Usia dah masuk 30 tahun tapi orang dok puji katanya nampak macam usia baru 20-an. Macam baru lepas belajarlah kiranya.

Siapa tak seronokkan? Lebih-lebih lagi sentiasa nampak awet muda ajer memanjang dan ia meningkatkan keyakinan diri.

Jadi macam mana nak dapatkan wajah awet muda sehingga nampak 5 tahun lebih remaja dari usia sebenar? Ini cara-caranya :

1. Amal buah dan sayur berwarna

Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti blueberry, tembikai dan brokoli.

2. Bersenam dan keluarkan peluh

Gerakkan tubuh paling kurang 30 minit sehari untuk fikiran dan kulit yang sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah.

IKLAN

Wajah akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak.

Atau boleh juga bersauna yang mana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.

3. Elakkan merokok dan jauhkan perokok

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

IKLAN

4. Jauhkan dari memakan makanan yang kurang berkhasiat

Contoh-contoh anda semua sudah tahu, paham-paham sahajalah! Makanan ringan, maggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya.

5. Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress

Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress.

IKLAN

Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.

Nota Tambahan

1. AMALKAN memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Insya Allah anda akan kelihatan lebih muda.Dan jangan lupa memohon kepadanya agar kita diberikan kesihatan yang baik dan kekal awet muda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI