Aksinya menerajang penyokong pasukan Cryatal Palace suatu ketika akan terus terpahat di dalam memori peminat bole sepak Liga Perdana Inggeris terutamanya peminat Manchester United.
Gayanya yang tidak kalah di atas padang dengan kolar menegak berserta skil yang cukup sensasi menjadikan Eric Cantona digelar ‘King’ oleh peminat kelab tersebut.
Selepas bersara dari dunia bola sepak sejak tahun 1997, Eric Cantona telah terlibat dengan pelbagai aktiviti belakang tabir seperti menjadi pengulas bola sepak dan juga duta pelbagai jenis produk di seluruh dunia.
Malah dia juga pernah menjadi Pengarah Bola Sepak untuk kelab dari Amerika Syarikat, New York Cosmos. Dan terbaru, tanpa diduga oleh mana-mana pihak, legenda Manchester United ini mengumumkan bahawa dia akan melancarkan karier muziknya.
Foto: Pedro Fiúza/Nurphoto/Getty Images
Lebih menarik ia akan dilancarkan dengan mengadakan tour atau siri jelajah di United Kingdom dan juga beberapa buah negara Eropah. Sekali gus menjadikan warna-warna karier seorang yang bergelar Eric Cantona ini menjadi lebih menarik.
Ads
Meluncurnya karier nyanyian, Eric Cantona turut mengesahkan bahawa dia akan membuat debut nyanyian secara langsung di seluruh UK dan Ireland.
Laporan juga menyebut bahawa Eric Cantona akan mengadakan tiga persembahan langsung di Manchester, London, dan Dublin pada bulan Oktober sebelum menuju ke seluruh Eropah.
Ads
Siei jelajah ini dikenali dengan nama ‘Cantona Sings Eric On Stage’ dan ia juga akan disusuli dengan single solo sulungnya pada 2 Jun nanti.
Bercakap mengenai jelajahnya yang akan datang, Eric Cantona berkata, “Tahun depan, saya akan bermain dengan sebuah kumpulan muzik, tetapi buat masa ini, saya bermula dengan piano sederhana untuk bermain bersama saya di tempat yang intim.
“Saya akan bermula di Manchester kerana ia adalah bandar yang tinggal bersama saya untuk bola sepak, sudah tentu, tetapi juga suasana umum.”
Ads
Tempahan awal tiket siri jelajahnya juga dilaporkan telah dibuka sekarang dan jualan tiket yang lebih meluas akan tersedia untuk melalui laman web rasmi Live Nation bermula 2 Jun 2023.
Semoga karier nyanyiannya mampu mencapai tahap ‘legendaris’ bola sepaknya suatu ketika dahulu. All the best Eric Cantona!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Filem Amazon Original pertama dari Malaysia, Budak Flat kini trending sebagai rancangan nombor satu di Malaysia di Prime Video.
Diinspirasikan oleh kisah benar, pengarah Eugene Lim mengajak kita menghayati cerita rekaan berlatar belakangkan suasana kompleks kediaman yang bergelut dengan masalah jenayah sekaligus memaksa penduduknya berjuang bagi meneruskan kehidupan.
Kisah ini mengisahkan kemelut kehidupan dua beradik, Aman (Zahiril Adzim), seorang bekas pencuri dan Riz (Pablo Amirul), seorang tokan dadah. Terperangkap dalam pertembungan persekitaran yang kacau bilau, dua beradik ini perlu menghadapi tekanan yang semakin parah, dimana mereka terpaksa bertarung dengan keperitan realiti yang mengancam untuk memisahkan mereka.
Ketahui lima fakta menarik mengenai filem Budak Flat yang mungkin bakal menarik perhatian anda yang belum menonton filem ini.
