Episod ketiga ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) semalam benar-benar membuktikan bahawa semangat setiakawan, ketahanan mental, dan kekuatan fizikal adalah kunci untuk terus mara.
Dengan cabaran yang lebih mencabar berbanding dua episod lalu, bros diuji ke tahap yang belum pernah mereka bayangkan.
Duo power bros Ikmal dan Hakimi, yang berjaya memenangi cabaran episod kedua, mendapat imuniti penuh minggu ini.
Lebih menarik, mereka tidak perlu menyertai cabaran utama episod ini – menjadikan mereka pemerhati kepada aksi penuh mendebarkan Log Jam Challenge.
Log Jam Challenge – Semangat Sekeras Kayu
Cabaran kali ini tampak mudah di permukaan, namun penuh dengan cabaran fizikal yang menggugat.
Setiap pasukan perlu mengangkut empat batang kayu balak menyeberangi anak sungai, kemudian memotongnya menjadi sepuluh bahagian kecil menggunakan kapak – kayu yang kelihatan biasa ini ternyata keras bak besi!
Ads
Seperti yang dikatakan oleh bro senior Faidzal, “Kayu balak itu nampak macam senang nak dipotong, tapi hakikatnya ia sangat keras. Jadi saya dan Kelvin ambil strategi untuk fokus potong satu kayu balak sama-sama.”
Strategi itu tampak berkesan, namun mereka tidak dapat menandingi kecemerlangan Saddam dan Asyraf.
Setelah kecewa dalam episod lalu, mereka tampil dengan semangat membara, menjadi pasukan pertama yang berjaya menamatkan cabaran ini dengan masa terpantas.
Namun, cabaran ini tidak lengkap tanpa drama mengejutkan. Ketika cuba menghentak kayu, Chee Wai mengalami kecederaan di bahagian dahi – detik yang membuat semua di situ terdiam.
Ads
Walaupun cedera, Chee Wai menunjukkan semangat luar biasa, meneruskan cabaran bersama Irewan. Hasilnya, mereka berjaya menamatkan cabaran dengan masa kedua terpantas!
Pasukan Saddam dan Asyraf, serta Chee Wai dan Irewan, terselamat daripada penyingkiran minggu ini.
Cabaran Planking Bridge: Ujian Ketahanan Ekstrem
Tiga pasukan lain – Theeban dan Nad, Faidzal dan Kelvin, serta Dr Shazif dan Syafiq – perlu melalui cabaran Planking Bridge. Dalam cabaran ini, bros perlu melakukan planking sambil kayu balak ditambah satu persatu di belakang mereka setiap 15 saat.
Theeban dan Nad menunjukkan ketahanan luar biasa, bertahan lebih lama berbanding yang lain. Namun, pasukan Faidzal dan Kelvin, serta Dr Shazif dan Syafiq, terpaksa berdepan cabaran penyingkiran kalah mati.
Cabaran terakhir Flip the Log menjadi pentas penentuan. Bros perlu menolak kayu balak hingga ke checkpoint rakan pasukan dan terus ke garisan penamat. Akhirnya, Dr Shazif dan Syafiq berjaya menamatkan cabaran lebih pantas, menyaksikan perjalanan Faidzal dan Kelvin terhenti di sini.
MASKULIN mengucapkan selamat maju jaya buat Faidzal dan Kelvin – semangat kalian tidak akan dilupakan!
Episod 3 meninggalkan persoalan yang membara – apakah cabaran mendebarkan yang menanti bros di episod keempat nanti? Adakah lebih mencabar? Lebih dramatik?
Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro di Astro Ria, setiap Jumaat jam 9 malam! Siapa tahu, anda mungkin dapat inspirasi daripada semangat dan kesungguhan bros untuk melangkaui batas diri mereka!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Episod keenam MASKULIN Who’s Your Bro (WYB) telah menghidangkan sebuah cabaran yang cukup mendebarkan – Fire Fighter Challenge terutamanya buat salah seorang peserta, Irwan!
Dalam misi ini, Irwan dan rakan-rakan WYB tidak hanya perlu melakukan tugas menyelamat seperti memanjat, mendaki, memadamkan kebakaran, dan membawa mangsa (dummy) ke kawasan selamat, tetapi mereka juga perlu melakukannya dalam keadaan serba mencabar.
