Lelaki bila dah jadi suami, tak perlu manja dengan wanita lain, hanyut bila dikoyakkan sos. Kadang-kadang, seorang lelaki boleh jadi goyah hanya kerana dikoyakkan paket sos oleh wanita lain. Terasa istimewa, konon ada orang yang ‘hargai’ dia lebih dari isteri sendiri.
Lelaki Bila Dah Jadi Suami, Tak Perlu Manja Dengan Wanita Lain, Hanyut Bila Dikoyakkan Sos
Tapi berhati-hatilah wahai suami, tidak semua perhatian itu ikhlas. Ada yang datang dengan niat, ada juga yang cuma manis di awal. Jangan sampai yang dibina bertahun, musnah hanya sebab terpedaya dengan layanan sementara.
Tular di media sosial apabila seorang individu menyentuh bab layanan seorang isteri kepada suami. Hantaran ini menarik perhatian ramai hingga ia hangat diperkatakan selain menjadi perdebatan antara golongan suami dan juga isteri.
Dr Ahmad Samhan juga turut terpanggil untuk memperkatakan isu ini.
Ads
“Koyakkan sos cili pun dah buat hati goyang?”
Sedangkan di rumah, ada seorang isteri yang pernah pertaruhkan nyawa demi lahirkan zuriat.
Yang sabar tunggu kepulangan, walau mata layu jaga anak sepanjang malam.
Yang tetap masak, lipat baju, suap makan walaupun penat tak pernah surut. Tapi hati goyah… hanya dengan effort orang luar yang sekadar koyakkan sepeket sos?
Ads
Itu bukan caring, itu ujian. Bukan semua perhatian datang dengan niat yang suci.
Cinta sejati bukan tentang siapa paling pandai ambil hati, tapi siapa yang tetap memilih untuk setia, walaupun ada seribu peluang untuk berpaling.
Dan isteri yang pernah melahirkan demi keluarga, tak sepatutnya kalah dengan plastik sos dan perhatian sementara.
Kesimpulannya wahai suami, jangan cepat goyah hanya kerana ada yang pandai ambil hati. Iman itu benteng, cinta itu pilihan, dan kesetiaan itu tanggungjawab. Kalau isteri pernah sanggup korbankan segalanya untuk kita, apa alasan kita untuk tak setia pada dia?
Ads
Beringat sebelum terkena. Jangan biarkan layanan manis yang sementara, menghancurkan kebahagiaan yang sebenar.
Penulis dan aktivis Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isterinya Rai King memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 2024, demikian lapor TRT World.
Pasangan itu melafazkan syahadah menerusi siaran langsung Instagram pada Isnin dibimbing ulama AS, Omar Suleiman yang juga sahabat Shaun selama lebih 10 tahun.
Memakai keffiyeh Palestin, aktivis berusia 44 tahun itu menyifatkan keputusannya itu sebagai “penderitaan, kesakitan dan trauma enam bulan lalu yang dilihat di Gaza”.
Terbuka Hati Lihat Iman Penduduk Gaza
“Ia membuatkan saya tersentuh secara mendalam untuk melihat orang yang ketika ini berada di tempat paling berbahaya dan traumatik di bumi ini kadangkala tidak melihat apa-apa selain runtuhan dan sisa-sisa keluarga mereka, namun masih melihat makna dan tujuan dalam hidup.
“Keimanan dan pengabdian mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati berjuta-juta orang di seluruh dunia,” kata Shaun.
Shaun terkenal dengan kelantangannya menyokong Palestin, menentang tindakan negara haram Israel ke atas Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 31,112 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita,, dan mencederakan 72,760 setakat ini.
Sejak 7 Oktober, Shaun kerap berkongsi hantaran media sosial menunjukkan kemusnahan di Gaza dan menyeru agar serangan Israel dihentikan.
Susulan tindakannya itu, Instagram telah menyahktif dan mengalih keluar akaunnya yang mempunyai lebih enam juta pengikut itu.
Di musim perayaan , pasti ramai anak perantauan akan pulang ke kampung halaman masing-masing terutamanya orang Lembah Klang. Jadi biasanya kawasan perumahan di Selangor dan Kuala Lumpur akan mulai lengang dan sunyi. Ini sebenarnya suasana ‘favourite’ penyamun dan perompak, sakan mencari mangsa. Jadi berikut adalah 10 perkara penting untuk mencegah pecah rumah, kecurian kenderaan dan sebagainya semasa anda pulang ke kampung.
1. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6 petang hingga 7 pagi setiap hari.
2. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik. Jika anda mempunyai jiran yang tidak balik ke kampung, minta jasa baik untuk tengok-tengokkan rumah anda juga.
3. Pastikan alat keselamatan tambahan di pasang seperti di pintu utama dan pintu dapur, serta tingkap di semua tingkat. Perompak biasanya masuk melalui atap rumah. Jika anda mempunyai kunci bilik di rumah, pastikan setiap pintu di dalam rumah dikunci dengan baik.
