
Dua hari lepas industri sukan tanah air terutamanya bola sepak mendapat perkhabaran sedih iaitu dengan pemergian serta kehilangan Legenda Bola Sepak Malaysia Era 60-an dan 70-an Datuk M. Chandran.
Memetik laporan Astro Awani, mendiang disahkan meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik di rumahnya di Ampang Jaya. Beliau meninggalkan seorang isteri Datin A. Pushpalatha dan dua anak lelaki yang masing-masing berusia 36 dan 38 tahun.
Antara yang paling terkesan dengan pemergian mendiang Datuk M. Chandran adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut Berita Harian, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa Chandran adalah inspirasi kepada semua rakyat Malaysia dengan semangat dan dedikasinya terhadap bola sepak ketika mengetuai pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972.
BACA: 3 Insiden Terburuk Pertemuan Malaysia & Indonesia Dalam Sukan Bola Sepak
Selain itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Negeri & Kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun turut menyatakan rasa sedih di atas pemergian mendiang M. Chandran yang juga bekas presiden persatuan itu.
“Beliau adalah contoh terbaik sebagai pemain & pentadbir. Beliau mengetuai persatuan itu dengan cemerlang sebagai Presiden dan saya rasa amat sukar untuk memenuhinya apabila mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2014,” katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Astro Awani & Berita Harian
Kredit gambar: Astro Awani & Stadium Astro
Kerjasama sooka Bersama Pelbagai Jenama TV Pintar Untuk Pengalaman Tontonan Terbaik

Platform penstriman kini boleh dikatakan hampir mengambil alih trend bagaimana pengguna menonton kandungan yang ditawarkan. Suatu ketika dahulu kita hanya menunggu waktu siaran di televisyen namun kini, ia boleh ditonton di mana sahaja dan bila-bila masa!
Sebagai salah satu aplikasi penstriman popular masa kini, sooka mengumumkan pelancaran pelan VIP TV terbarunya. Lebih menarik ia turut bekerjasama dengan jenama-jenama Smart TV seperti Samsung, LG, Sharp dan Sony.
Menerusi pelan VIP TV ini, pengguna berpeluang menikmati kandungan premium sooka. Ini terutamanya kandungan sukan secara langsung sama ada tempatan dan antarabangsa. Malah, kandungan Original sooka tersendiri ditawarkan dengan pelbagai kandungan menarik.
Ketua OTT sooka, Andy Paterson,berkata, “sooka diperkenalkan ketika pengguna lebih cenderung ke arah gaya hidup yang mengutamakan penggunaan telefon mudah alih dan pengalaman menikmati kandungan dalam talian.
“Kami percaya bahawa penonton kami menghargai sepenuhnya pengalaman menstrim kandungan premium kami dari peranti mudah alih mereka, dan kini kami ingin melanjutkan pengalaman menonton tersebut kepada skrin yang lebih besar, seterusnya membawa kepada pelancaran sooka VIP TV,” jelasnya lagi.
PERKONGSIAN STRATEGIK
Kerjasama sooka bersama jenama TV pintar dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam memberikan kandungan berkualiti kepada pengguna. Rakan kongsi mereka terdiri daripada jenama Samsung, LG, Sharp dan Sony. Malah pada awal tahun ini, sooka memulakan perjalanan skrin besar ini dengan memulakan perjanjian kerjasama dengan Sharp dan Sony, diikuti dengan Samsung dan LG.
“Kerjasama Samsung dan sooka telah membenarkan kami untuk berhubung dengan lebih ramai pengguna millenial Malaysia, mempamerkan penggunaan Smart Hub untuk pengalaman penggunaan yang lancar, serta menawarkan pengalaman menonton yang lebih mengasyikkan.
“Kami mengucapkan tahniah kepada sooka atas perkembangannya ke skrin besar dan semoga mendapat kejayaan dalam memperkenalkan lebih banyak kandungan tempatan kepada penonton kami,” kata Ketua Pegawai Pemasaran di Samsung Malaysia, Elaine Soh,.
Manakala Pengurus Besar Pemasaran di LG Electronics, Yong Hung Teo pula berkata, “Kami berharap melalui teknologi LG dalam menyampaikan kualiti gambar yang menakjubkan, pelanggan sooka akan dapat menambahbaik pengalaman menonton mereka di skrin besar. Kami sangat berbesar hati dengan kerjasama bersama sooka dan akan teruskan menyokong kolaborasi strategik ini untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan kami.”
