Sejak sekian lama, dunia hypercar telah didominasi oleh nama-nama besar Eropah. Sebut sahaja Bugatti, Koenigsegg atau Pagani, semuanya membangkitkan kereta dengan aura kelajuan dan kemewahan yang tidak dapat ditandingi.
Namun, kini ada nama baharu yang tiba-tiba muncul dari Timur, bukan sekadar untuk bersaing, malah untuk merampas gelaran raja kelajuan.
Dunia automotif digenparkan dengan pencapaian luar biasa dari kerta BYD Yangwang U9 Xtreme menjadi kereta produksi paling laju di dunia.
Apa yang lebih menarik lagi, ia merupakan sebuah kereta elektrik sepenuhnya. Sekali gus membuktikan bahawa masa depan industari automotif dan permotoran bukan hanya mengenai kuasa, tetapi juga inovasi yang luar biasa.
Kelajuan Mengejutkan
Baru-baru ini, Yangwang U9 Xtreme mencipta sejarah dengan memecahkan rekod kelajuan kereta produksi terpantas di dunia, mencatatkan angka menakjubkan 308.4 mph (496.22 km/j).
Angka ini bukan sahaja memecah rekod lama yang dipegang oleh Bugatti Chiron Super Sport 300+ (304.8 mph), malah membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) kini mampu berdiri sama tinggi dengan jentera pembakaran dalaman (ICE) terhebat.
Ads
Bagaimana sebuah EV mampu mencapai kelajuan sebegini? Rahsianya terletak pada teknologi canggih yang dipasang padanya.
Kuasa Dari Empat Motor Elektrik
Bayangkan sebuah jentera yang mempunyai empat motor elektrik, satu untuk setiap roda. Kuasa gabungan yang terhasil daripada konfigurasi ini adalah luar biasa, iaitu sebanyak 2,978 bhp.
Jumlah kuasa ini bukan sahaja dua kali ganda berbanding versi U9 “standard”, malah hampir tiga kali ganda kuasa sebuah kereta Formula 1!
Ads
Kuasa ini disalurkan melalui platform ultra-voltan 1,200V yang canggih. Teknologi ini membolehkan penghantaran tenaga yang lebih efisien, mengurangkan penghasilan haba, dan memendekkan masa pengecasan.
Ia adalah bukti kukuh bahawa jurutera di Yangwang dan BYD (syarikat induk Yangwang) tidak bermain-main dalam usaha mereka untuk menakluk dunia automotif.
Eksklusif dan Terhad
Yangwang U9 Xtreme bukan untuk semua orang. Dengan hanya 30 unit yang akan dihasilkan di seluruh dunia, ia secara automatik menjadi salah satu kereta yang paling eksklusif dan sukar dimiliki. Pemiliknya bukan sahaja memiliki kereta terpantas, tetapi juga sekeping sejarah automotif yang mengubah landskap perlumbaan kelajuan.
Walaupun maklumat tentang harganya belum diumumkan secara rasmi, dengan ciri-ciri luar biasa dan kuantiti yang terhad, pastinya ia akan berada dalam kategori harga hypercar jutaan dolar.
Yangwang U9 Xtreme adalah lebih daripada sekadar kereta. Ia adalah sebuah pernyataan, sebuah amaran kepada jenama-jenama lama bahawa kuasa, kelajuan, dan inovasi tidak lagi terhad kepada satu benua atau teknologi. Ia membuktikan bahawa masa depan automotif adalah dinamik dan penuh dengan kejutan.
Dengan U9 Xtreme, era baharu perlumbaan kelajuan telah bermula. Jadi, adakah anda bersedia untuk menyaksikan babak seterusnya dalam persaingan hypercar?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahniah diucapkan kepada jenama kereta nasional, Proton, telah mengumumkan subjenama yang akan digunakan kepada kenderaan EV mereka.
Nama yang dipilih ialah Proton e.MAS iaitu hasil gabungan “e” yang merujuk kepaada elektrik dan “MAS” adalah singkatan kepada Malaysia.
Menariknya lagi, e,mas ini bkal menjadi kereta rasmi sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di negara ini pada tahun hadapan, petik MalaysiaGazette.
Proton e.Mas 7 dipilih kerana kerajaan mahu menjadikan kereta tersebut sebagai contoh di rantau Asia dalam pembuatan dan pembangunan EV, terang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama ia selaras komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 nanti.
“Untuk ASEAN tahun depan, e.Mas 7 adalah kenderaan rasmi kita. Kita nak tetapkan contoh di rantau ini, untuk mempromosikan keupayaan kita untuk menghasilkan kereta dan juga pembangunan EV.
“Ia bertepatan dengan komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih,” katanya semasa Majlis Perasmian Kereta Elektrik Nasional Pertama e.Mas 7 semalam.
Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas) nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam menyemarakkan industri permotoran apabila meluaskan lagi rakan usaha sama menerusi Bajaj Auto Ltd dari India.
Lantaran itu terhasillah tiga produk baharu iaitu V15,RS200 dan NS200 yang pastinya mampu memberikan saingan kepada jenama lain jika dilihat dengan harga yang ditawarkan.
Ruang tunggang uji kali ini akan membicarakan potensi Pulsar NS200 yang dijana enjin 199cc, SOHC, 4-lejang, penyejukan cecair.Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.