4. Hantar binatang peliharaan ke rumah perlindungan haiwan ataupun klinik veterinar yang mempunyai perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan. Jangan diseksa haiwan kesayangan anda itu ya.
5. Jangan tinggalkan barang kemas dan wang tunai serta barang berharga di rumah dan bawa bersama atau simpan di tempat yang lebih selamat. photo (30)
6. Maklumkan kepada pihak polis dengan memberikan maklumat seperti berikut: Nama, alamat, nombor telefon , tarikh balik ke kampung dan pulang ke rumah, nombor kenderaan yang ditinggalkan jika ada. Banyak jabatan polis tempatan mengamalkan program komuniti dan selalunya pihak polis akan menyediakan peronda tambahan di kejiranan anda jika anda memberitahu mereka bahawa anda akan keluar dari bandar. photo (29)
7. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
8. Jika anda menaiki kapal terbang atau pengangkutan awam untuk balik ke kampung, pastikan jika anda memandu sendiri ke lapangan terbang, jangan meninggalkan apa-apa barang yang mempunyai alamat dan maklumat peribadi anda di dalam kereta anda seperti surat, majalah atau akhbar.
9. Gunakan media sosial dengan bijak. Untuk mengelakkan ramai orang tahu anda berada jauh dari rumah anda, elakkan menyiarkan gambar percutian anda di media sosial sehingga anda kembali. Selain itu, elakkan berkongsi bahawa anda berada di lapangan terbang atau berjalan di luar bandar melalui laman rangkaian sosial.
10. Jika anda menaiki teksi ataupun pengangkutan awam, ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak berkongsi maklumat mengenai lokasi dan maklumat peribadi anda. Kita tidak tahu siapa kawan, siapa lawan.
Akhir sekali, doa jangan dilupa 🙂
Pelindungkecurian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi seorang pereka fesyen, amatlah penting bagi mereka untuk menetapkan cita rasa dan gaya tersendiri. Namun, tidak semua individu mempunyai kebolehan dan kecenderungan atau kemahuan untuk mereka pakaian yang tidak konvensional. Sesetengah pereka lebih mengutamakan konsep perincian pada sesuatu pakaian manakala sebahagian yang lain pula lebih selesa menghasilkan rekaan konvensional.
“Amat penting untuk menjadi seorang pereka yang ‘genuine’ mencipta satu rekaan yang kekal relevan dan diguna pakai di dalam industri. Sekiranya ada yang hanya berorientasikan keuntungan dan glamor semata-mata, maka anda belum layak untuk digelar sebagai seorang pereka. Untuk menjadi seorang usahawan dan pereka yang beretika, anda perlu mempunyai prinsip dan hala tuju yang jelas. Saya lebih kagum sekiranya hasil kerja saya dibeli, dijaga dan dipakai pembeli dan itu membuktikan hasil karya anda mempunyai nilai estetika untuk terus berada di dalam almari gaya mereka. Andai sekadar jenama sahaja disebut-sebut tetapi tidak dihargai, itu bermakna hasil kerja anda masih belum diterima penuh oleh masyarakat. Tambahan, untuk bergelar seorang usahawan, sekurang-kurangnya anda perlu berada 12 bulan di dalam industri untuk memasarkan dan memperkenalkan barangan anda, jangan jadi parasit bisnes, berniaga mengikut musim dan akhirnya anda akan merosakkan perniagaan orang lain.
“Pereka perlu versatil dan tidak boleh gentar untuk mencipta sesuatu yang di luar dari kebiasaan, harus bereksperimen dan berikan kelainan yang boleh diterima akal juga pelanggan. Kita harus sedar bahawa pasaran fesyen di Asia masih berteraskan fesyen yang praktikal dan komersial. Oleh itu, individu yang menceburkan diri dalam industri fesyen perlu memahami ekonomi pasaran tempatan. Pereka perlu seimbangkan kepakaran perniagaan dan kemahiran-kemahiran lain yang boleh membantu karya kreatif mereka agar dapat dikomersialkan. Mereka yang bekerja di bidang ini secara profesional pula perlu sensitif terhadap perkembangan dan peristiwa yang terjadi di peringkat global agar rekaan tidak ketinggalan.
“Di butik Azammoff, kami menyediakan rekaan yang cukup versatil dan simplicity iaitu sesiapa sahaja yang datang ke butik, mereka boleh membeli rekaan ready to wear juga menempah bespoke tidak kira untuk lelaki mahupun wanita. Kami mengamalkan prinsip 3C iaitu Contemporary, Classy dan Comfortable untuk setiap rekaan yang dihasilkan. Target kami pula adalah untuk mereka dari golongan pertengahan dan ke atas. Di sini, mereka juga boleh menempah pakaian khusus untuk seisi keluarga. Pelanggan setia saya kebiasaannya adalah mereka yang mempercayai setiap rekaan juga kualiti yang kami berikan. Bagi saya, seorang pereka yang baik adalah dapat memahami kehendak pelanggan, namun saya turut memberikan khidmat nasihat untuk setiap rekaan yang mereka mahukan. Dari situ pertalian di antara pelanggan dan pereka dapat dikekalkan.
“Tidak semua yang dirancangkan akan membuahkan hasil, apa pun, nasib seorang pereka fesyen juga terletak pada tuah mereka di dalam industri serta pengguna fesyen itu sendiri. Tidak semua pembeli akan menyukai rekaan anda, malah mereka mungkin tidak menyukainya langsung. Sudah lumrah, kehendak seseorang itu sangat subjektif dan kadangkala mengelirukan. Maka seorang pereka fesyen perlu belajar untuk menahan segala kritikan,” jelas anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu ini.
Quality vs profitability
Fesyen bermakna sesuatu gaya yang terkini atau mengikut trend semasa. Namun, takrifan sebenar fesyen terus subjektif kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Bagi mencipta kejayaan dalam bidang ini, seseorang perlu memiliki kefahaman menyeluruh terhadap proses-proses yang berkaitan dengan industri. Seseorang pereka itu perlu tahu selok-belok perniagaan dan pemasaran fesyen. Tanpa pengalaman dan pengetahuan asas yang tepat, mungkin sukar untuk mereka memasarkan jenama secara berkesan.
“Saya tidak pernah terasa dengan kemunculan pereka baru yang semakin hari semakin bertambah, jenama baru yang rekaannya sama di setiap butik, namun hanya label yang berbeza. Jika inilah yang masyarakat inginkan, itu bukan salah mereka. Mereka hanya mengikut pasaran. Sebagai seorang pereka yang sudah lama di dalam industri, fesyen itu harus relevan setiap masa. Saya sangat mementingkan kualiti, setiap idea baru saya dan team akan duduk berbincang dan dapatkan kata putus untuk memasarkan satu rekaan. Lambakan pereka baru ini ibarat memberi satu peluang kepada masyarakat untuk sama-sama merasai sendiri kegemilangan industri fesyen tanpa mengira status, namun harus diingatkan fesyen bukanlah bergantung kepada nilai kepenggunaan semata tetapi ia merupakan cerminan kepada pembalikan identiti pereka sebagai kunci kejayaan sekali gus ia mengubah maksud sebenar seorang pereka.
“Mereka sepatutnya bergantung kepada rekaan atau produk dengan signatur yang mempunyai kualiti tersendiri sebagai faktor untuk mengangkat jenama mereka pada satu tahap yang lain. Tambahan, pasaran kita kebanyakannya hanya berteraskan fesyen komersial di mana konsep ini mampu meraih pulangan paling lumayan buat masa kini. Kerana terlalu mengejar pulangan yang menguntungkan, ada yang menyediakan rekaan sambil lewa, meniru dan mengabaikan kualiti material serta fabrik, malah masing-masing bersaing dengan harga yang ditawarkan.”
Popular bukan erti berjaya
“The higher up, the greater the fall, Industri fesyen tidak hanya berkiblatkan populariti semata-mata. Di sini anda akan diajar untuk bekerja keras, sabar dan tabah untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Pengetahuan juga kefahaman mendalam terhadap corak pergerakan industri juga perlu dititikberatkan. Menjadi orang lama mahupun baru, anda perlu sentiasa membuat penyelidikan bagi mendapatkan inspirasi dalam membina tema yang sealiran dengan trend terkini. Koleksi rekaan yang telah siap pula hanyalah satu permulaan sebelum ia dipromosikan dan dipasarkan. Rekaan anda perlu menzahirkan istilah trendsetter iaitu mereka yang memulakan sesuatu trend itu, bukan dengan hanya meniru jenama sedia ada. Menjadi pelopor mungkin sedikit payah, namun itulah bukti anda bekerja kuat untuk itu. Jika anda ikuti rekaan saya, saya di antara yang terawal mencipta design kurta lelaki secara minimalis, namun inspirasi itu tidak begitu menonjol waktu ia dipasarkan, kini lambakan kurta mengikut potongan badan begitu meluas dilihat, apa yang membezakan hanyalah corak dan warna sahaja.
“Tidak salah untuk seseorang pereka fesyen itu mengambil inspirasi daripada jenama lain namun, pereka yang bijak sewajarnya tahu perbezaan antara mengambil inspirasi atau meniru sesebuah karya. Perlu diingat, industri fesyen terlalu banyak saingannya dan untuk berjaya dalam bidang ini perlu ada kefahaman menyeluruh terhadap proses-proses yang berkaitan dengan industri tersebut. Jika rekaan itu dicipta melalui satu-satu inspirasi, ia perlulah disesuaikan dengan signature anda sendiri bagi mendapatkan garapan baru dalam hasilan, di samping mencipta nilai estetika tersendiri dan berbeza. We sell brand as well, try to be a good local brand.
“Buat pereka baru, anda perlu tahu etika berniaga untuk terus kekal lama di dalam industri. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar keuntungan. Fahami jenis perniagaan short run mahupun long run, agar anda boleh mengatur strategi sebaiknya,” akhirnya bersama Maskulin.
18, Jalan Plumbum P7/P Commercial Centre Section 7 40100 Shah Alam
azammoffboutique
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.