
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu. Hal ini selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, memetik Astro Awani.
Malah, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengesahkan pelantikan ini menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook rasmi Badan Kehakiman Malaysia.
Pelantikan ini dibuat atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, seperti yang diperuntukkan dalam Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perkembangan yang sama, Sultan Ibrahim turut memperkenankan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan serta Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, bagi menggantikan penyandang yang akan bersara. Ini adalah langkah strategik untuk memastikan barisan kepimpinan tertinggi badan kehakiman sentiasa segar, progresif dan berdaya tahan menghadapi cabaran semasa.
Majlis rasmi penyampaian watikah pelantikan serta istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan serta sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara. Tarikh ini bakal mencipta sejarah baharu dalam landskap kehakiman Malaysia.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.