Gaya Hidup

Dianggap Sebagai MVP Bola Sepak Malaysia, Kehilangan Datuk M. Chandran Dirasai

Share

Dua hari lepas industri sukan tanah air terutamanya bola sepak mendapat perkhabaran sedih iaitu dengan pemergian serta kehilangan Legenda Bola Sepak Malaysia Era 60-an dan 70-an Datuk M. Chandran.

Memetik laporan Astro Awani, mendiang disahkan meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik di rumahnya di Ampang Jaya. Beliau meninggalkan seorang isteri Datin A. Pushpalatha dan dua anak lelaki yang masing-masing berusia 36 dan 38 tahun.

Antara yang paling terkesan dengan pemergian mendiang Datuk M. Chandran adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut Berita Harian, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa Chandran adalah inspirasi kepada semua rakyat Malaysia dengan semangat dan dedikasinya terhadap bola sepak ketika mengetuai pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972.

BACA: 3 Insiden Terburuk Pertemuan Malaysia & Indonesia Dalam Sukan Bola Sepak

Selain itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Negeri & Kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun turut menyatakan rasa sedih di atas pemergian mendiang M. Chandran yang juga bekas presiden persatuan itu.

“Beliau adalah contoh terbaik sebagai pemain & pentadbir. Beliau mengetuai persatuan itu dengan cemerlang sebagai Presiden dan saya rasa amat sukar untuk memenuhinya apabila mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2014,” katanya kepada Berita Harian

.

Sumber: Astro Awani & Berita Harian

Kredit gambar: Astro Awani & Stadium Astro

IKLAN