Kewujudan media sosial yang mudah dan pantas diakses masyarakat menjadikan ramai individu dari pelbagai bidang tampil untuk menjadi pencipta kandungan dalam talian.
Ahli politik juga turut tidak ketinggalan dalam memanfaatkan media sosial bagi menjalankan tugas mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong di Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem merupakan antara yang aktif memuat naik kandungan video menyantuni rakyat.
Tampil sebagai MASKULIN Man of The Moment edisi Mac 2014, beliau berkata video tersebut bukanlah hiburan semata-mata namun untuk mendidik masyarakat.
Foto: Tangkap layar Datuk Mohd Noor Helmy ketika tampil sebagai Man of The Moment Maskulin.
“Objektif saya bila buat video itu ada dua. Satu, adalah untuk mendidik masyarakat. Apa perkara yang boleh kita buat, apa perkara yang tidak boleh kita buat. Apa yang sesuai, apa yang tidak sesuai dari segi masyarakat punya hak.
“Kadangkala nampak sahaja video itu bergelak ketawa, tetapi ada objektif yang kita sampaikan.
“Kalau dulu orang tak tahu spesifikasi potong rumput itu 2.5 cm, sekarang orang dah tahu.
Selain dari itu, Noor Helmy sekadar ingin berkongsi rutin hariannya sebagai wakil rakyat bersama masyarakat.
Tumpu Facebook & Tiktok
Dari segi platform media sosial, Noor Helmy hanya menumpukan pada dua platform sahaja iaitu Facebook dan Tiktok.
Ads
“Facebook straightforward, kebanyakannya adalah gambar program semua. Posting di Facebook saya tulis sendiri,” jelasnya.
Bagi platform Tiktok pula, beliau mempunyai seorang pegawai yang ditugaskan khas untuk menguruskan kandungan.
“Dia dulu pegawai saya ketika saya seorang kontraktor. Bila saya dah tukar kerjaya, takkan saya nak buang dia bekerja,” kongsinya.
Bagaimanapun, sukar bagi Noor Helmy untuk memberinya jawatan yang bersesuaian disebabkan latar pendidikan pegawainya itu adalah dari bidang Kejuruteraan Awam.
“Jika masih mahu bersama saya, dia kena tukar kerjaya jadi pencipta kandungan. Jadi dia belajar dan usaha sendiri,” tambahnya lagi.
Oleh itu, pegawainya itulah yang sentiasa menemani Noor Helmy ketika membuat lawatan untuk merakamkan saat-saat secara semula jadi.
“Kita dah tahu ada lawatan. Jadi dia pegang sahaja lah kamera itu, sebab tak tahu bila akan dapat saat yang terbaik. Takkan lah kita nak arahkan pak cik itu untuk berlakon.
“Nak suruh orang menangis bukannya boleh dibuat-buat. Kita bolehlah berlakon. Dah ahli politik, dah tentu orang panggil pelakon, kan? Kejap boleh marah, kejap boleh lembut,” seloroh Noor Helmy bersahaja.
Ditanya bagaimana beliau boleh tampil begitu santai dan mesra dengan masyarakat, jejaka berusia 43 tahun ini memaklumkan yang sebenarnya beliau sendiri sudah mengenali kebanyakan masyarakat Duyong secara peribadi.
“Saya membesar depan mereka, dan mereka tua depan saya. Nakal saya pun dia tahu, dan garang dia dulu ketika muda pun saya tahu,” jelasnya.
Sudah menjadi lumrah media sosial, kritikan dan kecaman dari warga maya pasti ada.
Kritikan Adalah Peluang Perbaiki Diri
Bagaimanapun, Noor Helmy sentiasa cuba untuk melihat kritikan yang diterima dari sudut yang positif walaupun adalakalanya ia menduga kesabaran.
Ads
“Bukanlah tak baca langsung, bohonglah. Kadang-kadang menyirap pun ada, tetapi telan sahaja lah.
“Dalam kita berkongsi, sedikit sebanyak pasti ada yang akan terasa. Sedikit sebanyak pasti ada orang yang kita teraibkan secara terbuka,” luahnya mengulas isu ini.
Tambahnya lagi, kritikan yang diterima juga boleh dijadikan peluang baginya memperbaiki tugasnya menyantuni masyarakat.
“Ada juga antara kecaman itu perkara yang betul. Dia mengecam dari perspektif dia, dia yang mengalaminya. Jadi kita boleh tengok apa yang boleh kita perbaiki.
“Tapi kalau dah memang salah kita, say sorry. Minta maaf dan bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan,” katanya mengakhiri perbualan.
Inilah perkara yang kita semua tak mahu hadapai. Bukan sahaja menyusahkan tetapi boleh membahayakan diri dan juga menjejaskan perancangan perjalanan kita.
Berdepan situasi kereta atau kenderaan rosak atau kemalangan kecil di lebuh raya merupakan satu mimpi ngeri buat kita semua. Tersadai di tepi jalan akibat kerosakan enjin atau sebagainya. Kena pula dengan cuaca sekarang yang panas memang cukup mengharukan.
Namun anda tidak harus panik. Dan paling penting sekali jangan kalut. Anda juga mungkin akan didekati beberapa pihak yang mungkin niatnya tidak baik. Jangan call towing dulu dan ikuti beberapa tip seperti kami kongsikan di bawah.
JANGAN PANIK DAN IKUTI STEP BERIKUT!
HUBUNGI PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda.
Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000
d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat.
Ingat, besar kemungkinan anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan.
Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km.
Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Oleh itu jangan risau. Anda perlu bertenang dan buat keputusan sebaiknya! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memandu kereta di negara kita tanpa menggunakan sistem penghawa dingin atau aircond adalah satu perkara yang bukan mustahil tapi sangat sukar dilakukan. Dengan kondisi cuaca panas ekstrem yang sering melanda negara penggunaan aircond dalam kereta merupakan perkara sangat penting.
Disebabkan itulah melakukan servis aircond dengan sebaiknya secara berkala sangat penting. Selepas melakukan servis atau baiki sistem aircond kereta salah satu perkara penting untuk anda lakukan ialah proses vacuum.
Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi baik dan sejuk, sistem aircond harus mengandungi 100% gas aircond (refrigerant) mengikut model kereta. Dan kebiasannya jenis gas yang digunakan ialah R134a.
VACUUM PUMP
Proses Vacuum menggunakan vacuum pump adalah untuk kita menyedut dan mengeluarkan udara, kelembapan dan juga kotoran halus serta benda asing dalam sistem aircond. Dan satu lagi untuk kita nak pastikan keadaan dalaman sistem di bawah paras tekanan udara normal (vacuum state) sebelum kita masuk gas.
Antara kelebihan lain, kita juga dapat kesan jika ada kebocoran dalam sistem aircond sebelum masukkan gas. Proses vacuum juga sangat penting untuk sistem aircond terutamanya selepas kereta anda melalui kerja servis atau baik pulih.
MENGAPA SANGAT PENTING
Mengapa ia sangat penting? Seperti MASKULIN nyatakan di atas, proses ini menyaksikan proses menyedut atau menarik segala udara dan kotoran halus di dalam sistem aircond kereta menggunakan sebuah mesin khas iaitu vacuum pump machine.
Mesin tersebut mampu membantu mengeluarkan udara basah dan segala kotoran halus dari dalam sistem aircond.
Satu perkara penting perlu anda tahu juga ialah sebelum mengisi gas R134a harus dipastikan tiada udara atau lembapan di dalamnya.
Selain itu, kondisi dalaman sistem aircond juga perlu berada di bawah paras tekanan udara normal atau dalam bahasa mudahnya, vacuum state. Ini agar hanya gas R134a tulen sahaja yang akan dimasukkan.
Andai kata berlakunya sebarang kebocoran, gas tersebut akan keluar dan udara luar boleh masuk ke dalam sistem aircond. Apabila ini berlaku gas dan minyak kompresor boleh bercampur dan menyebabkan minyak jadi bersiat asidik menghakis.
Jadi sentiasa pantau kerja-kerja servis yang dilakukan di bengekl. Jika timbul masalah lain selepas anda hantar servis, rujuklah semula dengan bengkel dan cuba ajukan soalan tentang sebarang kemungkinan berlakunya kebocoran lain.
Semoga perkongsian ini mampu membantu dan memberikan manfaat kepada anda.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN!
Kredit: ascarservice
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara peralatan senaman yang selalu digunakan dengan kerap oleh lelaki ialah menggunakan dumbbell. Namun kalau ada dumbbell sampai lengkap setiap berat pun tak guna juga kalau tak pandai guna.
Jangan gundah atau gulana. MASKULIN ada untuk membantu anda melakukan senaman lengkap menggunakan dumbbell.
MASKULIN kongsi senaman 20 minit bahagian dua iaitu ‘muscular endurance’. Muscular endurance merupakan kebolehan otot atau kumpulan otot untuk melakukan senaman dalam masa yang lama.
Senaman dalam masa yang singkat perlu melibatkan keseluruhan tubuh badan dan otot-otot utama seperti deltoid, quadriceps, hamstring, pectoralis major, latissimus dorsi. Ini kerana menggerakkan otot utama dalam masa yang sama otot kecil juga akan terlibat. Masa rehat di antara set atau senaman perlulah dikurangkan pada 30 saat.
Lakukan senaman ini dengan pengulangan di antara 15 hingga 30 kali. Matlamat atau fokus utama adalah melakukan senaman yang melibatkan keseluruhan tubuh badan dengan meningkatkan tahap intensiti menggunakan beban seperti dumbbell.
Jumping Lunges (Dumbbell)
Senaman Lunges kali ini hanya menambah bebanan dengan menggunakan dumbbell dan sedikit lompatan.
Pastikan anda lakukan dengan bebanan dumbbell yang ringan kepada yang berat mengikut kebolehan. Anda tidak boleh melompat sekiranya beban dumbbell terlalu berat dan pergerakan ( range of motion) anda akan terbatas.
Mulakan dengan satu langkah ke hadapan, dumbbell sentiasa di sisi dan bengkokkan kaki kedudukan 90 darjah kemudian tolak kaki anda ke posisi permulaan dan tukar kaki sebelah.
Reverse Woodchop
Senaman ini menggerakkan otot abdominal, hamstring serta shoulder.
Mulakan senaman dengan berdiri tegak dengan memegang satu dumbbell dan letak di sisi kaki.
Pastikan dada anda tegak ke hadapan, bengkokkan sedikit kaki seperti posisi partial squat dan mulakan pergerakan dari sisi silang ke arah atas bahu.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.