Ilham Kisah Sebenar Pengarah Eugene Lim
Menandakan arahan sulung Eugene Lim, Budak Flat merupakan naratif fiksyen yang diinspirasikan oleh kisah benar yang dialami sendiri oleh beliau. Bertahun-tahun membesar dalam suasana flat dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, Eugene memanfaatkan pengalaman peribadinya dengan menerapkan elemen realiti ke dalam karya fiksyen ini.
Foto ihsan Eugene Lim.
Sebagai penasihat filem Budak Flat, Syafiq Yusof didorong untuk memberi gambaran sebenar cabaran yang dihadapi oleh golongan miskin bandar yang tinggal di perumahan kos rendah di sekitar Kuala Lumpur. Disamping memberi kebebasan kepada Eugene untuk menyampaikan komentar sosial tentang budaya rumah pangsa, Yusof memanfaatkan pemahaman Eugene membesar dalam persekitaran sedemikian secara langsung bagi memastikan gambaran suasana sebenar dapat disampaikan.
2. Lokasi Flat San Peng Yang Ikonik
Dibina pada tahun 1972, rumah pangsa yang umumnya dikenali sebagai Flat San Peng atau Flat Sri Selangor ini telah menjadi simbol ketahanan. Setiap malam, ahli persatuan penduduk yang berdedikasi akan membuat rondaan dan bersungguh-sungguh menjaga keselamatan di kawasan perumahan tersebut.
Pada tahun 1990-an, nama “San Peng” di Kuala Lumpur dikaitkan dengan aktiviti kumpulan samseng. Bagaimanapun, Kawasan itu telah mengalami banyak pembangunan yang ketara dan kini muncul sebagai komuniti yang lebih selamat, lantas menghilangkan reputasinya yang dahulu. Ketika penggambaran Budak Flat berlangsung, penduduk Flat San Peng telah memberikan layanan yang luar biasa untuk memastikan kesejahteraan pelakon dan para kru sepanjang penggambaran dilakukan.
3. Penggambaran Di Bulan Ramadan
Satu kelainan mengejutkan berlaku apabila penggambaran filem penuh aksi ini dilakukan bertepatan dengan bulan Ramadan. Keputusan yang tidak dijangka itu telah menambah kesungguhan, terutamanya memandangkan adanya babak tertentu yang menuntut komitmen penuh pelakon dan kru untuk bekerja dari waktu senja hingga subuh.
Dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan pelakon dan kru penggambaran sepanjang tempoh ini wajar diiktiraf dan dipuji.
4. Penampilan Pertama Balan Kash, Penyanyi Rap Kini Berlakon
Menceburkan diri dalam dunia lakonan, khususnya genre aksi, penyanyi rap ini tidak gentar menyahut cabaran untuk memainkan watak seorang gangster. Kedua-dua Pablo dan Zahiril, yang menitikberatkan keaslian dalam semua babak yang dilakonkan, secara peribadi telah memintanya untuk memberikan pukulan yang meyakinkan agar adegan pergaduhan kelihatan benar-benar meyakinkan.
Hasilnya? Penyanyi rap ini bukan setakat berani menyahut cabaran, malah dia juga telah mempamerkan bakat lakonan semula jadi yang mengagumkan. Untuk merasakan impaknya, anda harus menyaksikannya sendiri!
5. Pelakon Sendiri Terjun Bangunan Berulang Kali
Mandy (Joyce Harn) telah mempamerkan aksi berani apabila dia secara sukarela terjun dari tingkat enam rumah pangsa tersebut, membuktikan dedikasinya terhadap keaslian lakonan. Walaupun takut dengan ketinggian, Mandy dengan beraninya memilih untuk tidak menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri untuk babak khas ini.
Foto ihsan Eugene Lim.
Lebih mengagumkan, Mandy bukan sahaja bersetuju untuk melakonkan sendiri lagak ngeri tersebut malah melakonkannya berulang kali demi mendapatkan ‘shot’ yang sempurna. Menariknya, babak itu, walaupun kelihatan seperti di tingkat enam, ia sebenarnya dilakonkan dari tingkat tiga, menjadikan lakonannya lebih mengagumkan.
