
Fed-up dengan proses memasak jadi lambat gara-gara api dapur gas tak kuat dan berkarat, tak perlu pening kepala nak belikan dapur gas yang baharu sepanjang PKP ini, ada caranya untuk anda dapatkan api yang marak.
Apa kata tunjukkan keprihatinan anda seorang lelaki untuk servis dapur gas sendiri. Nak buatnya mudah, hanya menggunakan empat bahan sahaja.
Caranya dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Jom ikuti perkongsiannya.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Alat-alat yang perlu disediakan
1. Playar
2. Paku saiz seinci setengah
3. WD-40 (Spray anti karat)
4. Pisau
Cara-cara servis
1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas).
2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti).
3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang).
4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu).
5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal).
Sharelah jika bermanfaat pada uolss??
Sumber: Abdul Ghopar Zakaria Ansari
Pakar Hartanah Ini Kongsi 7 Apps Boleh Bantu Anda Kesan Perbelanjaan Harian

Seberapa banyak mana sekali pun pendapatan bulanan anda jika tak dikawal cara berbelanja nescaya ia tak akan pernah cukup.
Lelaki terutamanya amat jarang mengesan perbelanjaan harian. Dengan amalan belanja selagi ada duit merupakan tabiat yang cukup biasa dilakukan ramai orang. Tapi tahulah anda setiap bulan anda mempunyai corak perbelanjaan yang berubah-ubah.
Sebagai contoh katakan pada bulan itu anda harus membayar insurans kereta dan menghidupkan cukai jalan kereta. Pastinya perbelanjaan akan sedikit berbeza berbanding bulan-bulan yang lain. Jadi peranan anda sebagai lelaki atau ketua keluarga haruslah memastikan perkara itu tak menjejaskan perbelanjaan.
Seorang pakar hartanah yang selalu berkongsi ideanya di Facebook iaitu Amir Syahir pernah membuat sebuah posting menarik tentang apps yang boleh membantu anda mengesan perbelanjaan harian atau bulanan.
Berikut merupakan 7 apps yang dikonsgikan oleh beliau.
1. My Tabung : BNM
Yang ni bagi gua senang dan mudah nak faham. Senang pun senang. Yang tak senang bila kau malas nak update perbelanjaan kau.
2. Money Manager Expense & Budget
Ini antara aplikasi digemari dunia. Kau boleh cuba. Senang juga nak guna. Kau godek-godek dulu.
BACA: 10 Tip Jimat Belanja Kahwin, Barulah Kehidupan Lepas Kahwin Lebih Steady
3. Spending Tracker
Kau boleh install aplikasi ni. Kalau kena dengan jiwa kau boleh la terus guna.
4. Wally+
Jika kau minat Wali Band kau boleh install apps ni. Eh. Takde kena mengena. Menarik juga ni. Kau boleh cuba install. Kalau tak sedap kau uninstall la balik. Asalkan kau minat guna dah la.
5. My Finances
Jika kau tengah hadapi pertunangan, kau wajib belajar uruskan kewangan dengan lebih bijak. Banyak kategori boleh guna. Aplikasi ini siap ada pie chart lagi.
6. Google Keep
Google Keep untuk kau senaraikan barang yang hendak kau beli. Tulis bajet kat situ pun bagus juga. Tulis kau beli harga berapa. Jadi kau tahu tiap bulan kau dah belanja berapa dah.
7. WhatsApp
Guna aplikasi ni paling mudah. Buat group WhatsApp kau dengan pasangan kau. Belanja terus boleh taip. Kau tak akan lupa dah. Jadi, kau dapat tau perbelanjaan pasangan kau juga. Kau tulis je berapa belanja lepastu kira lepas sebulan.
Berikut merupakan posting asal beliau di Facebook;
Harapan Pingat Olimpik 2024, Lee Zii Jia Diumumkan Duta LG Electronics

Selain bola sepak sukan badminton merupakan antara yang paling dekat di hati rakyat Malaysia. Walaupun prestasi skuad badminton negara di kejohanan antarabangsa ada pasang surutnya namun badminton tetap menjadi sukan kesayangan ramai.
