Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dalam lebih kurang seminggu lagi. Walaupun sambutan hari yang mulia pada tahun ini sangat berbeza namun ia tidak bermakna kita tidak perlu meraikannya.

Anak-anak perantauan tidak dapat pulang ke kampung kerana penularan wabak COVID-19 masih lagi dalam proses pemulihan. Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) yang dilaksanakan adalah bagi terus membuka ekonomi di samping memastikan rakyat Malaysia terus patuh dengan segala SOP kerajaan.

Mungkin ramai merasakan tahun ini tidak peru membeli baju raya terutamanya baju Melayu. Usahlah begitu kerana Hari Raya hanya datang sekali dalam setahun. Beraya dengan baju baru dan mengunjungi sanak-saudara menerusi di atas talian juga boleh.

Kekalkan tradisi meraikannya dengan baju Melayu walaupun keadaan sudah berbeza. Buat anda yang ingin membeli baju Melayu, MASKULIN ingin kongsi beberapa tip berguna buat anda!

POTONGAN ATAU CUTTING

Tahukah anda bahawa faktor kemas dan terletaknya baju melayu itu banyak bergantung kepada potongan atau cutting baju melayu tersebut? Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis baju melayu dengan cutting berbeza seperti slimfit. Dan amat popular dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

IKLAN

Jika anda mempunyai fizikal badan yang sederhana memang sesuai untuk mengenakan cutting seperti ini. Makala buat anda yang berbadan besar, badan berotot besar dan juga terlalu kurus sila elak pakai cutting seperti ini.

Baju melayu tradisional biasanya sedikit longgar, tetapi kemas dipakai berserta samping. Ini membuatkan baju itu selesa dipakai. Pastikan cutting baju melayu yang dibeli tidak terlalu longgar dan tidak terlalu fit. Ini cutting yang sesuai buat mereka yang kami nyatakan di atas. Kemas, bersahaja, dan lebih relaks.

IKLAN

Tip Pilih Baju Melayu Ikut Bentuk Badan & Warna Sesuai

JENIS KAIN

Apa guna kalau beli baju melayu dengan potongan cantik tapi guna jenis kain yang tidak sesuai. Amat penting untuk anda beri tumpuan kepada jenis kain dan material baju melayu tersebut. Pertama sekali cuaca di negara kita memang semula jadi sangat panas terutamanya bila tengah hari.

IKLAN

Pastikan material tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis, tetapi selesa dipakai dan tidak menampakkan peluh.

WARNA

Khabarnya warna yang cukup trendy bagi tahun ini ialah biru. Walau apapun pilihlah warna yang sesuai dengan personaliti anda. Jika anda dan keluarga ada tema warna, ini akan memudahkan proses memilih baju melayu. Jika tidak, pilihlah warna yang lebih pudar berbanding warna terang.

Antara warna yang paling popular dipilih untuk baju melayu adalah warna biru, coklat, cream, dusty purple, dark grey, dusty green dan dusty blue.

BUTANG BAJU MELAYU

Jika pakai kemeja mahal kita perlu guna cufflink. Begitu juga dengan baju Melayu, butangnyua melengkapkan penampilan anda. Pilihlah butang baju Melayu yang tidak terlalu mengarut. Pilih bentuk segi empat atau bulat bagi penampilan lebih kasual. Dan anda juga boleh pilih yang mempunyai warna lenih kurang sama dengan baju Melayu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI