Saat yang dinanti sudah tiba. Tak dapat disangkal lagi, filem adiwira ‘Avengers: Endgame’ merupakan filem yang paling dinantikan pada tahun ini.
Demam luar biasa menantikan kemunculan filem dari Marvel Studio ini juga telah menyebabkan hampir kesemua panggung wayang di negara kita memulakan tayangan seawal 7 pagi dan ia telah sold out!
Hari ini bermulalah tayangan pertama filem tersebut dan apa yang pasti ia akan menjadi topik utama warganet dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Cuma satu pesanan MASKULIN kepada anda, elakkan memberi spoiler kepada rakan-rakan dan pengguna laman media sosial yang lain.
Jadilah seorang penggemr karya filem hebat yang berhemah dan bertimbang rasa.
Ads
Sempena menyambut ketibaan filem ini, kotaraya Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan sebuah pertunjukan drone menarik. Sebanyak 300 Intel® Shooting Star™ telah diterbangkan ke ruang udara dan menyinari Kuala Lumpur dengan pertunjukan cahaya yang menarik.
Pertunjukan drone tersebut membentuk beberapa logo dan karakter yang tidak asing lagi seperti Iron Man, Thor, Captain America dan Hulk.
Ads
Menurut kenyataan media dari pengedar filem ini, The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, pertunjukan drone istimewa ini merupakan ucapan terima kasih mereka kepada rakyat Malaysia yang selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada francais filem MARVEL STUDIO.
Ads
Malah pertunjukan drone ini juga telah mencipta rekod baru dan bakal dimasukkan ke Malaysia’s Book of Records sebagai ‘Pertunjukan Drone Bercahaya Paling Banyak Digunakan’.
Ketua Studio Hiburan The Walt Disney Company Malaysia & Singapura, Daniel Tan menerima anugerah daripada Pengurus Pemasaran Operasi & Kajian Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh.
PELUANG SAKSIKAN PERTUNJUKAN INI!
Anda pasti tertanya-tanya adakah kita semua berpeluang menyaksikan pertunjukan ini sekali lagi? Ya! Pertunjukan drone hebat ini dijadualkan akan berlangsung sekali lagi pada hari Jumaat ini iaitu 26 April 2019 pada pukul 8 malam dan 10 malam (bergantung kepada keadaan cuaca).
Lokasi terbaik untuk menyaksikan pertunjukan drone ini ialah di sekitar 200 hingga 300 meter radius dari Menara KL.
Kepada anda yang tinggal berdekatan jangan lupa lepaskan peluang menyaksikan pertunjukan drone ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia bola sepak, menonton perlawanan bukan sekadar tentang apa yang berlaku di atas padang. Ia tentang emosi, sorakan, debaran dan momen yang lebih bermakna apabila dikongsi bersama.
Atas sebab itu, Astro BizOne tampil dengan inisiatif Watch Party, satu pengalaman tontonan bola sepak secara berkumpulan yang membawa suasana stadium terus ke dunia nyata.
Berbanding menonton bersendirian di rumah, Watch Party ini menawarkan sesuatu yang lebih hidup, lebih bertenaga dan jauh lebih menyeronokkan.
Bayangkan anda menonton perlawanan besar di skrin gergasi, dikelilingi peminat yang berkongsi minat sama, setiap jaringan disambut dengan sorakan, setiap peluang mencetuskan debaran bersama.
Dengan paparan skrin besar, sistem audio yang lebih imersif serta suasana penuh crowd energy, pengalaman menonton ini terasa lebih dekat dengan suasana stadium sebenar.
Edisi Watch Party kali ini menjadi lebih menarik dengan beberapa perlawanan besar yang berpotensi menentukan hala tuju musim Liga Perdana.
Tumpuan utama pastinya terarah kepada pertembungan antara Manchester City dan Arsenal yang dilihat sebagai perlawanan penentu kejuaraan.
Selepas Arsenal tewas kepada Bournemouth, kedudukan mereka kini semakin dihimpit Manchester City yang berada dalam momentum terbaik selepas kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Chelsea.
Tidak ketinggalan juga perlawanan sebelum itu menyaksikan Merseyside derby di antara Everton menentang Liverpool. Lebih menarik, Merseyside derby berlangsung pertama kali di stadium baharu Everton, Hill Dickinson Stadium.
Ahad lalu, MASKULIN berkesempatan ikut turut serta merasai kehangatan Astro BizOne Rewards Watch Party yang diadakan di COE Foodcourt, UNITEN di Kajang.
Selain pelajar-pelajar UNITEN, peminat bola sepak di kawasan sekitar memenuhi lokasi tayangan skrin gergasi untuk dua perlawanan epik yang berlangsung penuh drama.
Setiap pengunjung yang datang mendaftar diberikan nombor cabutan bertuah. Lebih menarik terdapat pelbagai makanan dan minuman disediakan oleh penganjur secara percuma.
Seperti dijangka hampir kesemua tempat duduk yang disediakan dipenuhi peminat-peminat bola sepak datang dari pelbagai pasukan seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester City. Bahkan peminat pasukan yang tidak bermain seperti Manchester United dan Chelsea turut dilihat hadir sama.
Selain pengalaman tontonan bersama komuniti, inisiatif tayangan skrin gergasi ini turut memberi impak kepada perniagaan melalui peningkatan kehadiran pelanggan dan aktiviti ekonomi setempat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith yang turut hadir pada malam tersebut berkata pendekatan membawa pengalaman tontonan sukan secara langsung ke lapangan merupakan strategi untuk merapatkan hubungan dengan komuniti serta rakan strategik.
“Inisiatif ini mencerminkan keupayaan Astro untuk mengintegrasikan kandungan, komuniti dan perniagaan melalui pendekatan yang menyeluruh dan berkesan. Dengan memanfaatkan kandungan sukan secara langsung bertaraf premium, kerjasama strategik jangka panjang bersama rakan seperti UNITEN dan TNB, serta penyelesaian perniagaan melalui Astro BizOne Rewards, Astro berjaya menyampaikan pengalaman yang meningkatkan penglibatan khalayak di samping menjana impak perniagaan yang ketara.
“Selain memperkukuhkan hubungan strategik dan mempromosikan kepentingan sukan, inisiatif ini turut menyumbang kepada peningkatan kehadiran pengunjung, di samping jualan makanan dan minuman yang lebih tinggi serta sokongan berterusan kepada perniagaan tempatan. Sambutan yang positif mencerminkan keberkesanan ekosistem bersepadu Astro – merangkumi kandungan, platform dan kerjasama – dalam mewujudkan nilai bersama untuk rakan kongsi, komuniti dan perniagaan.”
Dalam perlawanan Merseyside derby, perlawanan berlangsung sengit dengan Liverpool mengalahkan Everton, 2-1. Perlawanan mendebarkan hingga ke saat akhir apabila kapten Liverpool, Virgil Van Dijk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-10 masa tambahan.
Gol kemenangan itu menggearkan UNITEN dengan sorakan gemuruh dari majoriti penonton yang hadir berjersi merah. Sememangnya pengalaman menonton bersama-sama komuniti seperti ini memberikan adrenalin dan keghairahan cukup luar biasa.
Manakala perlawanan tumpuan yang dijangka mencorakkan kejuaraan Liga Perdana di antara Manchester City menentang Arsenal menyaksikan pasukan bergelar The Gunners berputih mata selepas tewas 1-2.
Arsenal masih medahului liga dengan tiga mata namun, Manchester City masih ada kurang satu perlawanan. Adakah kekalahan ini menandakan Arsenal bakal menamatkan liga sebagai naib juara buat kali keempat berturut-turut.
Rata-rata penyokong Arsenal di UNITEN pada malam tersebut ternyata terkejut dan kecewa dengan keputusan tersebut. Namun, masih ada yang menaruh harapan dengan baki lima perlawanan yang harus ditempuhi.
Selain tayangan di UNITEN, Astro BizOne Rewards Watch Party turut berlangsung di dua lagi lokasi berbeza iaitu di Restoran Habib, Johor Bahru dan Out of Arica, Petaling Jaya.
Seperti di UNITEN, kedua-dua lokasi cukup meriah dengan sokongan komuniti serta pelbagai program sampingan yang disediakan khusus untuk penyokong yang hadir.
Astro BizOne Rewards Watch Party bukan sekadar acara tontonan, tetapi platform yang menghubungkan peminat bola sepak dari pelbagai latar belakang.
Ia menjadi tempat untuk berkumpul, berkenalan dan berkongsi minat yang sama.
Sama ada datang bersama rakan atau komuniti, suasana di Watch Party menjadikan semua orang terasa sebahagian daripada satu crowd besar.
Konsep “lebih ramai, lebih meriah” benar benar terasa di setiap lokasi. Ini bukan sekadar menonton bola. Ini adalah cara sebenar untuk merasai bola sepak. Bersama komuniti, dalam suasana penuh bertenaga.
Kerana dalam bola sepak, pengalaman terbaik bukan hanya apa yang anda lihat. Tetapi apa yang anda rasa bersama orang lain.
Astro dijangka bakal menghangatkan lagi suasana perlawanan epik Liga Perdana, sekali gus memperkukuh ekosistem perniagaan dan memperkaya pengalaman pelanggan di seluruh negara dengan memperluaskan penganjuran Astro BizOne Rewards Watch Party ke lebih banyak lokasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Astro BizOne Rewards, layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my dan jangan lepaskan peluang untuk turut serta!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Berani dan lantang boleh penulis katakan dengan apa yang dilakukan oleh Dato’ Fazely Yaakob dan isteri dalam pendedahan yang dilakukan ini . Kini kecoh di media sosial dan melebihi beribu perkongsian telah dibuat oleh netizen apabila beliau lantang bersuara mengenai bekas wanita pertama Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Beliau merupakan ibu kandung kepada isteri Dato’ Fazley, Datin Azrene Ahmad yang umumnya ramai yang tidak tahu.
Berani Datin Azrene mendedahkan mengenai sikap sebenar ibu kandungan dan kesukaran hidup apabila bersama ibunya. Begitu juga dengan Dato’ Fazley yang kembali menceritakan kisah perjuangan arwah bapanya yang ditindas kerana bersekutu dengan Tun Mahathir Mohamad.
Tidak terkejut rasanya apabila posting di laman Instagram Datin Azrene telah dibuang oleh pihak Instagram, namun Dato’ Fazley memuatnaiknya semula di akaun miliknya.
Ramai netizen terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh pasangan ini. Ada diantara mereka meminta Dato Fazley dan isteri sedia memberi kemaafan dan ada yang mohon untuk mereka menjaga keselamatan diri serta keluarga.
Sejauh mana agaknya kisah ini akan dibawa dan paling menjadi persoalan dikalangan netizen juga adakah kisah ini benar atau skeptikal mahu perhatian dari kemenangan Tun Mahathir.
Mari la kita berharap agar keadaan semuanya akan baik-baik sahaja dan jadikan tauladan dan jika benar salah disisi undang-undang pasti akan diambil tindakan.
Sumber : Intagram Dato’ Fazley Yaakob
Via : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita selalu dengar perkara ini diperkatakan oleh golongan lelaki single. Tapi apakah sebabnya mereka seakan syok sangat menjadi lelaki single.
Ada banyak kelebihan ke hidup single tanpa pasangan?
Sebenarnya ia terpulang kepada individu. Mungkin ramai yang single kerana ada alasan masing-masing. Namun satu perkara yang perlu anda akui, lelaki single memang boleh nikmati sesetengah perkara dengan lebih bebas. terbuka dan seronok.
Cuba lihat di sekeliling anda. Pasti anda ada kenalan yang mungkin sudah berusia lebih 35 tahun tapi masih belum kahwin. Kemudian cuba lihat adakah dia happy atau macam mana? Nak tahu kenapa dia memilih untuk single?
Filem belum tayang dah bocor. Lelaki di Singapura ditahan selepas muat naik klip 'The Legend of Aang: The Last Airbender'. Risiko digital makin serius.