Salah seorang pemain yang kini cukup diminati ramai ialah pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia. Kehebatannya di gelanggang sememangnya cukup digeruni lawan apatah lagi dengan teknik backhand smash dimilikinya cukup berbisa.
Semalam, MASKULIN sempat mengikuti majlis pengumuman Lee Zii Jia sebagai duta rasmi jenama LG Electronic Malaysia.
Kerjasama di antara jenama gergasi asal Korea Selatan dan Lee Zii Jia dilihat sebagai pemangkin terbaik buat kedua-dua pihak. Lee Zii Jia yang bakal menjadi harapan pingat untuk Sukan Olimpik Paris 2024 hadir membawakan persona gaya hidup sihat dan kemudahan kepada pengguna LG Electronics.
Sebagai duta terdahulu LG PuriCare™, sebuah unit perniagaan dalam LG Electronics Malaysia, Lee Zii Jia kini mewakili imej jenama LG secara menyeluruh. Kerjasama semasa akan memperluaskan program duta jenama yang merangkumi produk Hiburan Rumah dan Peralatan Rumah.
KESEDARAN JENAMA
Selai itu, LG turut merancang untuk berkolaborasi bersama Lee Zii Jia untuk meningkatkan kesedaran cara hidup berkualiti tinggi dengan slogan “Live Smarter, Go Higher”, dan bantuan produk inovatif jenama LG seperti Hiburan Rumah, Peralatan Rumah, LG PuriCare™, dan lain-lain.
“Kami amat berbangga dan berasa terhormat untuk menyambut Lee Zii Jia ke dalam keluarga LG sebagai Duta Jenama LG yang baharu. Semangat, kecekalan dan komitmen beliau mengejar impian dan mengamalkan gaya hidup sihat adalah representasi yang mengagumkan bagi jenama kami.
“Kami yakin bahawa Zii Jia akan membuka pintu dan memacu rakyat Malaysia untuk hidup lebih pintar dan baik melalui teknologi dan produk terkini kami,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.
“Kepentingan keperluan pengguna selalu menjadi keutamaan kami. Melalui kerjasama ini, kami berharap agar produk kami dapat menyumbang pada peningkatan gaya hidup pengguna,” kata Choi.
TONGGAK UTAMA
Lee Zii Jia telah memenangi pingat emas dalam acara tunggal lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019 dan gelaran BWF Super 1000 pertama di Terbuka Seluruh England 2021. Beliau juga merupakan juara tunggal lelaki Asia, selepas memenangi kejuaraan Badminton Asia pada tahun 2022.
“Semuanya bermula dengan impian, dan saya sentiasa berusaha untuk mencapai gaya hidup sihat dan pintar di rumah. Saya yakin bahawa produk-produk LG memberi tumpuan kepada kesihatan, kebersihan dan kemudahan yang merupakan tiga tonggak utama yang saya pegang erat.
‘Saya sangat berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan LG dalam memimpin gaya hidup yang saya idamkan, dan saya yakin ia juga akan memberikan manfaat kepada hidup profesional saya,” kata Lee Zii Jia.
Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam industri, LG Electronics Malaysia sentiasa mencari langkah seterusnya untuk memberikan nilai tambah dan kecekapan kepada kehidupan pengguna melalui produk berteknologi terkini.
Lee Zii Jia sebagai sebahagian daripada keluarga besar LG merupakan asas kepada nilai-nilai jenama tersebut. Sebagai duta, Lee Zii Jia akan mempromosikan pelbagai produk LG yang bukan sahaja sesuai untuk gaya hidupnya, tetapi juga gaya hidup sihat dan bersih kepada pengguna secara menyeluruh.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video manarik seperti di bawah ya!
Karnival Fun Run MOG Promosi Kesedaran Kesihatan Mata

MOG Group of Companies (MOG), salah satu perintis penjagaan mata terkemuka dan berprestij di Malaysia, telah merevolusikan konsep mempromosikan kesihatan penglihatan mata dengan menganjurkan karnival “Fun Run” bertemakan kesedaran kesihatan mata julung kali diadakan baru-baru ini.
