
Dalam dunia fesyen lelaki, gaya minimalis tidak semestinya bermaksud terlalu ringkas atau kurang karakter. Sebaliknya, ia menuntut pemilihan material yang baik, reka bentuk yang kemas serta perincian yang mampu bertahan melangkaui perubahan trend. Pendekatan itu menjadi teras kepada koleksi TUMI Harrison Fall 2026 yang diperkenalkan dengan pilihan material, warna dan siluet baharu.
Koleksi ini ditujukan kepada lelaki moden yang menghargai mutu pertukangan, kualiti dan rekaan praktikal, terutamanya mereka yang sering bergerak antara urusan kerja, perjalanan dan aktiviti sosial.
Harrison tidak tampil dengan logo atau hiasan yang berlebihan. Tarikannya terletak pada bentuk yang tersusun, kemasan halus dan reka bentuk yang kelihatan matang. Ia sesuai untuk lelaki yang mahu membawa barangan harian dengan lebih teratur tanpa mengorbankan penampilan profesional.

Cognac Bombe Jadi Warna Kekal
Antara pembaharuan utama untuk musim ini ialah Cognac Bombe yang kini diberikan tempat tetap dalam koleksi Harrison. Warna coklat hangat tersebut menambah karakter pada siluet yang selama ini dikenali dengan garis rekaan bersih dan teratur.
Menariknya, material tersebut direka untuk menghasilkan penampilan yang semakin matang selepas digunakan. Ini menjadikan beg bukan sekadar aksesori bermusim, tetapi barangan berkualiti yang boleh dipakai selama bertahun tahun dan berpotensi diwariskan kepada generasi seterusnya.

Koleksi ini turut memperkenalkan Taupe/Black Woven, iaitu binaan anyaman yang mengambil inspirasi daripada tradisi reka bentuk halus Eropah. Teknik tersebut memberikan tekstur dan corak tambahan tanpa menjejaskan identiti Harrison yang tajam dan berstruktur.
Hasilnya ialah sebuah rekaan yang kelihatan kontemporari, namun masih menghormati DNA asal koleksi. Ia tidak cuba menjadi terlalu menonjol, tetapi tetap mempunyai keistimewaan apabila dilihat dari jarak dekat.

Warna Baharu Lebih Matang
Bagi pilihan warna bermusim, TUMI memperkenalkan Deep Pine Bombe yang mengambil inspirasi daripada palet rona bumi. Warna hijau gelap ini memberi alternatif kepada warna hitam tradisional, terutama untuk lelaki yang mahu sedikit kelainan tanpa kelihatan terlalu berani.
Satu lagi pilihan ialah Ink/Suede yang menggunakan kulit suede dengan sentuhan lembut dan tekstur permukaan lebih mendalam. Material ini memberikan dimensi visual yang lebih menarik, sekali gus menyerlahkan sifat premium koleksi Harrison.

Antara produk yang ditampilkan termasuk Bradner Backpack, Warren Backpack, Nelson Duffel dan Gregory Sling. Setiap satunya membawa pendekatan berbeza mengikut keperluan pengguna, sama ada untuk perjalanan, urusan harian atau membawa barangan penting ketika bergerak di bandar.

BACA: Asas Larian Kompetitif, Ini 5 Rahsia Penting Untuk Jadi Pelari Berdaya Tahan
Dua Siluet Baharu Untuk Gaya Harian
TUMI turut menambah dua siluet baharu menerusi Macri Small Crossbody dan Thatcher Sling Backpack. Kedua duanya mengekalkan standard material serta binaan yang sama seperti produk lain dalam keluarga Harrison, tetapi menawarkan cara pemakaian yang lebih santai dan serba guna.
Beg silang kecil semakin relevan dalam gaya lelaki moden kerana ia memudahkan pengguna membawa telefon pintar, dompet, pasport, kunci dan aksesori kecil. Sling backpack pula memberikan ruang tambahan tanpa terasa sebesar beg galas konvensional.

Rekaan sebegini sesuai untuk lelaki yang mahukan pergerakan lebih bebas, terutamanya ketika menggunakan pengangkutan awam, berjalan di bandar atau melakukan perjalanan singkat.
Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz berkata, “Harrison sentiasa direka untuk lelaki yang memberikan perhatian kepada setiap perincian. Dia memahami nilai pertukangan, memahami kualiti dan mengharapkan barangan yang dibawanya mencerminkan perkara tersebut.”

Kenyataan itu merangkumkan identiti Harrison sebagai koleksi yang tidak bergantung kepada trend sementara. Ia lebih dekat dengan konsep membeli barangan secara terpilih, iaitu mengutamakan mutu, fungsi dan ketahanan berbanding memiliki terlalu banyak aksesori.
Koleksi TUMI Harrison Fall 2026 kini boleh didapati menerusi laman rasmi TUMI Malaysia serta di butik TUMI di seluruh negara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