Bermula 16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022, pelanggan baru yang melanggan VIP TV dapat menikmati promosi ‘Beli 1 bulan, PERCUMA 1 bulan’ untuk semua pembelian di laman web sooka.my, di mana pelanggan akan menerima langganan bulan kedua secara percuma.
Pelanggan boleh melayari laman langganan sooka di aplikasi mudah alih atau laman web rasmi untuk melanggan pelan VIP TV, dan muat turun aplikasi sooka di stor aplikasi Smart TV rakan kongsi yang disebut untuk menikmati pengalaman menonton di skrin besar. Seperti pelan mudah alih VIP+Sports dan VIP Entertainment yang sedia ada, VIP TV adalah bebas kontrak dan bebas komitmen jangka panjang.
Lelaki Yang Pandai Masak Lebih Seksi Dan Menawan? Kenapa?

Lelaki biasanya diukur dengan kegagahannya, yang melakukan pekerjaan yang ternyata lebih keras jika ingin dibandingkan dengan wanita, kerana seorang lelaki dilahirkan untuk menjadi tulang belakang keluarga. Dan lelaki yang rajin bersenam pada dasarnya mendapatkan postur tubuh yang ideal hingga terlihat seksi yang membuat para wanita tak mampu untuk memalingkan pandangannya.
DAN YANG LEBIH MENARIK, TAHUKAH KAWAN-KAWAN BAHAWA LELAKI YANG PANDAI MEMASAK TERNYATA LEBIH SEKSI BERBANDING MEREKA YANG TIDAK? HAL INI TELAH DIUNGKAPKAN OLEH PAKAR SEKS SEPERTI YANG DIPETIK DARI LAMAN THE STIR CAFEMOM.
Seorang lelaki yang mempersiapkan makanan untuk ditunjukkan pada seorang wanita menandakan bahawa dia tahu bagaimana untuk menunjukkan kemampuannya. Dia juga menunjukkan pada pasangannya bahawa dia mampu untuk memberikan perhatian yang lebih.
“TAMBAHAN PULA, JIKA LELAKI ITU MENUNJUKKAN KESABARANNYA SAAT MENGHIRIS MAKANAN DALAM BENTUK DADU, IA BOLEH MENANDAKAN BAHAWA DIA MERUPAKAN JENIS LELAKI YANG MAMPU UNTUK MEMBAHAGIAKAN PASANGANNYA TERUTAMANYA APABILA BERADA DI RANJANG,” KATA SALAH SEORANG PAKAR SEKS.
Seorang lelaki yang menginginkan untuk menyiapkan makan malam juga menandakan bahawa dia mampu untuk membangunkan kehidupan seks yang jauh lebih baik. Selain itu, kemungkinan apabila kita inginkan untuk berhubungan seks secara segera, lelaki itu mungkin mempunyai cara tersendiri dan lebih bersedia untuk melakukannya.
Hal lainnya, lelaki yang rela memasak untuk pasangan menunjukkan bahawa dia memiliki inisiatif yang secara tidak langsung menunjukkan dia lebih berdikari. Dia mampu untuk menyelesaikan urusan dapur, dan tidak berfikir bahawa memasak semuanya adalah pekerjaan perempuan.
Oleh itu harus dijaga baik-baik lelaki macam ini. Sememangnya jenis lelaki edisi terhad yang anda tidak akan jumpa di mana-mana. Lelaki jenis ini amat rendah egonya dan mudah untuk bertolak –ansur dalam segala hal yang berkaitan dengan rumahtangga.
Mereka bukan sahaja rajin membantu isteri mereka di dapur nanti malah mereka juga lelaki yang boleh diharapkan ketika isteri mereka sedang berpantang. Seeloknya sikap seperti ini dipunyai oleh kebanyakan lelaki, yalah kalau anda asyik mengharapkan isteri apabila anda menduda nanti takkan asyik harap nak kahwin lain untuk makan minum anda lebih terjaga.
