Dapatkan Back Muscles Paling Sempurna Idaman Lelaki!

Share

Dalam membentuk belakang badan yang cantik berkepak, kestabilan seluruh otot badan sebenarnya sedikit sebanyak bergantung pada otot bahagian belakang badan. Kukuhkan ia supaya dapat menyokong otot-otot anggota badan yang lain dengan lebih sempurna.

STEP 1 : Front Chin Up

  • Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokan 45 darjah.
  • Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
  • Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
  • Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.

STEP 2 : Bent Over-Row

  • Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
  • Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
  • Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
  • Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.

STEP 3 : Seated Row

  • Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
  • Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang ; ketika ini hembus nafas.
  • Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan ; ketika ini tarik nafas.
  • Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
  • Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.

STEP 4 : Lat Pulldown (Front)

  • Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
  • Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
  • Kepakkan belakang badan.
  • Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
  • Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
IKLAN