Nama Fattah Amin mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan kepada anda semua. Aktor terkenal ini seakan mustahil untuk tidak dikenali oleh marhaen dan warganet yang paling tidak pun pasti pernah mendengar namanya.
Selain membina kariernya sebagai seorang pelakon, Fattah Amin juga kini bergelar sebagai seorang usahawan yang sedang meningkat naik.
Antara perniagaannya yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan juga rakyat Malaysia ialah francais restorang yang dimilikinya bersama lima rakan kongsi lain dikenali sebagai Meat Cartel.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam perniagaan makanan, Fattah kini berbangga dengan francais restoran makanan barat yang menawarkan pelbagai menu menarik.
Ads
MASKULIN baru-baru in sempat bertemu mata dengannya dan bertanyakan sedikit perihal perniagaannya. Dalam temu bual tersebut, kami sempat bertanyakan pendapatnya tentang apakah sikap yang perlu ada pada seorang usaawan untuk berjaya.
Berikut merupakan lima perkara yang dikongsikan oleh Fattah Amin.
Ads
YAKIN DENGAN PRODUK & DIRI
Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita harus yakin dengan produk yang ingin dijual. Selain itu, kita juga perlu yakin dengan diri sendiri. Jika tiada keyakinan tersebut bagaimana mahu berjaya.
KENAL ORANG SEKELILING
Penting untuk kita kenali dengan siapakita jalankan perniagaan. Selain itu, kita juga perlu tahu siapa di dalam team. Tahu peranan setiap orang dan tugas mereka. Ini amat penting bagi memastikan perniagaan dapat berkembang dengan baik dan lancar.
Ads
JANGAN MALU MINTA BANTUAN
Kita tidak akan berjaya tanpa bantuan orang lain, Jadi buangkan sifat malu untuk minta bantuan jika berdepan kesukaran. Harus lebih bersifat terbuka dalam menjalankan perniagaan yang ingin berjaya.
Sebelum memulakan perniagaan dan memperkenalkan produk, pertama sekali kita harus berani ambil risiko. Tapi risiko itu perlu diambil seiring dengan perancangan dan memahami selok-belok perniagaan dengan baik.
DREAM BIG
Tidak ada salahnya untuk memasang impian dan angan-angan. Jadi jangan rasa rasa takut atau rasa kerana tanpa angan-angan serta imaginasu, visi kita tidaka akan ercapai. Dengan angan-angan bersama visilah yang akan membuatkan diri kita akan lebih bermotivasi untuk berjaya.
Ikuti temubual ringkas MASKULIN menerusi video eksklusif di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang pempengaruh media sosial berbangsa India, dikenali sebagai TheDavids21, menerima pujian ramai selepas tindakan mulianya membelikan baju raya kepada kanak-kanak yatim.
Momen penuh emosi itu bukan sahaja menggembirakan anak-anak kecil, malah mencerminkan keikhlasan seorang insan yang pernah melalui kesusahan yang sama.
Dalam video yang tular, TheDavids21 membawa sekumpulan kanak-kanak ke sebuah kedai pakaian untuk memilih baju raya.
Dengan penuh semangat, beliau mengajak mereka masuk, memilih warna kegemaran, dan memastikan setiap kanak-kanak mendapat pakaian yang sesuai.
Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah luahan emosinya ketika ditanya tentang perasaannya.
Beliau mendedahkan bahawa sebagai anak yatim, dia sangat memahami perasaan kanak-kanak tersebut.
“Bila saya tengok mereka, saya teringat diri saya masa kecil. Hari ini saya belanja mereka, rasa macam nak nangis tapi tak boleh nangis. Saya tahu perasaan mereka sebab saya pernah lalui semua ini.”
Tindakan TheDavids21 mendapat sambutan positif daripada warganet, yang memuji keikhlasannya membantu tanpa mengira kaum dan agama.
“Kebaikan tak kenal warna kulit. Terima kasih bro sebab buat mereka gembira!”, seorang pengguna Instagram.
“Terharu tengok video ni. Semoga rezeki David bertambah!”, komen seorang netizen di TikTok.
Selain itu, netizen juga tersentuh dengan cara beliau berinteraksi mesra dengan kanak-kanak tersebut, memastikan mereka merasa dihargai dan dihormati.