Nah sekarang sudah kita ketahui untuk lelaki yang pandai memasak mereka lebih mudah menarik perhatian wanita apatah lagi jika lelaki yang pandai memasak ini juga turut rajin bersenam, sudah tentu ramai wanita akan berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian mereka ini.
sumber: lelakisihat.com
‘Transformers: Rise of The Beast’ Janjikan Kelainan Dari Versi Sebelumnya

Bermula sebagai seleksi siri mainan kemudian beralih kepada animasi televisyen, Transformers kini telah berkembang menjadi sebuah francais yang cukup luar biasa besarnya.
Apatah lagi dengan deretan filem garapan pengarah Michael Bay yang mencatatkan jumlah jutipan Box-Office di seluruh dunia dari tahun 2007 hingga 2017.
Selepas sedekad lamanya jenama dari francais ini diberi nafas baharu dengan dimulakan menerusi filem ‘Bumblebee’ pada tahun 2018. Dan pada tahun ini, nafas baharu tersebut diteruskan dalam ‘Transformers: Rise of the Beast’.
Sebelum bercerita lanjut tentang filem terbaru tersebut, MASKULIN tertarik untuk membicarakan serba sedikit tentang mengapa jenama ‘Transformers’ ini cukup dekat di hati penonton terutamanya golongan lelaki.
Sejak kewujudannya pada era 1980-an, Transformers telah berjaya mengumpul penggemarnya tersendiri. Ini terutamanya di kalangan peminat aksi figura dan juga animasinya yang dianggap cukup ‘evergreen’.
Disebabkan itulah apabila muncul filem aksi ‘Transformers’ pada tahun 2007 ia menjadi satu fenomena yang cukup dahsyat.

Siri ‘Transformers’ rata-ratanya menyampaikan cerita yang menarik yang bermain dengan aksi, petualangan, dan kekuatan persahabatan. Kewujudan konflik antara Autobots dan Decepticons, serta perjalanan watak utama dalam menjaga bumi daripada ancaman juga menjadi tunjang utama menarik minat penonton.
Bagaimana pula dengan filem terbaru mereka yang kini mendapat sentuhan dari pengarah Steven Caple Jr. yang pernah mengarah filem hebat seperti ‘Creed II’ dan ‘The Land”?
Sinopsisnya berkisar pada kejadian yang mula berlaku pada tahun 1994. Seorang pakar elektronik yang juga bekas tentera, Noah dan Elena, seorang penyelidik artifak, terperangkap dalam konflik tiga hala antara tiga puak daripada Transformers iaitu Maximals, Predacons dan Terrorcons.
Ini kerana penglibatan mereka membantu Optimus Prime dan Autobots dalam peperangan untuk melindungi Bumi daripada kedatangan kegelapan yang akan datang iaitu Unicron.
Menerusi trailer terbaru ‘Transformers: Rise of the Beasts’, kita dapat saksikan bagaimana visi pengarah Steven Caple Jr untuk francais ini jauh berbeza daripada Michael Bay.
Kita juga dapat menyaksikan beberapa perubahan besar yang akan datang dalam pengembaraan Transformers baharu. Ini termasuklah pengenalan puak Transformers baharu, serta tumpuan filem itu pada penggambaran di lokasi baharu.
Selain itu, Steven Caple Jr. juga dilihat memberikan penekanan khusus kepada aspek manusia dalam menerusi filem ini dengan dua bintang utamanya Anthony Ramos dan Dominique Fishback memuji pendekatan unik pengarah itu.
Selain kemunculan karakter-karakter biasa kita lihat seperti Optimus Prime dan Bumblebee, filem terbaru ini juga menampilkan karakter Autobots seperti Wheeljack, Mirage, Arcee da Stratosphere.
Manakala dari puak Maximal pula menampilkan Optimus Primal, Airazor, Rhinox dan Cheetor. Dari puak Terrorcons pula menyerlahkan Scourge, Battletrap, Nightbird dan Transit.
‘Transformers: Rise of the Beast’ akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula pada 8 Jun 2023.
Buat anda yang ingin menonton filem ini bersama MASKULIN untuk tayangan lebih awal atau tayangan premier, jangan lupa ikuti peraduan MASKULIN x TRANSFORMERS.
Jawab soalan mudah ini di Facebook MASKULIN!
- Namakan tiga watak dari puak Maximal
- Siapakah pengarah ‘Transformers: Rise of the Beast’?
- Bila filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia?
- Follow IG Maskulin & TikTok MASKULIN
Tarikh tutup: 4 Jun 2023