Bayangkan, setiap peserta perlu mengenakan pakaian keselamatan penuh (PPE), lengkap dengan topeng gas dan tangki oksigen yang berat.
Itu belum lagi ditambah dengan tekanan fizikal dan mental apabila mereka menghadapi lima checkpoint yang menguji kekuatan serta daya tahan badan.
Cabaran ini tidak hanya memerlukan tenaga tetapi juga strategi komunikasi yang luar biasa kerana topeng gas yang dipakai menyebabkan pendengaran mereka menjadi terhad. Segala arahan hanya boleh disampaikan melalui gerakan tubuh dan sentuhan.
“Beban Melebihi Berat Badan Sendiri”
Salah seorang peserta yang paling terkesan dengan cabaran ini ialah Irwan. Dengan badan kecil dan berat badan yang ringan, dia terpaksa membawa beban yang jauh lebih berat daripadanya sendiri.
Beban tersebut termasuklah tangki oksigen, hos bomba yang besar, dan dummy mangsa yang perlu diselamatkan.
“Disebabkan limited oksigen, saya nak bergerak jadi susah. Dengan hosnya yang sangat berat tu. Tapi dengan sokongan Asyraf, saya gagahkan diri untuk habiskan semua misi,” kata Irwan sambil mengimbas semula pengalaman getir itu.
Kekurangan oksigen menyebabkan wajahnya bertukar merah, manakala bibirnya hampir kebiruan. Asyraf yang menjadi pasangannya turut meluahkan kebimbangan.
“Bila habis je, bomba datang dengan segera dan buka mask dengan cepat. Sebab muka saya dah merah gila – kekurangan oksigen,” tambah Irwan dengan nada lega.
Tabik Hormat kepada Barisan Bomba Negara
Walaupun terpaksa berentap dengan pelbagai cabaran ekstrem, Irwan dan Asyraf berjaya menghabiskan misi ini tanpa sebarang kecederaan serius.
“Objektif kita untuk membuktikan kami mampu menghabiskan cabaran ni. Yang penting kami berdua selamat dan tidak berdepan kecederaan. Saya tabik ahli bomba negara kerana ini bukanlah satu perkara yang senang dilakukan!” ujar Asyraf dengan penuh penghargaan.
Namun, masa yang dicatatkan oleh Irwan dan Asyraf adalah paling perlahan, sekaligus menempatkan mereka dalam pusingan penyingkiran bersama pasukan Nad dan Syafiq pada episod seterusnya.
Debaran semakin memuncak! Mampukah Irwan dan Asyraf menyelamatkan diri mereka daripada tersingkir?
Atau adakah Nad dan Syafiq akan merampas peluang untuk kekal di pertandingan? Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod ketujuh pada 17 Januari 2024, jam 9 malam di Astro Ria.
Semakin sengit! Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas deretan aksi mendebarkan di episod lalu, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ kembali dengan episod 7 yang lebih ekstrem dan lebih mantap.
Dari melawan api yang menyala-nyala hingga mengatasi ketakutan pada ketinggian, peserta program realiti kecergasan nombor satu Malaysia ini telah mengharungi ranjau penuh keberanian.
Namun pada minggu ini, cabaran yang menanti mereka lebih berbeza dan bukanlah calang-calang. Bersiap sedia untuk saksikan episod 7 kerana medan pertempuran bakal bertukar ke pantai yang penuh dengan elemen ekstrem!
Pusingan Penyingkiran
Di hujung episod lalu, dua pasukan tercorot diumumkan terpaksa mara ke pusingan penyingkiran – Nad dan Syafiq menentang Irwan dan Asyraf.
Pusingan ini diberi nama yang cukup berani, BEACH BRAWL. Nama sahaja sudah cukup menggambarkan cabarannya, tapi apa sebenarnya yang perlu mereka lakukan?
Adakah mereka perlu bertarung habis-habisan, menggunakan taktik pertarungan untuk menjatuhkan lawan?
Atau mungkinkah cabaran ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk mengalahkan diri sendiri? Apa yang pasti, hanya satu pasukan akan terus mara, dan satu lagi akan tersingkir! Siapakah yang bakal kecundang?
Cabaran Utama
Buat peserta yang masih bertahan, cabaran utama minggu ini menjanjikan sesuatu yang belum pernah mereka lalui iaitu CAPTURE THE BOAT.