Dalam video tersebut, TheDavids21 juga berkongsi bahawa kedai pakaian tersebut memberikan diskaun 10% sebagai sokongan kepada usaha baiknya.
Ini menunjukkan bagaimana kebaikan seseorang boleh menginspirasi lebih ramai untuk turut serta dalam usaha kebajikan.
Lebih daripada sekadar memberi baju raya, apa yang dilakukan oleh TheDavids21 adalah memberi kebahagiaan dan kenangan indah kepada anak-anak yatim ini.
“The best part, when we are with them, they are smiling,” katanya penuh keikhlasan.
Dalam dunia yang sering dipenuhi dengan berita negatif, kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa kebaikan masih wujud dan boleh datang dari sesiapa sahaja, tanpa mengira bangsa atau latar belakang.
Semoga usaha mulia TheDavids21 menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat mereka yang cukup arif dalam dunia maraton dan ultra-maraton di Malaysia, nama Jeff Lau pastinya sudah tidak asing lagi. Kaliber yang dimiliki oleh atlet yang berkaksi dalam larian ekstrem sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.
Sebelum ini MASKULIN pernah memaparkan pengalamannya menyertai perlumbaan di dalam cuaca beku sejauh 500km. Melakukan larian 10 hari dalam cuaca sejuk ekstrem bukanlah satu perkara yang mudah.
Dan baru-baru ini, Jeff Lau juga telah berjaya menghabiskan ultra-race yang berlangsung di Vietnam. Lebih menarik dia melakukan acara perlumbaan ini bersama-sama dengan ayahnya.
Nak tahu apa cabaran yang dihadapainya sepanjang perlumbaan yang luar biasa mencabar tersebut? Ikuti temu bual eksklusif MASKULIN bersama Jeff Lau.
BERAKSI DI ULTRA-RACE ASIA DI VIETNAM, BOLEH KONGSI APAKAH TAHAP KESKURANNYA BERBANDING PERLUMBAAN LAIN?
Selari dengan fokus dan tema dibawa Under Arnmour, ‘Real Tough’, Salah satu bahagian yang paling mencabar dalam perlumbaan ialah membawa beg galas kami yang hampir 10kg bersama kami sepanjang perlumbaan. Ini sangat mencabar untuk ayah saya dan saya.
Beg galas 10kg kami termasuk keperluan untuk hidup semasa perlumbaan ultra yang termasuk seperti beg tidur, pisau, cermin, kit pertolongan cemas dan pelbagai keperluan penting yang lain. Selain itu, kemi juga perlu bawa bekalan makanan untuk sepanjang empat hari perlumbaan.
Sebagai peserta kami harus membawa bekalan dengan kira-kira kami dikehendaki membungkus kira-kira 2000k kalori setiap hari, yang berfungsi sehingga kira-kira 8,000 kalori pada hari pertama. Di samping itu, saya juga perlu membawa peralatan Under Armour yang membantu saya mengharungi perlumbaan.
ADAKAH ANDA MELAKUKAN LATIHAN SPESIFIK UNTUK PERLUMBAAN INI & BAGAIMANA ADAKAH IA BERBEZA?
Membina kekuatan luaran dan dalaman tidak datang sekelip mata. Saya mula menyediakan diri dari segi mental dan fizikal lebih awal lagi. Saya mengambil masa tiga (3) bulan untuk membuat persediaan menghadapi perlumbaan ultra ini.
Untuk mempersiapkan diri, saya mengambil beg galas seberat 8kg, bersenjatakan peralatan dan kasut prestasi Under Armour yang betul dan berlari selama kira-kira dua hingga tiga jam di Bukit Kiara setiap hujung minggu.
PERSEDIAAN PALING PENTING SEHARI SEBELUM PERLUMBAAN BERMULA?
Malam sebelum perlumbaan paling penting sekali ialah tidur yang cukup. Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan untuk memastikan badan saya berehat dengan baik. Saya akan mandi air panas, minum banyak air dan menikmati hidangan yang enak dan tidur dengan lena.
ADAKAH ANDA PERLU JALANI SENAMAN DAN LATIHAN INTENSIF BAGI BIKA DAYA TAHAN DIRI TINGGI BAGI PERLUMBAAN EKSTREM SEPERTI INI?
Setiap perlumbaan memerlukan rejim latihan yang berbeza berdasarkan ketinggian, corak perlumbaan, jarak, cuaca dan banyak faktor lain.
