Ramai orang mendefinisikan kacak atau handsome apabila mempunyai bentuk badan yang sado, kurus, tinggi dan kulit muka yang licin. Namun ada juga yang memandang kacak sebagai sesuatu yang subjektif.
Bagi lelaki berusia 25 tahun ini yang mempunyai berat badan berlebihan ini, dia mahu kurus kerana ingin kelihatan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Daripada baju bersaiz XXL, sekarang boleh pakai “S” dan kemeja Slim fit. Ini tipsnya!
Terdetiknya menurunkan berat badan :
Sebelum ini saya seorang yang memiliki berat badan yang berlebihan dan boleh dikatogorikan sebagai obesiti. Hal ini berpunca dari hobi saya yang suka dan kuat makan, tidak kira apa jenis makanan, dan tidak kira waktu.
Ok, nak diringkaskan cerita, saya nekad untuk kuruskan badan disebabkan oleh putus cinta, “breakup“. Pada ketika itu, saya mengalami perasaan yang sangat kecewa, ye la kan, siapa tak kecewa apabila cinta ditolak. Selepas peristiwa itu, saya mula terdetik untuk berubah. Pada masa tu, saya berbisik pada diri, “Yela, ko nak awek cantik meletop, tp ko tgk la diri kau dulu, cermin lah diri sendiri”
Saya tidak berfikir panjang lagi, keesokkan hari nya juga, saya memulakan langkah untuk berubah.
Ads
Ok, disini saya ingin berkongsi, bagaimana cara, dan langkah – langkah yang saya lakukan untuk menurunkan berat badan.
Perkara yang paling penting sekali, mestilah mengawal nafsu makan dan mengambil diet yang seimbang. Dengan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang, serta kurangkan makan makanan yang berkalori tinggi dan kurangkan makan manisan, berminyak dan bergaram. Selain itu, saya menahan diri daripada pengambilan makanan seperti fast food.
Sarapan, jangan sesekali skip breakfast, sarapan saya mudah sahaja, telur separuh masak 4 biji dan sekeping whole meal bread.
Tengahhari, nasi suku sahaja, lebihkan lauk yang berprotein seperti sayur, ikan, ayam dan daging.
Malam seawal jam 6 petang, Jumlah makanan sama juga seperti tengah hari.
Ads
Untuk mempercepatkan lagi transformasi, saya melakukan latihan senaman di gym.
Aktiviti cardio selama 10 minit untuk “warm up” kemudian diikuti dengan “weight training”.
Tip
Apabila selesai gym, mesti lapar kan, sebab telah kehilangan kalori yang banyak.Selepas gym, saya makan seperti breakfast dan suplement whey protein shake sebagai makanan tambahan untuk muscle recovery. Tidur di awal waktu juga penting dan rehat yang mencukupi dalam menurunkan berat badan.
Kadang – kadang tu terbabas juga, tapi cuba cover semula dengan cardio yang lebih efektif. Alhamdulillah, hari semakin hari, berat badan saya berkurangan. Dengan semangat dan kerajinan saya, hampir setahun saya consistent, saya dapat mencapai berat badan yang seimbang dan memiliki tubuh badan yang sihat.
Ads
Kini saya berasa bersyukur dan lebih berkeyakinan serta sihat. Sebelum ni, saya memakai seluar bersaiz 45, sekarang 31. Baju saiz XXL, sekarang boleh pakai “S” dan kemeja Slim fit. Alhamdulillah, saya bersyukur dan puas terhadap transformasi saya. Kini, saya menjadi seorang jurulatih untuk loss weight programme secara sambilan di gym bagi membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Kepada anda diluar sana yang dari gemuk ingin kurus dan sihat, Jangan putus asa, Ingat ya, 70% pemakanan, 30% adalah latihan senaman, keep consistent okay! Percaya pada diri anda, yang anda boleh lakukan.
Sumber : HELMI ARIFIN SHARIF MUDINSHAH
ig : healthme_arifin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jakel sekali lagi memperluaskan operasi perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan baru di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Perasmian pembukaan gedung pakaian terbesar itu diadakan pada 27 Mac dengan tawaran Harga Runtuh sehingga 85 peratus buat pelanggan-pelanggan yang hadir.
Apa yang lebih menarik lagi, kain-kain raya edisi 2018 dibawa masuk mendahului cawangan-cawangan lain ke dalam gedung ini secara eksklusif. Jakel BTHO yang mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi ini menempatkan kepelbagaian fabrik di setiap atas mengikut kategori.