Filem ini sarat dengan konflik, aksi pertarungan yang mendebarkan serta pergolakan emosi yang pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk.
Filem ini, yang diterbitkan oleh Skop Productions dengan Syafiq Yusof selaku penasihat, diarahkan bersama oleh Eugene Lim, Woo Ming Jin, dan Faizal Ishak. Ia dibintangi barisan pelakon terkenal antaranya Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Balan Kash, dan Aaron Aziz.
Saksikan kehebatan filem aksi Budak Flat dan strim sekarang di Prime Video!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masyarakat Barat pada masa kini sudah menolak kelainan antara lelaki dan perempuan untuk mencapai persamaan.
Oleh itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang ramai agar berjaga-jaga jika berhasrat menghantar anak-anak ke sekolah di Eropah, demikian lapor Sinar Harian.
Menurut Dr Mahathir, tiada pengasingan bilik darjah dan keperluan untuk murid menyatakan jantina mereka apabila ke sekolah.
“Sekarang di United Kingdom (UK) dan beberapa lagi negara Barat, tandas asing untuk murid lelaki dan perempuan tidak perlu disediakan dan mereka diajar menerima persamaan total yang menolak jantina.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
“Ini jugalah yang diajar dan dipromosi dalam kalangan penuntut bahawa manusia semua sama,” katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.
Tambahnya, perkembangan tersebut bukan lagi dianggap budaya baharu, namun sudah menjadi normal kerana Barat menghapuskan nilai-nilai hidup dahulu atas nama kebebasan dan kesamaan.
Konsep Kahwin & Keluarga Tidak Lagi Dimuliakan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
“Kita sudah lihat perkembangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh dunia. Negara Asia juga sudah terima perkahwinan dan keluarga sejenis.
“Konsep kahwin dan keluarga tidak lagi diakui dan dimuliakan. Ia sudah menjadi budaya biasa iaitu normal, bukan normal baharu.
“Ramai akan anggap ini khayalan penulis (kerana tua) tetapi bagi saya tidak mengapa jika saya dianggap nyanyuk. Apa yang saya dakwa ini bukan akan berlaku, ia sudah berlaku,” ujarnya.
Menurut Dr Mahathir, persamaan tersebut bermula di zaman revolusi Perancis iaitu rakyat tidak mempunyai hak dan pemerintah di Barat serta Timur berbentuk raja yang berkuasa mutlak menyebabkan berlaku kezaliman.
Beliau berkata, berikutan itu rakyat menuntut hak yang sama serta kebebasan.
“Tuntutan rakyat sangat adil dan bertimbang rasa tetapi ahli pemikir berpendapat memiliki hak persamaan tidak cukup kerana banyak lagi kelainan dan kurangnya kebebasan.
“Maka bermulalah gerakan untuk mengenal pasti perbezaan layanan dalam masyarakat manusia supaya dapat dikurangkan dan tuntutan dibuat supaya apa yang boleh dilakukan lelaki, perempuan juga boleh,” katanya lagi.
Tambah Dr Mahathir, perjuangan telah diadakan supaya perbezaan hak dihapuskan dan masyarakat menerima keadilan dalam bidang sosial, ekonomi serta politik.
“Masih juga perasaan tidak puas hati timbul di Barat, ia sudah sampai ke tahap kenapa ada perbezaan kerana ini menghalang persamaan antara mereka.
Disebabkan itu, tiada lagi keperluan membezakan dan mencatatkan jantina di kad pengenalan, ujar Dr Matahir.
