Sekiranya anda ingin jaga wajah menggunakan bahan murah, apa kata jadikan buah tomato sebagai bahan semulajadi untuk kulit. Selain mudah didapati, buah tomato juga mengandungi khasiat vitamin A dan C yang penting untuk jaga wajah dan tubuh badan.
Cara nak membuatnya juga mudah. Ikuti petua yang dikongsikan Yatie Ahmad menggunakan buah tomato dengan tiga cara mudah untuk dapatkan kulit cun, glowing dan flawless. Ini perkongsiannya.
Hari ni Mumy nak share tips bersihkan kulit muka guna tomato. Mesti ramai yang ada masalah liang pori terbuka luas kan? Haaa Mummy nak share apa yang Mumy amalkan selain dari skincare. Kita guna bahan semulajadi yang lebih selamat dan sihat.
Kalau nak kulit sihat sekali sekala kena guna bahan semulajadi, tapi kalau rajin amalkan setiap hari memang cun la kulit muka kita??
Ads
Ada 3 cara kita boleh guna tomato ni. Mummy share satu-persatu, pastu uollss decide la nak try yang mana yerr.
Untuk tips yang lebih details, uollss klik kat gambaq yer.
Ads
1. TOMATO & GULA :
– Basuh muka dengan air suam.
– Belah 2 tomato tu, so boleh guna 1 pagi, 1 malam.
– Ambik tomato tu tekap permukaan kat gula, pastu gosok dan sental muka uollls. Jangan sental kuat sangat. Ikut tahap “tahan sakit” uollss semua ya. Jangan sampai luka dah la.
– Biarkan 5 minit, pastu bilas dengan air. Then keringkan dengan tuala besih tau!
Ads
2. TOMATO YANG DIBEKUKAN :
– Belah 2 tomato tu, dan masukkan dalam peti ais bahagian beku. Jangan campoq dengan ruangan ikan pulak tau!!!
– Keluarkan tomato yang dah beku tu, sental kat kulit muka uolls, sental sampai tomato tu macam dh habis seratnya.
– Pastu bilas muka uolls dgn air bersih then keringkan dengan tuala bersih.
– Buat pagi dan malam. Confirm cun!
3. TOMATO ASLI TANPA BAHAN LAIN :
– Pilih tomato yang agak masak, lenyek keseluruhan tomato tu.
– Sapu dan ratakan pada kulit muka uolllss.
– Biarkan selama 15-20 minit.
– Then bilas dengan air besih.
– Keringkan dengan tuala bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang mempunyai rambut panjang terutamanya pasti berdepan dengan cabaran untuk menjaganya. Lelaki berbeza berbanding wanita kerana kita lebih kerap berpeluh dan mempunyai bau badan tersendiri.
Jadi bagaimana cara untuk elak rambut daripada berbau busuk? Ikuti 5 tip mudah seperti MASKULIN kongsikan di bawah.
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering.
Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut.
Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama.
Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku.
Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lihat sahajalah bintang pelakon hero Hollywood atau Bollywood. Babak pelakon kacak taak berbaju dengan bulu dada yang mekar di dada umpama perkara biasa yang kita lihat di layar perak.
Sejak sekian lama bulu dada dianggap sebagai salah satu simbol maskuliniti yang cukup penting. Tapi benarkah ia menjadi penentu kepada faktor tersebut dan adakah lelaki berbulu dada ini lebih bijak?
Sesetengah lelaki mungkin berasa tidak selesa dengan kewujudan bulu dada. Apatah lagi jia ia mudah lebat dan panjang. Malah ada juga lelaki yang mula berasa segan untuk tidak berbaju di tempat awam seperti pantai atau kolam renang akibat bulu dada.
Jadi apakah signifikasi bulu dada kepada seorang lelaki?
Tahukah anda menurut sains bulu dada boleh menjadi penunjuk atau implikasi positif terhadap tahap kesihatan seseorang lelaki.
Dari segi saintifik bulu dada terbahagi kepada 15 paten pertumbuhan yang unik. Ia merangkumi kepada empat bahagian berbeza pada dada.
Lokasi yang menjadi tumpuan bulu dada tumbuh adalah pada bahagian pektoral dan sternal. Paten yang paling lazim dikenali sebagai paten pekto-sterno-infraclavicular. Istilah tersebut membawa maksud bulu dada lelaki menyelubungi kawasan buah dada, tulang sternum dan di penghujung tulang kolar.
Kajian juga menunjukkan normal bagi lelaki berbulu dada mempunyai paten yang tidak simetri. Dengan kata lain, jika anda rasa corak bulu dada anda pelik, jangan risau, anda tidak keseorangan.
Adakah lelaki mempunyai bulu dada tampil lebih menarik di mata wanita? Terdapat kajian yang telah menunjukkan keputusan yang cukup menarik. Kajian tersebut mendapati terdapat perbezaan dari sudut lelaki yang dianggap menarik perhatian bagi wanita muda dan tua.
Walaupun bulu dada boleh dipengaruhi oleh paras hormon testosteron, wanita subur lebih cenderung memilih lelaki yang kurang berbulu dada. Situasi ini berbeza pula dengan wanita yang telah mencapai usia menopaus. Mereka lebih suka akan lelaki yang berbulu dada.
Ia merupakan hasil kajian yang melibatkan seramai 300 subjek wanita. Fakta ini boleh jadi perkhabaran baik atau berita buruk bagi mereka yang berbulu dada. Jika anda masih belum bersedia untuk memberikan komitmen perkahwinan, mungkin bulu dada boleh bertindak sebagai alat kawalan kehamilan.
