Melihat janggut lelaki dari sudut pandangan biasa, ia adalah sesuatu yang normal dan langsung tidak mencetuskan apa-apa ‘rasa’.
Tetapi menerusi beberapa laman sosial hari ini, telah mula satu trend baharu yang dilakukan oleh lelaki iaitu mengambil gambar janggut apabila sedang mendongak.
Kedengarannya agak pelik namun itulah.. kita sendiri tak pernah terfikir bagaimana rupa janggut kita dari sudut pandangan bawah.
Berdasarkan gambar yang Maskulin kongsikan ini, penulis sendiri pun tergelak sendirian melihat ‘wajah-wajah dagu’ yang cukup aneh ini.
Pasti rambang mata nak pilih produk untuk atasi muka berjerawat, berminyak dan parut. Kalau tersalah pilih produk, masalah muka berjerawat akan jadi makin teruk. Jika muka berjerawat tidak diatasi, boleh meninggalkan parut yang menghodohkan wajah.
Bagi yang berdepan dengan masalah muka berjerawat, berminyak dan parut, ikuti perkongsian Naufal Antezem yang berpengalaman mencuba 30 produk berkesan dan recommend untuk mengatasi ketiga-tiga masalah ini.
Paling menarik, beliau turut menerangkan kegunaan dan cara-cara untuk menggunakan 30 produk ini. Dengan penerangannya ini pasti memudahkan anda untuk membuat pilihan yang tepat dan sesuai dengan masalah yang anda hadapi.
Lelaki yang mempunyai rambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu. Masa yang sama, lelaki yang ada rambut panjang juga ada tarikannya yang tersendiri.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri dan menyesuaikannya dengan orang ramai, golongan lelaki rambut panjang ini memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang kemas dan beralun itu sesekali boleh membuatkan lelaki lain cemburu.
Jika anda ada menanam cita-cita mahu membela rambut panjang atau sedang memiliki rambut panjang, ini perkara yang perlu anda buat, ikut sahaja petua yang MASKULIN sediakan ini :
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gara-gara nak pentingkan imej, jangan sampai anda abaikan cara basuh rambut yang betul. Tak guna ada potongan rambut terkini tapi anda masih salah basuh rambut sehingga menyebabkan ia mudah gugur, rosak dan berbau.
Sebenarnya rutin basuh rambut lelaki sama pentingnya dengan basuh rambut wanita. Jika anda inginkan rambut yang sihat, kuat dan wangi, pastikan anda basuh rambut ikut 7 cara ini.
Selalunya setiap kali mandi, lelaki akan mencuci rambut. Tahukah anda, amalan mencuci rambut setiap hari adalah salah. Sebaiknya basuhlah rambut anda dua atau tiga kali seminggu. Selang-selikan penggunaan syampu yang anda biasa pakai dengan perapi untuk melebatkan rambut bagi tujuan mengekalkan minyak semula jadi pada rambut anda.
Anda pasti pernah dengar mitos mengatakan rambut akan lebih bersih jika disyampu dua kali. Jangan tertipu dengan mitos yang menyuruhkan rambut dicuci, dibilas dan diulangi sekali lagi. Mencuci rambut sekali sahaja sudah mencukupi. Yang penting, gunakan syampu dan perapi yang sesuaian dengan jenis rambut anda.
Tidak perlulah anda gunakan syampu yang banyak ketika mencuci rambut, cukup hanya menuang syampu di tapak tangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan rambut. Paling penting, tumpukan pada bahagian akar rambut. Urut secara lembut menggunakan hujung jari sehingga berbuih dan gunakan air untuk meratakannya. Ini bagi memastikan akar rambut anda bersih daripada kekotoran. Biarkan seminit dua agar syampu meresap di dalam rambut. Kemudian, cucilah rambut dengan air bersuhu suam.
Elak mencuci rambut dengan air yang terlalu panas kerana akar rambut akan mudah terbuka sehingga menyebabkan rambut bercabang, mudah gugur, kering dan rosak. Sebaiknya gunakan air bersuhu suam untuk membasuh dan merapikan rambut. Kemudian, basuhkan dengan air bersuhu rendah untuk menutup folikel rambut anda dan memberikannya sinar.
Rambut yang basah masih lagi lemah dan terdedah kepada kerosakan. Gara-gara nak cepat kering, anda selalu menggosok rambut dengan tuala secara kasar. Elak buat perkara macam tu kerana ia akan merosakkan rambut. Sebaiknya gunakan tuala daripada kain kapas. Tekapkan rambut yang basah secara perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan pada kulit kepala.
Setelah habis syampu, gunakan semula syampu daripada jenama yang sama. Jika anda asyik bertukar syampu, rambut anda tidak akan konsisten dan mudah rosak.
Bagi menggantikan peranan perapi rambut, anda juga boleh gunakan ‘masker rambut’ untuk perlindungan dan hidrasi. Jika anda miliki rambut kasar, ratakannya ke seluruh bahagian kepala. Namun jika rambut anda lembut, tumpukan hanya pada bahagian hujung rambut saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tom Holland bukan sekadar membina otot untuk watak Spider-Man. Rutin latihannya menekankan kekuatan fungsional, daya tahan, mobiliti dan disiplin tinggi.