SELAIN PERSEDIAAN KECERGASAN, BAGAIMANA PULA DENGAN PERALATAN DAN MAKANAN?
Kelengkapan pakaian, kasut dan peralatan prestasi Under Armour amat penting untuk ultra-maraton. Saya bernasib baik kerana Under Armour memberikan dokongan dan sokongan. Saya menggunakan kasut UA HOVR Summit Fat Tyre Cuff Running Shoes yang merupakan sebahagian daripada kerjasama dengan Michelin Tyre pada masa lalu.
Selain itu saya mengambil produk Hammer Nutrition yang menaja saya untuk keseluruhan perlumbaan. Beberapa produk termasuk Fizz, recoverite, gel kuasa dan banyak lagi.
Pada pendapat saya, sangat penting untuk memasukkan latihan kekuatan dan daya tahan dalam rejim latihan anda semasa membuat persediaan untuk ultra-maraton dan dengan peralatan larian dan suplemen berprestasi yang betul, saya dapat menamatkan perlumbaan dengan selamat.
ADAKAH ANDA MENGIKUTI PROGRAM DIET YANG KETAT SEBAGAI PERSEDIAAN?
Tidak pun. Saya memang tidak ada atau mengikuti rejim diet yang ketat. Saya masih boleh nikmati nasi lemak dan mee kari selepas latihan.
KETIKA PERLUMBAAN BAGAIMANA ANDA TERUS MEMOTIVASIKAN DIRI UNTUK MENAMATKANNYA WALAUPUN BERDEPAN KESUKARAN?
Hari ketiga perlumbaan merupakan paling sukar buat saya. Ini kerana kami perlu mendaki gunung bertingkat setinggi 2000m pada jarak 4km. Laluan mendaki sangat curam, licin dan berbatu. Ayah saya dan saya keletihan dari segi mental dan fizikal kerana kami telah berlumba selama dua hari.
Pada saat inilah saya teringat tentang mentaliti “Real Tough” Under Armour, di mana kerja keras tanpa henti bertemu dengan mendalam untuk menghilangkan keraguan, dan takut serta mendedahkan semangat yang ada dalam diri saya untuk membantu saya mencapai matlamat saya.
APAKAH TIP BOLEH ANDA KONGSI KEPADA PELARI TRAIL YANG LAIN?
Walau berapa usia sekali pun anda boleh menyertai dan menghabiskan larian ultra-maraton jika mempunyai matlamat yang jitu.
APAKAH MAKANAN PALING ANDA MAHU MAKAN SELEPAS TAMAT PERLUMBAAN.
Nasi goreng kampung dan jus tembikai.
Syabas MASKULIN ucapkan kepada Jeff Lau dan bapanya yang berjaya mengharungi dan menamatkan perlumbaan yang luar biasa sukar seperti ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orang yang berjaya mula dengan visi yang jelas tentang apa yang mereka ingin capai. Begitu juga dengan pelakon popular, Meerqeen yang tampil berkongsi rahsia kejayaannya dan amalan yang dilakukan untuk memperoleh sesuatu di dalam hidup.
Menerusi perkongsian di TikTok milik pengguna bernama Emma, pelakon naskhah Cinta Untuk Sekali Lagi itu mendedahkan dirinya menerapkan amalan memasang matlamat sebagai motivasi diri.
“Saya tak pernah rasa saya dah berjaya tapi rahsia saya dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.
“Jadi maksudnya, bila ada ‘goals’ awak akan motivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.
“Benda itu jadikan pembakar semangat saya hari-hari. Awak kena ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pesertsa Hero Remaja itu juga memberitahu dia mempunyai ‘goal board’ meletakkan segala impian yang mengingatkan diri kepada objektif bekerja.
“Macam saya ‘goals’ ni kita punya angan-angan tapi kena letak dekat awak punya ‘goal board’. Saya dekat rumah dalam almari ada ‘goal board’.
“‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur saya 23, saya cakap saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa,” ujarnya lagi.
Di samping itu, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama dalam hidup untuk berjaya dalam hidup.
“Semua orang kena ada ‘goals’ sebab untuk motivasikan diri kita setiap hari. Benda itu yang saya terapkan dan duduk dengan orang-orang yang sama dengan awak maksudnya orang-orang yang sama-sama nak berjaya,” tuturnya panjang.
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.