Berlatarbelakangkan suasana meriah Setia City Mall di Shah Alam, acara ini menyaksikan kehadiran sebanyak 2000 peserta. Pencapaian yang memotivasikan ini menandakan satu langkah bermakna ke arah memupuk kesejahteraan holistik.
Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023, karnival Fun Run MOG telah menakrif semula landskap berkenaan kesedaran kesihatan mata di Malaysia. Lebih daripada sekadar karnival larian, ia menyampaikan gabungan pendidikan dan hiburan interaktif seperti permainan berasaskan visual yang memukau, trek larian interaktif, dan pelbagai aktiviti yang berfokuskan kesedaran penjagaan kesihatan mata.
Setiap aspek karnival ini menekankan kepentingan peranan penglihatan yang jelas dalam kehidupan seharian, di samping memberi penerangan dan pendidikan secara proaktif kepada peserta tentang langkah pencegahan awal dalam melindungi penglihatan mata.
Karnival Visi “Fun Run” MOG mempamerkan permainan visual yang mensimulasikan gejala masalah kesihatan mata tertentu yang kian meruncing seperti simptom-simptom masalah Miopia, Katarak, Glaukoma, AMD (degenerasi macula umur), sensitiviti kepada cahaya, dan koordinasi mata-tangan. Acara ini menjanjikan pengalaman mendalam yang melampaui alam penyelesaian optik.
Datin Bernice Low, Ketua Pegawai Eksekutif MOG Eyewear menyatakan bahawa karnival ini adalah satu platform berteraskan kekeluargaan. Ianya memainkan peranan penting kerana dapat menyatukan jarak antara generasi untuk sama-sama komited membina tabiat penglihatan yang lebih sihat.
“Misi kami melampaui penyelesaian optikal semata-mata; ianya adalah berkenaan membina pemahaman yang lebih mendalam tentang penjagaan kesihatan penglihatan mata sebagai aspek penting dalam kehidupan.
“Oleh itu, dengan mengadakan acara seperti ini, ia mampu memberi kesedaran secara efektif dan pantas berkenaan penjagaan kesihatan mata, iaitu organ penting yang kurang diberi perhatian dikalangan masyarakat. Kami di MOG bertekad untuk membawa perhatian ini semula kepada rakyat melalui acara dan aktiviti seperti ini dan aktiviti-aktiviti yang akan datang.”
Kejayaan acara ini berpunca daripada sokongan dan usaha sama rakan korporat MOG yang dihormati termasuk rakan kongsi optik dan FMCG. Meraikan 27 tahun penuh dedikasi dan komitmen, MOG terus menyinari mercu tanda perubahan dan meluaskan impaknya terutama kepada masyarakat yang kurang bernasib baik seperti rumah anak yatim Ti-Ratana dan Persatuan Penyayang Kanak-Kanak Padmasambhava yang memerlukan sebanyak mungkin sumbangan dan akses kepada bantuan penglihatan mata yang baik.
Rakyat Malaysia juga boleh menantikan inisiatif iCare4Kids akan datang, khusus untuk memperkasakan kanak-kanak kurang bernasib baik, dengan penawaran penyelesaian penglihatan dari pakar demi memastikan mereka menerima hadiah pengalaman penglihatan yang jelas dan dapat merangkul peluang yang tidak terbatas.
“Memperkasakan kedua-dua yakni orang awam dan Syarikat-syarikat korporat dalam membentuk masa depan yang lebih cerah untuk kanak-kanak telah menjadi misi utama kami. Seiring kemajuan, komitmen kami terhadap penambahbaik penglihatan global terus berkekalan, dan kami berbesar hati menjemput semua pihak untuk turut sama dalam gelombang perubahan ini,” kata Datin Bernice.
Untuk maklumat lanjut atau maklumat terkini tentang jenama dan produk MOG, anda boleh layari laman web rasmi MOG, Facebook atau Instagram.