanggil semula untuk latihan atau perkhidmatan dalam keadaan tertentu.
Semoga perkongsian ini memberikan sedikit sebanyak pencerahan kepada anda. Jangan lupa untuk follow atau subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin kita jarang dihidangkan dengan kehidupan Presiden ‘Termiskin’ di dunia ni. Beliau ini terkenal dengan gelaran ‘Presiden Termiskin Di Dunia’ kerana gaya hidup sederhana yang sangat jarang dilihat di kalangan pemimpin. Cara hidupnya yang seperti orang kebiasaan serta sifat pemurahnya menjadikan beliau lebih mudah didekati oleh rakyat. Di bawah merupakan beberapa fakta yang pasti membuat anda ‘tabik spring’ dengan sifat beliau semasa menjadi Presiden Uruguay.
Siapa yang tak suka tinggal di dalam kediaman selesa dan serba mewah, kan? Bukankan Perdana Menteri atau Presiden saja, mereka yang bertaraf ‘menteri cabuk’ atau penjawat awam pun kalau boleh nak demand kuarters yang cantik dan selesa.
Namun, presiden ini menolak tawaran rumah mewah milik kerajaan Uruguay dan memilih untuk tinggal di rumah satu bilik dengan ladang bunga kekwa bersama isterinya di pinggir bandar Montevideo. Jose Mujica di hadapan rumah ladang yang diduduki oleh beliau walaupun setelah menjadi Presiden Uruguay.
Bayangkan, betapa murahnya hati Presiden Jose Mujica yang mendermakan 90% daripada jumlah gaji bulanannya secara konsisten iaitu USD12,000 ( RM47,382) khasnya kepada golongan miskin dan peniaga kecil-kecilan.
Gaji yang hanya berbaki USD 775 (RM3060) sebulan digunakan untuk kegunaan peribadi. Baki gajinya dilaporkan hampir sama dengan pendapatan rakyat Uruguay secara purata. Presiden Jose Mujica yang memandu sendiri kereta Volkswagen birunya yang merupakan satu-satunya aset beliau.
Jika selalunya kita dengar orang kenamaan pasti mempunyai kereta import mewah berjenama serta hartanah yang banyak. Dalam sebuah laporan El Mundo, beliau yang mengisytiharkan aset hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle model lama (1987), manakala ladang yang diduduki adalah milik iserinya, Senator Lucia Topolansky yang juga mendermakan sebahagian daripada gajinya.
Difahamkan bahawa seorang jutawan dari negara Arab pernah menawarkan sebanyak 1 milion dolar untuk membeli kereta tersebut tetapi ia ditolak oleh beliau!
Jose Mujica bersama isteri, Senator Lucia Topolansky
Presiden yang merendah ini juga mesra rakyat. Hasil tanaman bunga di ladangnya sering dijual kepada penduduk-penduduk sekeliling. Malah, kalau ke klinik atau pejabat-pejabat, beliau juga akan beratur seperti orang awam! Sebagai presiden, ia merupakan cara untuknya mengenali rakyat dengan lebih dekat tanpa jurang sosial. Beliau juga dapat menghayati gaya hidup rakyat serta menyelami kesukaran yang dialami saban hari.
Presiden Jose Mujica dilihat sedang beratur semasa mendapatkan rawatan di hospital awam
Cara hidupnya yang sederhana bukan sahaja dapat dilihat dengan gaya hidup serta kemesraannya dengan penduduk sekeliling, malah beliau juga sering mendapat perhatian apabila hadir ke majilis-majlis rasmi para pemimpin. Diiringi dengan kereta model lama Volkswagennya, beliau sering didapati berpakaian kemeja biasa dengan sandal dan jarang mengenakan sepersalinan pakaian kot dan tali leher yang formal seperti pemimpin lain.
Tidak seperti pemimpin kebiasaannya, presiden ini memilih untuk tidak dikawal ketat oleh pengawal. Rumahnya tiada tembok tinggi atau kamera litar tertutup di setiap penjuru. Hanya dua pengawal yang bertugas yang setia di luar rumahnya.
Semasa penggal pemerintahannya antara 2010 hingga 2015, beliau berjaya memulihkan ekonomi negara dengan mengurangkan kadar pengangguran warga Uruguay di samping purata kenaikan gaji yang tinggi. Kesan ini amat signifikan memandangkan negara jiran Argentina dan Brazil pada ketika itu mengalami kemerosotan ekonomi.
Sebelum melibatkan diri dalam dunia politik, beliau terkenal kerana menganggotai kumpulan pejuang gerila Tupamaros pada awal 1970an. Kumpulan ini terkenal dengan tindakan berani mereka merompak bank dan syarikat yang menyeleweng kemudian menyedekahkan hasil rompakan kepada rakyat. Kumpulan ini juga biasa dengan jolokan “The Robin Hood” kerana tindakan mereka. Akibat kegiatan kumpulan ini, beliau juga pernah dipenjarakan selama 14 tahun sehinggalah dibebaskan pada 1985 apabila Uruguay mencapai demokrasi.
Walaupun mendapat jolokan sebagai ‘Presiden Termiskin Di Dunia’, beliau percaya bahawa orang paling miskin di dunia sebenarnya ialah orang yang terlalu mengejar kebendaan dan sentiasa rasa tak cukup. Benarlah bak kata pepatah, orang yang paling banyak memberi sebenarnya adalah orang yang paling kaya! Cara hidupnya merupakan refleksi masa lalunya dan beliau amat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Walaupun status beliau telah diangkat sebagai Presiden, ia langsung tidak menghalang beliau daripada melalui kehidupan seperti seorang rakyat biasa.
Wah, memang banyak yang kita boleh pelajari daripada Presiden Jose Mujica ini, kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.