Gaya Hidup

Demam ‘Avengers: Endgame’, Jangan Rakam & Kongsi, Penjara 5 Tahun Atau Denda RM10k

Share

Seperti mana yang kita tahu semalam merupakan hari pertama tayangan filem adiwira dari MARVEL STUDIO yang cukup dinantikan ramai, ‘Avengers: Endgame’.

Keterujaan peminat terutamanya dui negara kita menjadikan tanda pagar #AvengersEndgame mendominasi carta tular di Twitter dan juga laman media sosiala yang lain.

Lebih menarik hampir kesemua panggung wayang menyediakan tayangan awal kepada penonton seawal jam 7 pagi.

‘Demam’Avengers telah pun bermula dan merebak ke seluruh dunia.

Namun di sebalik keterujaan itu masih ramai yang seakan-akan terlalu terbawa-bawa atau mungkin sangat excited untuk meberitahu dunia bahawa mereka adalah antara orang pertama menontonnya.

Tindakan melakukan rakaman sedutan filem yang ditayangkan dilaporkan masih lagi berlaku. Dan ia dikonghsi ke laman media sosial seperti Instagram (menerusi IG Stories) dan juga ke Facebook.

BACA: Ruang Udara KL Dimeriahkan Pertunjukan Drone Sempena Tayangan ‘Avengers: Endgame’

Malah menurut tinjauan MASKULIN, pihak TGV juga mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka dengan melahirkan kekecewaan di atas segelintir penonton yang merakam dan memuat naik sedutan filem ke ruangan komen.

Namun ia segera di padamkan oleh pihak TGV yang menegaskan pihak mereka tidak akan tergagak-agak untuk mengambil tindakan jika sesiapa ditangkap ketika melakukan rakaman.

Tahukah anda perbuatan curi rakam dan kongsi merupakan satu kesalahan yang sangat serius!

Ia melanggar Akta Hak Cipta 1987, Seksyen 43A. Jika didapati bersalah pelaku boleh dikenakan denda minimun RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 5 tahun.

Foto kredit: @Hazrey

Jadi adakah anda ingin gadaikan perkara tersebut kerana terlalu teruja dan beriya-iya ingin bertahu followers tentang isi kandung filem tersebut?

Usahlah jadi penonton yang tak bertamadun dan beretika. Dan yang penting sekali usahlah jadi orang yang tiada timbang rasa dengan berkongsi spoiler di laman media sosial.

IKLAN