“The best time to start a business is 7 years ago. The second best time in now! Kata-kata inilah yang sering dia ungkapkan tatkala pertama kali kami bersua muka. Cukup tinggi motivasi, dikelilingi pula pejuang spiritual juga usahawan penuh ilmu sepertinya membuatkan sesiapa sahaja akan teruja untuk mendekati dan mengenali individu berkarisma ini. Merendah diri, Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai Sifu Jamal, sangat optimis dalam usahanya memperluaskan perkongsian mengenai pemasaran secara online juga memperjuangkan peningkatan taraf hidup usahawan yang benar-benar fokus untuk berjaya.
FOKUS
“Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ apabila anda melabelkan diri anda sebagai seorang usahawan, perkara utama yang perlu anda terapkan ialah menjadi fokus. Faham apa produk anda, siapa lapangan pelanggan anda dan tidak perlu terlalu mengikut apa yang orang lain lakukan. Kenali diri anda terlebih dahulu dan buatlah perniagaan yang anda benar-benar minat dan boleh mendatangkan keuntungan.
Dalam bisnes internet, pelbagai peluang akan muncul dan menjanjikan pulangan yang besar sekaligus membuatkan anda kabur untuk memilih. Apabila melihat orang menjual tudung, anda pun mahu menjual tudung, orang membuka restoran, anda pun turut mahu membuka restoran. Apa yang terjadi, bila kurangnya pengalaman juga ilmu membuatkan perniagaan tadi lingkup disebabkan persaingan yang semakin sengit.”
JANGAN PUTUS ASA
“Saya juga sering didatangi mereka yang gagal dalam berniaga dan mereka mahukan suatu anjakan baru apabila masuk ke seminar saya, namun apa yang mendukacitakan setelah beberapa kali bersama mencari ilmu, mereka masih tidak menjumpai jalan keluar dan menyalahkan kami. Sikap putus asa seperti ini juga adalah virus yang harus usahawan elakkan. Mudah mengalah adalah pembunuh nombor satu kejayaan. Ada juga yang menganggap ilmu yang kami sampaikan di SifuFBads terlalu teknikal dan menyukarkan mereka.
Anda tidak akan gagal selagi tidak berhenti mencuba, buat sehingga jadi! Jika masih juga gagal, anggap anda masih ada peluang selagi punya keyakinan dan anda perlu tahu apa kelemahan yang harus diatasi. Apa strategi yang perlu anda lakukan dan cari jalan keluar. Selain itu sasaran anda juga harus relevan dan bersesuaian dengan kredibiliti juga perniagaan anda.”
JANGAN LETAK SASARAN TERLALU TINGGI
“Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi kelak anda yang akan berasa cepat mengalah. Buat secara berperingkat agar ianya nampak mudah untuk dicapai. Mendapatkan semangat selepas terasa diri ini tewas juga saya galakkan anda dengan membaca semula kisah-kisah mereka yang berjaya. Fahami resepi kejayaan dan jadikan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan perniagaan.
“Antara tokoh hebat yang telah berkolaborasi dengan kami ialah Prof Muhaya, Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), dan juga Dr Ary Ginanjar (pengasas ESQ). Terbaru, Datuk Seri Vida turut mendapatkan konsultasi dan latihan dari SifuFBads. Mereka adalah individu berpengaruh yang punya empayar gergasi yang harus anda semua contohi. Tidak sekalipun gentar dan mengalah walau dilanda masalah, putus asa tiada dalam kamus hidup mereka.”
KONGSI ILMU
“Saya seronok berkongsi ilmu ini, melihat kejayaan demi kejayaan, saya tidak mahukan duit mereka, sebaliknya kepuasan itu yang saya dambakan. Saya gembira apabila mengetahui ada peserta yang mampu menjana pendapatan lima kali ganda. Ada juga yang sudah hampir gagal tetapi perniagaan meningkat semula apabila menggunakan pengiklanan di laman sosial. Ingatlah rezeki itu milik Allah, kita tidak boleh menyangkal mahupun mempersoalkan, kita hambanya perlu sentiasa berusaha dan terus berikhtiar untuk terus berjaya.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.