Fakta tentang lelaki berbulu dada lebih bijak pula telah dicabar dengan satu kaji selidik. Menurut kaji selidik tersebut separuh daripada populasi pelajar perubatan adalah lebih ‘berbulu’ jika dibandingkan dengan populasi umum iaitu hanya 10 peratus.
Malah, persatuan yang dihuni oleh ahli dengan tahap kecerdasan yang tinggi sebagai kriteria kemasukan, MENSA, mempunyai majoriti ahli yang berbulu dada tebal. Namun begitu kita masih belum boleh merumuskan kaitan jelas antara kecerdasan dan juga bulu dada. Akan tetapi itulah hasil kaji selidik mereka perolehi.
KULIT KERING MEMBUATKAN KULIT WAJAH MENJADI LEBIH SENSATIF TERHADAP PERSEKITARAN. SEBAGAI LELAKI, ANDA JANGAN BIARKAN MASALAH INI TERUS BERLARUTAN. KAWAL DAN ATASI MASALAH INI SEGERA.
SUHU AIR YANG BERSESUAIAN
Adakah anda tahu suhu air panas dan terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Lantaran gunakan suhu air yang sederhana untuk mandi atau mencuci wajah. Ia akan membantu mengekalkan kadar kelembapan kulit.
PELEMBAP BERBENTUK KRIM
Gunakan pelembap berbentuk krim bukannya losen untuk mengatasi masalah kulit kering. Krim lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan kekal lama. Lantaran kulit mendapat khasiat yang terkandung di dalam produk tersebut.
GEL PENCUCI
Bagi anda yang mempunyai kulit wajah kering, jangan sesekali menggunakan pencuci berbentuk sabun. Sebaliknya pilih gel pencuci kerana ia berasas air dan membantu membuatkan kulit wajah lembap sekali gus mengelakkan ia melupas.
MINYAK ZAITUN SIHATKAN KULIT
Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya ia kaya dengan Vitamin E yang membantu menjadikan kulit halus, lembut dan kekal lembap. Kulit wajah dan tubuh yang kering serta kasar dapat diatasi dengan penggunaan minyak zaitun secara konsisten. Amalkan tip ini setiap hari, pasti anda dapat melihat perubahan yang positif pada kulit.
MASKER AVOKADO
Kisar buah avokado sehingga benar-benar halus, campurkan dengan air suam. Kemudian gaul bahan ini sehingga sebati. Oleh pada seluruh wajah dan leher, biarkan selama 20 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit akan menjadi halus dan tidak lagi kering.
KHASIAT KUBIS
Kubis enak dijadikan hidangan dan membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Selain itu sayuran ini juga mempunyai kebaikan untuk merawat masalah kulit kering. Khasiat yang terkandung di dalam kubis dapat mengatasi kulit kering dengan berkesan. Caranya hancurkan kubis kemudian jadikan masker.
MADU LEMBAPKAN KULIT
Oleh wajah dengan madu setiap malam sebelum tidur, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas wajah dengan air limau nipis atau air putih. Hasilnya kulit menjadi lembap, halus dan kemerahan. Wajah kusam tampak berseri.
3 PRODUK PATUT CUBA
THE BODY SHOP ALOE SOOTHING DAY CREAM
Moisturizer alcohol free terbaik untuk kulit sensitif
Lidah buaya sememangnya terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif dan membantu melegakan ketidakselesaan pada kulit. Ia sesuai untuk menyejukkan dan sempurna untuk kulit yang terdedah pada alahan, gatal atau merah. Body shop sering mengeluarkan produk yang terbukti mengandungi bahan semula jadi. Pelembap lembut ini untuk menenangkan kulit sensitif dan kering. Dirumus tanpa wangian, warna, pengawet dan alkohol dan pilihan yang sempurna untuk kulit sensitif.
HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING LIGHT CREAM
Moisturizer anti jerawat terbaik untuk kulit berminyak
Krim pelembap ini menggabungkan 4 jenis O hyaluronic asid yang dikuasai oleh teknologi penembusan untuk mengunci, menambah dan menyimpan kelembapan dalam lapisan kulit di setiap lapisan. Selain itu, ia meningkatkan tahap penghidratan kulit melalui teknologi canggih aqua volume matrix yang menggunakan kluster 3D untuk menahan titisan air minyak yang mengandungi nutrisi larut minyak untuk membolehkan penembusan yang lebih dalam ke dalam kulit. Ia mengawal dan menyerap minyak yang berlebihan yang terhasil pada kulit. Memberi kulit rasa kekal ringan dan keselesaan sepanjang hari yang tidak berminyak.
HIMALAYA NOURISHING SKIN CREAM
Krim Nourishing Himalaya adalah krim ringan, tidak melekit dan sesuai untuk penggunaan harian yang menyediakan pelembap, khasiat dan perlindungan sepanjang hari. Krim ini diadun dengan ekstrak lidah buaya, cherry, pokok kino India dan pennywort India yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering agar kekal memberikan khasiat dan kelembapan. Cherry adalah tumbuhan yang digunakan untuk tindakan antioksidannya yang membantu pertumbuhan semula sel kulit. Manakala pokok kino India mempunyai sifat astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk nada dan meremajakan kulit wajah. Kulit anda akan kekal lembap dan tidak kering lagi dengan krim pelembap ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.