Aras bawah sekali menempatkan koleksi kain washable, kain bermeter baju melayu, koleksi pakaian siap lelaki dan wanita, dan banyak lagi. Di aras 1 pula lebih kepada koleksi kain fabrik sutera korea, fabrik plain, fabrik baju melayu songkit dan banyak lagi. Aras 2 pula menghimpunkan ratusan koleksi kain langsir, cadar penggantin dan cadar harian.
Bila kami bertanya kepada Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpula Jakel, lokasi BTHO ini dipilih bersesuaian dengan mereka-mereka yang tinggal berhampiran contohnya seperti di Cheras, Kajang, Balakong dan banyak lagi. Walaupun kawasannya tidak begitu meriah, dan padat, namun kawasan ini lebih selesa kerana kawasannya yang lapang dan kawasan parkir yang luas.
Di samping itu, pelanggan boleh turut menikmati 10,000 pasang kain secara percuma sepanjang tempoh minggu pertama pembukaan gedung. Kepada anda yang masih tidak mempunyai kain untuk Aidilfitri yang bakal menjelang ni, anda boleh Waze Jakel BTHO dan bolehlah dapatkan kain bermutu di gedung Jakel BTHO ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Durian, raja buah yang terkenal di Malaysia, bukan sahaja dinikmati kerana rasa dan aromanya yang unik, tetapi juga sering dimakan mengikut petua dan amalan tradisional.
Petua-petua ini bukan sahaja menambah pengalaman menikmati durian, tetapi juga dipercayai dapat mengurangkan kesan sampingan makan durian yang berlebihan. Berikut adalah beberapa petua popular yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia ketika menikmati durian.
Kaedah: Selepas makan durian, tuangkan air kosong ke dalam salah satu ruang kulit durian dan minum air tersebut.
Manfaat: Petua ini dipercayai dapat mengurangkan kepanasan dalam badan yang disebabkan oleh makan durian. Kulit durian dianggap dapat menyerap sebahagian daripada ‘panas’ durian tersebut.
Kaedah: Selepas makan durian, makan beberapa biji buah manggis.
Manfaat: Manggis dikenali sebagai buah yang ‘sejuk’ dan dipercayai dapat mengimbangi ‘kepanasan’ durian. Gabungan ini sering diamalkan untuk mencegah rasa panas dalam badan.
Minum Air Garam:
Kaedah: Larutkan sedikit garam dalam segelas air suam dan minum selepas makan durian.
Manfaat: Air garam membantu dalam proses penghadaman dan dipercayai dapat mengurangkan rasa ‘muak’ selepas makan durian yang berlebihan.
Kaedah: Hindari minum kopi, teh, atau minuman beralkohol selepas makan durian.
Manfaat: Kombinasi durian dengan minuman berkafein atau beralkohol boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan meningkatkan risiko kesihatan seperti peningkatan tekanan darah.
Kaedah: Durian sering dimakan bersama pulut (beras pulut yang dimasak).
Manfaat: Pulut yang bersifat lebih neutral dapat mengurangkan rasa ‘berat’ dan manis durian, menjadikannya lebih mudah dihadam.
Elakkan Makan Durian Sebelum Tidur
Kaedah: Jangan makan durian terlalu dekat dengan waktu tidur.
Manfaat: Durian yang kaya dengan karbohidrat dan gula dapat memberikan tenaga tambahan yang mungkin mengganggu tidur. Selain itu, durian juga boleh menyebabkan rasa panas dalam badan yang tidak selesa untuk tidur.
Makan Durian dengan Sedikit Air Batu:
Kaedah: Makan durian bersama dengan sedikit air batu atau ais krim.
Manfaat: Air batu dipercayai dapat mengurangkan rasa panas dalam badan dan memberikan kesan penyejukan selepas menikmati durian.
Durian adalah buah yang dinikmati oleh ramai orang, tetapi kepanasannya sering menjadi isu.
Petua-petua tradisional yang diamalkan oleh rakyat Malaysia bukan sahaja menambah kepada pengalaman makan durian, tetapi juga membantu mengurangkan kesan sampingan makan durian yang berlebihan.
Walaupun adakalanya sesetengah petua ini mungkin tiada penjelasan saintifik untuk membuktikan keberkesanannya, namun tidak menjadi kesalahan untuk mencubanya. Selamat menikmati durian dengan cara yang betul dan bijak.
Anda Susah Tidur Malam? Kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya, kami kongsikan tip ini untuk kebaikan bersama.
Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah susah tidur malam, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.
Susu coklat
Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.
Teh pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.
The Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.
Koko
Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.
Susu hangat
Beralih ke susu hangat jika susah tidur malam. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.
Susu kacang badam (almond)
Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.
Teh halia
Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.
sumber: blogmazeer.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.