SANTAI
Berkesempatan menunggang uji Pulsar NS200 dalam tempoh seminggu yang diberikan Modenas pada awal Ramadan lalu dimanfaatkan penulis dengan laluan lebuh raya menjadi ujian pertama menguji kemampuan jentera menggunakan teknologi tiga palam yang mampu menghasilkan kuasa 24.5PS dan tork 18.6Nm ini.
Reka bentuk Pulsar NS200 yang lebih kepada motosikal naked secara tidak langsung memberikan keselesaan kepada penulis ketika memandu pada kelajuan 80 hingga 100 kilometer sejam (kmj).
Tindak balas ketika menukar gear juga begitu lancar, kedudukan tunggangan lebih santai, pelana empuk selain reka bentuk tangki bahan api yang aerodinamik menambahkan keseronokan tunggang uji dari Shah Alam menuju Putrajaya. Namun pada kelajuan 120 hingga 140kmj, keyakinan penulis untuk meneruskan kelajuan sedikit goyang terutama mengambil selekoh.
Dari segi penggunaan bahan api, penulis merasakan Pulsar NS200 agak jimat bagi tunggang secara solo namun ia bergantung kepada corak tunggangan dan bebanan.
KURANG SELESA
Pulsar NS200 yang ringan menjadikannya sesuai untuk tunggangan dalam bandar dan membelah kesesakan lalu lintas. Mudah dikendalikan dengan kuasa pecutan ketara antara kelebihan utama jentera dua roda ini.
Bagaimanapun penulis kurang selesa dengan kedudukan cermin pandang sisi yang terlalu rapat dengan pemulas selain agak pendek memberikan sedikit kesukaran ketika ingin menambah kelajuan mahupun melihat ke belakang.
Dilengkapi brek cakera hadapan 280 mm dan 230 mm dibahagian belakang memberi keyakinan ketara buat penulis untuk berhenti dari melanggar kenderaan yang secara tiba-tiba keluar persimpanan mahu pun menukar lorong.
Satu lagi kelebihan bagi penulis ialah Pulsar NS200 ini memiliki penghadang enjin dikedua belah bahagian untuk mengelakkan enjin mengalami kerosakan ketara apabila terjatuh selain tongkat tengah yang jarang-jarang ada bagi jentera dua roda 200cc seumpama ini.
JADI REBUTAN
Pulsar NS200 tampil lebih menarik, model yang dipasang tempatan itu dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang dari jenis LED, saiz tangki dengan kapasiti 12 liter namun tidak didatangkan dengan ciri ABS.
Melihat kepada harga yang ditawarkan iaitu RM9,222 (termasuk GST) pastinya ia mampu bersaing dengan jenama lain yang telah lama berada dalam pasaran.
Dalam dunia pekerjaan moden, ramai lelaki memilih kerjaya sebagai pemandu e-hailing kerana fleksibiliti dan peluang menjana pendapatan tanpa terikat dengan jadual tetap.
Bagi mereka yang mencari kebebasan dalam menguruskan masa dan kehidupan, e-hailing menawarkan pilihan yang menarik.
Walaupun kerjaya ini nampak mudah, hakikatnya ia penuh dengan cabaran seperti persaingan tinggi, kos penyelenggaraan kenderaan dan kepuasan pelanggan yang perlu dijaga.
Tambahan pula, pendapatan pemandu e-hailing bergantung kepada jumlah perjalanan yang diselesaikan.
Ada yang menjadikan pekerjaan ini sebagai sumber pendapatan utama, manakala yang lain menganggapnya sebagai pendapatan sampingan untuk menampung keperluan hidup.
Dengan peningkatan kos sara hidup, semakin ramai lelaki melihat e-hailing sebagai satu pilihan kerjaya yang relevan dan fleksibel.
Pemandu lelaki sering berhadapan dengan tekanan mendapatkan penumpang dalam pasaran yang semakin kompetitif.
Selain itu, mereka perlu memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang serta menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan polisi syarikat e-hailing.
Walaupun cabaran ini wujud, kebanyakan pemandu tetap memilih industri ini kerana peluang menjana pendapatan yang menarik dan kemudahan bekerja mengikut jadual sendiri.
Keletihan dan risiko keselamatan menjadi cabaran utama, namun kebanyakan pemandu tetap meneruskan kerjaya ini kerana fleksibiliti yang ditawarkan.
Bolt, platform e-hailing yang berkembang pesat di Malaysia, menawarkan kadar komisen serendah 15%, lebih rendah berbanding kadar industri biasa 20%.
Ini memberi peluang kepada pemandu untuk menyimpan lebih banyak pendapatan.
Selain itu, Bolt membolehkan pemandu memilih perjalanan secara manual, memberi kawalan penuh terhadap tempahan yang diterima.
Untuk membantu pemandu baharu, Bolt turut menawarkan bonus aktivasi sebanyak RM200 kepada mereka yang berjaya menyelesaikan 30 perjalanan dalam tempoh 60 hari.
Insentif ini sedikit sebanyak membantu menampung kos pelesenan PSV, yang merupakan keperluan bagi pemandu e-hailing di Malaysia.
Tambahan pula, Bolt sering menjalankan kempen ganjaran harian bagi memastikan pemandu dapat memperoleh pendapatan secara konsisten.
Bolt juga memperkenalkan Bolt Executive, kategori perjalanan premium yang menggunakan kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire dan Toyota Alphard.
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman penumpang tetapi juga membuka peluang pendapatan lebih tinggi bagi pemandu yang layak.
Dengan adanya inisiatif seperti ini, Bolt terus menjadi pilihan pemandu yang mencari platform e-hailing yang lebih adil dan menguntungkan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.