
Bagi kebanyakan jenama penjagaan diri, perjalanan biasanya bermula dengan membangunkan produk sebelum mencari cara terbaik untuk memasarkannya. Namun bagi infinité, pendekatannya bermula daripada satu persoalan mudah: apakah masalah sebenar yang masih belum diselesaikan dengan baik?
Jenama pengguna pertama PEMANDU Group menerusi Aeternia Sdn. Bhd., sebuah syarikat portfolio PEMANDU Capital, dilancarkan di HIPSALONS, Menara KEN TTDI, Kuala Lumpur dengan dua produk sulung iaitu infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo dan infinité Scalp Renewal Serum.
Dibangunkan di Malaysia, infinité membawa falsafah “Ingredients With Intention”, iaitu setiap bahan dalam formulasi perlu mempunyai tujuan yang jelas dan kandungan bahan aktif utama dinyatakan kepada pengguna.

Bermula Daripada Satu Soalan
Idea menghasilkan jenama itu tercetus daripada persoalan yang dikemukakan Presiden dan Pengerusi PEMANDU Associates, Dato’ Sri Idris Jala.
“Mengapa saya tidak dapat mencari syampu yang berkesan untuk mengatasi kelemumur, sambil ia menyihatkan rambut dan juga lengkap dengan fungsi perapi sekaligus?” katanya.
Daripada persoalan itu, pasukan pembangunan mula melihat kelemumur bukan sekadar isu kosmetik tetapi sebagai satu masalah yang perlu difahami secara lebih menyeluruh.
Menurut kenyataan syarikat, kelemumur memberi kesan kepada kira-kira separuh populasi dewasa dunia. Pasukan infinité kemudian menjalankan analisis terhadap punca seperti pengeluaran minyak berlebihan, yis Malassezia serta keadaan penghalang kulit kepala.
Mereka turut melakukan penanda aras terhadap 311 produk anti-kelemumur yang berada di pasaran Malaysia serta menganalisis lebih 500 video pengguna untuk memahami pengalaman sebenar menghadapi masalah seperti kegatalan, kulit kepala berminyak dan kepingan kulit kepala yang mengelupas, termasuk dalam keadaan cuaca panas dan lembap.
“Setiap Bahan Mesti Mempunyai Tujuan Yang Jelas”
Pengarah Urusan Aeternia Sdn. Bhd., Larvin Rengasamy, berkata pembangunan infinité tidak dilihat sekadar sebagai usaha menghasilkan produk baharu.
“Apabila Pengerusi kami mengemukakan persoalan itu, kami tidak hanya melihatnya sebagai permintaan untuk menghasilkan produk.
“Sebaliknya, kami melihatnya sebagai satu pernyataan masalah. ‘Ingredients With Intention’ ialah jawapan kami: setiap bahan mesti mempunyai tujuan yang jelas, kami berkongsi maklumat tentang kandungan dan kuantitinya, dan kami memastikan rutin penjagaan kekal ringkas, hanya melibatkan langkah yang benar-benar diperlukan oleh kulit kepala,” katanya.

Pendekatan itu diterjemahkan menerusi tiga komitmen utama iaitu setiap bahan perlu mempunyai fungsi yang boleh diterangkan, peratusan bahan aktif utama perlu dinyatakan dan rutin penjagaan perlu kekal ringkas. [Press Release – BM] PEMANDU Gr…
Langkah Pertama: Bersihkan
Produk pertama ialah infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo bersaiz 300ml.
Ia dirumuskan sebagai pembersih kulit kepala berminyak yang sesuai digunakan setiap hari, dengan fokus kepada tiga aspek iaitu membantu mengawal kelemumur, mengimbangi sebum dan menyokong penghalang kulit kepala.

Antara bahan aktif utama yang dinyatakan ialah 0.7% Piroctone Olamine, 0.5% Ceramide Complex, 2.0% Niacinamide, 0.7% Menthol dan 0.7% Peppermint Oil.
Formulanya turut mengandungi Zinc PCA, Tea Tree Leaf Oil, D-Panthenol dan Sodium Hyaluronate, selain sistem perapi yang dibangunkan untuk membantu rambut terasa lebih lembut dan kurang mengembang.
Langkah Kedua: Pulihkan
Selepas mencuci rambut, rutin diteruskan dengan infinité Scalp Renewal Serum bersaiz 90ml.
Serum tanpa bilas itu disapu terus pada kulit kepala dengan formulasi yang memberi tumpuan kepada sokongan penghalang kulit kepala dan keseimbangan mikrobiom.

Antara bahan aktifnya ialah 4.0% Niacinamide, 0.5% Ceramide Complex, 0.5% Piroctone Olamine, 1.0% Prebiotics, 1.0% Sweet Almond Protein serta 0.3% Menthol.
Ia turut diperkaya dengan Centella Asiatica dan Dipotassium Glycyrrhizate yang dipilih bagi membantu memberikan rasa selesa pada kulit kepala.
Secara keseluruhan, infinité mahu mengekalkan rutin kepada dua langkah sahaja: bersihkan dan pulihkan.
Dibangunkan Sepenuhnya Di Malaysia
infinité dimiliki dan dibangunkan oleh Aeternia Sdn. Bhd., manakala proses formulasi dan pembuatan dilakukan dengan kerjasama Intramiles Sdn. Bhd., pengilang tempatan yang mempunyai pensijilan halal dan GMP.
PEMANDU Group menggunakan metodologi “8-Step Big Fast Results” dalam proses pembangunan jenama berkenaan, bermula dengan mengenal pasti masalah berasaskan fakta sebelum diterjemahkan kepada penyelesaian produk.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PEMANDU Group of Companies, Leon Jala, berkata pendekatan sama yang digunakan dalam proses transformasi turut diterapkan kepada pembangunan infinité.
“Big Fast Results bermula dengan matlamat yang jelas dan disiplin untuk merealisasikannya.
“Kami membawa pendekatan ini ke dalam bidang yang turut kami alami sendiri sebagai pengguna. Menerusi infinité, kami melihat peluang untuk menggabungkan pemahaman pengguna, kepakaran pembuatan Malaysia dan pembangunan produk yang mempunyai tujuan jelas bagi menghasilkan produk yang kami sendiri bangga untuk gunakan,” katanya.

Kelemumur Baru Permulaan
Walaupun penjagaan kulit kepala menjadi fokus awal infinité, syarikat melihat produk anti-kelemumur sebagai bab pertama kepada pembangunan jenama yang lebih luas.
“Benih itu kecil secara semula jadi. Namun, potensinya tiada batasan,” kata Larvin.
“Kelemumur ialah masalah pertama yang ingin diselesaikan oleh infinité, dan bukan inovasi produk yang terakhir.”

Menurut syarikat, produk masa hadapan juga akan dibangunkan menggunakan prinsip yang sama, bermula daripada masalah sebenar pengguna sebelum bahan dan formulasi dipilih.
Harga Pengenalan
infinité Anti-Dandruff Scalp Renewal Shampoo ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM108, manakala Scalp Renewal Serum berharga RM122.
Set lengkap kedua-dua produk pula mempunyai harga runcit RM230, tetapi ditawarkan pada harga pengenalan RM199 sehingga 31 Oktober 2026.
Produk berkenaan kini tersedia menerusi TikTok Shop dan Shopee Malaysia.
BACA: 5 Sebab Peminat F1 Sangat Suka Terhadap Litar Antarabangsa Sepang
Dengan pasaran penjagaan diri yang semakin dipenuhi tuntutan kompleks, infinité memilih untuk masuk dengan pendekatan yang agak mudah: fahami masalah dahulu, jelaskan fungsi bahan dan hanya masukkan langkah yang benar-benar diperlukan.
Buat masa ini, masalah pertama yang mahu diselesaikan ialah kelemumur. Tetapi seperti namanya, infinité melihat ruang untuk berkembang jauh melangkaui penjagaan kulit kepala.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

je senang