Di lokasi tepi pantai dengan ombak sebagai saksi, cabaran ini membawa elemen air yang ekstrem dan penuh risiko. Apa yang perlu dilakukan oleh para Bros?
Adakah mereka perlu menyelam di laut yang dalam, melepaskan sebuah bot yang tersekat, dan menariknya ke darat?
Atau adakah mereka perlu berlari melawan arus air dengan bot yang berat untuk menguji daya tahan mereka?
Segalanya bergantung kepada keazaman dan semangat juang setiap peserta. Ini bukan sekadar ujian kekuatan, tetapi ujian siapa yang benar-benar layak bergelar Bro sejati!
Siapa Bro, Siapa Lawan?
Minggu demi minggu, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ terus membuktikan bahawa menjadi seorang lelaki sejati memerlukan lebih daripada otot yang kuat.
Ia tentang ketabahan, keberanian, dan semangat untuk tidak menyerah kalah. Setiap cabaran bukan sahaja menguji tubuh tetapi juga minda dan jiwa.
Jadi, siapa yang akan mengungguli CAPTURE THE BOAT? Dan siapa pula yang akan melangkah keluar selepas BEACH BRAWL? Hanya satu cara untuk mengetahui – pastikan anda menonton episod ke-7 malam ini, jam 9 malam di Astro Ria dan Astro GO!
Menurut pelakon dan influencer terkenal, Imran Aqil, program realiti Who’s Your Bro yang diterbitkan oleh Astro membawa kelainan dan mencipta satu fenomena baharu dalam dunia hiburan Malaysia.
Sebagai program televisyen pertama bertemakan fitness, Imran memuji usaha Astro memperkenalkan konsep ini yang memberi inspirasi kepada penonton dari pelbagai latar belakang.
“Bila tengok peserta dari latar belakang berbeza ada doktor, anggota tentera, malah rider dispatch, ia menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh kekal fit jika berusaha,” kata Imran.
Beliau percaya bahawa program ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan.
Cabaran yang Menguji Mental dan Fizikal
Imran turut mengulas tentang cabaran yang dilalui para peserta dalam program tersebut.
Sebagai penonton, beliau mengakui bahawa halangan yang disediakan sangat mencabar dan memenatkan.
“Bila tengok mereka berjaya selesaikan cabaran, rasa terpegun. Pada mulanya saya ingat ada peserta seperti ‘pretty boy’ atau badan besar tak boleh buat, tapi rupanya mereka lebih daripada itu. Saya salute komitmen dan semangat kental mereka,” katanya.
Kejayaan peserta menyelesaikan cabaran yang sukar telah membuka mata Imran bahawa kemampuan seseorang tidak boleh dinilai secara luaran sahaja.
Baginya, semangat juang peserta adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh semua.
Sokongan Buat Kawan-Kawan
Imran turut menyatakan sokongan terhadap dua peserta kegemarannya, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin, yang juga merupakan kenalannya.
“Saya ada dua orang kawan dalam program ini, jadi memang saya sokong mereka berdua setakat ini,” ujarnya sambil berharap mereka dapat terus memberikan persembahan terbaik dalam setiap cabaran.
@maskulinmySebagai penonton, Imran Aqil berkongsi apa yang membuatkan Who’s Your Bro begitu unik dan menarik adalah dari segi keaslian setiap cerita yang disampaikan, personaliti peserta yang pelbagai dan sentuhan kreatif yang membuatkan setiap episod penuh dengan kejutan! Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Imran Aqil percaya bahawa program seperti Who’s Your Bro bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.
Penonton di rumah dapat mengambil inspirasi daripada peserta untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Usaha Astro ini disifatkan sebagai satu langkah progresif dalam dunia penyiaran tempatan.
Who’s Your Bro membuktikan bahawa kecergasan bukan sekadar tentang fizikal, tetapi juga tentang semangat, keazaman dan kemampuan untuk mengatasi cabaran. Program ini pasti akan terus mencuri tumpuan ramai!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Walaupun memenangi Fire Fighter Challenge di episod 6 Maskulin Who’s Your Bro, Theebaan dan Hakimi “salute” kerjaya anggota bomba kerana tidak semua orang mampu lakukannya. Terima kasih Abang Bomba 🫡 #Maskulin #WhosYourBro#SiapaBroSiapaLawan♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.