“Sometimes life chooses you”, itulah yang boleh digambarkan oleh CJ See yang merupakan Pengarah Eksekutif Kucingko iaitu sebuah syarikat pereka animasi digital.
Bernaung di bawah syarikat Inspedia Sdn Bhd, ia pada asalnya dibangunkan CJ See bersama tiga individu lain pada 2002, demikian lapor Digital News Asia.
Menurut CJ, dia pada asalnya merupakan seorang Penganalisis Kewangan namun Krisis Kewangan Asia 1997 mengakibatkan ramai individu kehilangan kerjaya, dimana CJ juga tidak terkecuali.
Foto: CJ See ketika ditemui Maskulin.
“Dalam tahun 1998 sampai 1999, ada krisis kewangan di Malaysia. Dari situ saya kehilangan kerjaya,” ujarnya kepada Maskulin.
“Situasi saya memang kehidupan yang memilih saya lah,” tambahnya.
Untuk rekod, Malaysia merupakan salah satu negara yang terjejas akibat Krisis Kewangan Asia 1997.
Ads
Memetik laporan Ekonomi Rakyat, kadar pengangguran meningkat sehingga tahun 1998 apabila seramai 102,728 individu dibuang kerja ekoran krisis itu.
Bagaimanapun, ekonomi negeri mulai pulih pada tahun 1999.
Minat Kartun Samurai Jack
Ditanya mengapa memilih untuk menceburi bidang animasi, CJ memaklumkan yang semuanya kerana minatnya yang mendalam terhadap kartun dan mendapat inspirasi melalui sebuah saluran khusus kartun di televisyen.
Ads
“Saya menonton banyak kartun sejak kecil. Jadi inspirasi saya biasanya memang dari Cartoon Network.
“Dalam (saluran) itu ada satu animasi berjudul Samurai Jack yang saya memang minat, saya tonton setiap episod,” kongsinya.
Foto: Poster siri animasi Samurai Jack.
CJ juga percaya yang lebih baik bagi seseorang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu perkara yang diminati kerana ia akan membangkitkan suatu semangat untuk berusaha sehabis baik.
Ads
“Saya rasa mungkin ada 3P. Passion, Perseverance and Persistance (Semangat, Ketabahan, Kegigihan),” demikian nasihatnya mengakhiri temubual bersama Maskulin.
Ikuti saluran Youtube dan saluran media sosial Maskulin untuk lebih banyak kandungan video.
Kehadiran bulan Ramadan yang mulia yang bakal menjelma ini perlu kita ambil kesempatan memohon keampunan daripada Yang Maha Esa. Ustaz Don kongsi amalan sunnah yang rugi kalau kita tak amalkan. Oleh itu, mari kita amalkannya.
Coretan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ini sememangnya menyentuh hati. Kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan.
Ada kala kita mungkin telah melampaui batas dengan imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.
Namun kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya terlalu besar dan sentiasa membuka pintu taubat kepada kita. Sempena Ramadan pada tahun ini marilah kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ustaz Don kongsi tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua: Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul atau ayat qursi.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh
Sebelum melangkah ke manapun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam: Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi tidak bagi atlet gimrama negara, Shak Yuki dengan membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Gimnas remaja negara yang berusia 18 tahun itu diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B pada 2016.
“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur itu yang memiliki hobi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Gemar membantu ayahnya yang memiliki karier pengurusan acara, Shak Yuki yakin usaha keras yang dirancang pengurusan untuk meraih sekurang-kurangnya enam emas dalam temasya kali ini mampu membuahkan hasil.
“Kami banyak menyertai latihan dan juga kejohanan di peringkat dalam dan luar negara, begitu juga pembabitan beberapa tenaga pengajar khusus turut disediakan, bagi kami ia amat bermanfaat untuk menaikkan semangat serta memperbaiki corak persembahan.
“Tiada yang mustahil dan Kuala Lumpur 2017 akan menjadi medan terbaik menaikkan nama sukan gimrama,” ujar atlet yang gemar mendengar lagu klasik ini.
Sementara itu, rakannya, Amy Kwan yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea melihat ini peluang terbaik buat dirinya untuk membuktikan sesuatu dilaman sendiri.
“Tekanan itu ada, beraksi kali pertama, namun saya perlu hadapinya dengan bijak untuk memastikan ia tidak menggangu persembahan, jurulatih banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.
“Walaupun jurulatih tidak meletakkan acara mana yang perlu mendapatkan pingat emas namun bagi saya ia adalah cabaran buat diri sendiri untuk meraih pingat emas,” katanya yang gemar mendengar lagu beriramai santai yang boleh menghilangkan tekanan selepas berlatih.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Connaught, Cheras itu kini menyasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada temasya dwitahunan itu selepas gagal beraksi di Sukan Sea Singapura 2015 akibat kecederaan lutut.
Amy, 22, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland berkata kecergasannya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau yang teruja serta bersemangat untuk penampilan pertamanya di laman sendiri berkata fokusnya kini hanya tertumpu kepada segala persiapan dan latihan bagi melakar kejayaan sekali gus membantu Malaysia merealisasikan misi untuk muncul juara keseluruhan.
“Dua tahun lalu, saya tidak bersama skuad kebangsaan gara-gara masalah kecederaan lutut yang dialami sebelum temasya di Singapura, pastinya agak kecewa kerana gagal bersama rakan-rakan untuk menyumbangkan pingat buat negara.
“Tetapi untuk aksi di Malaysia, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan jurulatih serta pengurusan. Sasaran pastinya pungutan pingat emas, apa pun saya akan cuba berikan persembahan terbaik,” jelas yang baru melanjutkan pengajian ijazah tahun lepas di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ekonomi.
Aktiviti trailing atau mendaki dikawasan berbukit merupakan satu kegiatan yang cukup popular di kalangan penggemar outdoor.
Salah sebuah lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Namun sepanjang tempoh PKP yang lalu ramai yang terpaksa melupakan seketika aktiviti tersebut kerana penularan wabak Covid-19.
Walau bagaimanapun selepas negara kita kini memasuki fasa pemulihan dengan PKPP, kawasan rekreasi itu telah kembali menjadi tumpuan ramai. Dalam beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial foto yang menunjukkan orang bersesa-sesak tanpa menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP.
Ia sekaligus telah menjadi bahan bualan hangat di kalangan warganet. Rata-rata mempersoalkan mengapa pengunjung masih berdegil untuk melakukan aktiviti tersebut sedangkan ia telah sesak. Malah ramai yang dilihat duduk secara rapat-rapat dan tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
Rentetan kejadian tersebut Bukit Broga telah diumumkan ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti pendakian bermula 27 Jun ini.
Memetik laporan Harian Metro, penutupan tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah. Keputusan itu dilakukan selepas mensyuarat Jawatankuada Kerja Keselamatan Selangor.
“Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.
“Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan,” jelasnya.
Buat anda yang ingin terus melakukan aktiviti trailing atau mendaki, carilah lokasi yang tidak sesak dengan orang ramai. Atau anda boleh tukar aktiviti trailing dengan melakukan larian di persekitaran kediaman sendiri sahaja.
Bersama-sama kita menghentikan penularan wabak Covid-19 yang kini telah berjaya kita landaikan. Namun ‘peperangan’ ini masih belum selesai!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.