Gaya hidup masa kini terutamanya di kalangan generasi muda cukup mementingkan estetika suasana dan keunikan lokasi yang ditawarkan.

Pada masa kini tarikan kepada sesuatu lokasi gaya hidup terutamanya restoran tidak hanya bergantung kepada rasa dan menu.

Persembahan lokasi yang menarik yang mampu dijadikan bahan perkongsian di laman media sosial kini menjadi aspek cukup penting. Buat anda yang berkunjung ke Melaka kini satu tarikan terbaru boleh menjadi sasaran kunjungan di masa akan datang.

1-Group penyedia terkenal pelbagai konsep gaya hidup-hospitaliti Singapura kini mengajak rakyat Malaysia untuk melawat koleksi terkenal jenama ikoniknya yang memenangi pelbagai anugerah di 1-Altitude Melaka.

Destinasi Gaya Hidup & Restoran Pelbagai Konsep Jadi Tarikan Utama 1-Altitude Melaka

Ia terletak di atas Hatten City dengan menawarkan pemandangan 360 darjah bandar dan Selat Melaka yang cukup menakjubkan.

IKLAN

Sebagai destinasi tarikan antarabangsa, Melaka ia pasti menjadi satu tarikan terbaru yang cukup menarik.

Dengan keluasan 100,000 kaki persegi, 1-Altitude menawarkan pilihan restoran istimewa bertaraf dunia, kafe yang menawan, bar yang meriah, dan pengalaman kehidupan malam yang menggembirakan.

Destinasi Gaya Hidup & Restoran Pelbagai Konsep Jadi Tarikan Utama 1-Altitude Melaka
Wildseed Cafe & Bistro

Pembukaan Wildseed Café baru-baru ini pada Julai 2023 menandakan yang pertama daripada tujuh kelas dunia dan konsep tersendiri oleh 1-Group, betul-betul di tengah-tengah bandar bersejarah ini.

Pada bulan September yang akan datang, rakyat Malaysia mempunyai sesuatu yang lebih hebat untuk dinantikan apabila MONTI Melaka, FLNT Melaka, dan Bar Atas Bumbung 1-Altitud yang menakjubkan dibuka secara rasmi.

IKLAN

Ditetapkan untuk menambah tahap keceriaan baharu, 1-Altitude Melaka akan menjadi destinasi setinggi langit baharu yang terbaik di Melaka dan mungkin juga di Malaysia. Lebih menarik lagi, Wilseed Cafe & Bistro merupakan kafe yang berada pada paras tertinggi di Melaka iaitu 195 meter di atas paras laut.

Destinasi Gaya Hidup & Restoran Pelbagai Konsep Jadi Tarikan Utama 1-Altitude Melaka
Monti

Bahagian dalamannya juga tidak kurang hebat dengan hiasan penghargaan terhadap sejarah dan budaya Melaka. Dengan pemandangan luar biasa Selat Melaka, ia mampu menjadi lokasi romantik yang hebat.

Manakala buat penggemar makanan Itali, MONTI yang terletak di dua tingkat teratas 1-Altitude menampilkan suasana elegan dan eksklusif dengan kemasan cermin pada siling dengan rekaan sofistikated.

IKLAN
Destinasi Gaya Hidup & Restoran Pelbagai Konsep Jadi Tarikan Utama 1-Altitude Melaka
FLNT

FLNT pula merupakan restoran makanan fusion Jepun dan Peru Sumiyaki grill yang sebelum ini turut diperkenalkan di Singapura pada tahun 2020.

Ia juga menawarkan pemandangan luaran hebat bersera pengalaman konsep dapur terbuka di mana chefnya beraksi.

Jadi buat anda yang ingin membawa isteri atau pasangan tersayang untuk suasana romantis, 1-Altitude mungkin boleh menjadi pilihan terbaik.

Jom subscribe atau follow TikTok dan juga YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Di pelancaran butik Sacoor Blue & Sacoor One di MyTown Shooping Centre, MASKULIN sempat menemubual Farah Ann, bekas gimmas negara yang kini masih aktif dengan penglibatan luar gelanggang. Such a sweetheart! #maskulin #majakahmaskulin #fyp #fypmalaysia #farahann #atletmalaysia #sports #womenweloveMaskulin ♬ original sound – Maskulin

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI