
Kita cukup beruntung kerana sekarang adalah zaman emas pelbagai content yang ditawarkan menerusi servis penstriman. Malah tidak keterlaluan dikatakan penurunan trend menonton televisyen banyak dipengaruhi oleh pelbagai servis penstriman yang ada sekarang.
Terbaru Disney+ turut diperkenalkan oleh The Walt Disney Company untuk sama-sama bersaing memberikan pelbagai content terbaik.
Menurut laporan, aplikasi mobil Disney+ telah berjaya mencatatkan sebanyak 3.2 juta jumlah muat turun pada hari pertama ia dilancarkan. Walaupun berdepan sedikit masalah sambungan pada pelancarannya, ia masih berjaya mencatat jumlah memberangsangkan.
Jelas Apptopia, firman kaji selidik dari Amerika Starikat sebanyak 89% jumlah muat turun dilakukan oleh pengguna di negara tersebut dengan 9% di Kanada dan 2% di Belanda. Ketiga-tiga negara ini merupakan yang pertama mendapat servis Disney Plus.
Walaupun begitu, Disney+ turut boleh didapati di pelbagai platform lain seperti Xbox dan PlayStation.
Ini merupakan satu kejayaan awal yang telah dijangka oleh ramai pihak kerana Disney+ kandungannya yang cukup hebat dan mempunyai judul-judul cukup dikenali.
Sebagai contoh siri flagship mereka yang dilancarkan sebuah siri spin-off Star Wars berjudul ‘The Mandalorian’ telah mendapat sambutan sangat hebat. Malah pelbagai judul juga telah trending di laman media sosial dan diperkatakan ramai.
Pamer Tanda Solidariti Kepada NZ, Bangunan Ikonik Dunia Turut ‘Berkabung’

Keganasan yang melanda Christchurch, New Zealand minggu lalu sehingga mengorbankan puluhan nyawa umat Islam masih belum reda diperkatakan.
Saban hari, ada sahaja gambar-gambar menyentuh hati dikongsikan netizen tanda solidariti masyarakat dunia yang mengecam tindakan pengganas tersebut.
Bangunan ikonik ‘berkabung’
Selain ada anggota masyarakat yang mengiringkan bacaan doa dan memberi bunga tanda simpati, beberapa bangunan ikonik dunia turut diihat tidak melepaskan peluang bergelap.
Tujuannya, sebagai tanda simpati dan ‘berkabung’ mengingatkan kembali peristiwa tragis demikian yang sangat menyayat hati.
1. Sydney Opera House, Australia
Dalam kegelapan itu, ada warna perak menghiasi dinding malam bangunan yang cukup popular ini. Menariknya, logo rasmi ‘The Silver Fern of New Zealand’ turut tersergam sebagai tanda sokongan negara itu.
2. Menara Eiffel, Perancis
Sebagai tanda simpati kepada 49 mangsa yang terkorban dalam serangan di masjid Christchurch, mercu tanda paling popular dunia, Menara Eiffel turut bergelap. Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berkata, “Sekali lagi, kebencian berlaku terhadap wanita, lelaki dan kanak-kanak kerana mereka Muslim.”
3. Bangunan Empire State, New York
Bangunan pencakar langit, Empire State Building bertempat di Midtown Manhattan, New York juga kelihatan bergelap tanpa cahaya sebagai tanda hormat dan sokongan kepada tragedi yang berlaku. Menerusi akaun Twitter rasminya, pihak pengurusan bangunan itu turut meninggalkan mesej, “Our tower lights will remain dark this evening in sympathy for the victims of the shooting in Christchurch, New Zealand”.
Lelaki Tak Handsome Selalu Dapat Kekasih Cantik, Kerana Mereka Setia & Lelaki Sejati

Mungkin klise bila kami perbincangkan mengenai perkara ini, mesti ada yang cakap, ala biasalah jodoh tuhan yang tentukan.
Ok lah malas nak cakap banyak, ini di antara mengapa lelaki tak handsome selalu dapat girlfriend yang cun!
Kalau tak percaya pergi tengok kawan korang yang tak handsome tu, mesti diorang ada ciri-ciri ini.
#1: POKET TEBAL, SENANG BELIKAN AWEK BARANG-BARANG MAHAL!
Walaupun diri anda tidak berapa sempurna di mata rakan-rakan, dicemuh para masyarakat kerana raut wajah persis pintu, usah risau sekiranya anda memiliki wang ringgit yang mega mewah. Inilah masanya untuk anda membuktikan wajah tidak membawa erti, duit berkuasa mengubah segalanya. Tak ramai wanita yang akan menolak cinta anda. Trust me, kau taburlah beg Chanel, Gucci mesti diorang kata andalah lelaki paling hot pernah dia jumpa!
#2: KAU ADALAH LELAKI PALING LUCU DI DUNIA!
Perempuan ni kadang-kadang pelik, kau cuba la borak, layan sikit dengan lawak bodoh pun diorang boleh sangkut, tapi tak ramai la camni, mungkin 40% je la suka lelaki lawak. Melainkan kau seorang lawak dan kaya mereka akan lebih tertarik. Ok anda lawak? Apa lagi tunjukkan skil anda!
#3: MULUT MANIS MACAM GULA
Kau cakap diorang lawa, puji setiap apa yang diorang pakai, mesti lama-lama akan sangkut, yela perempuan ni cepat perasan walaupun kau tak la berupa mana, asalkan pandai berkata-kata, manis ayat, kaulah putera idaman dia.#4: TAK HANDSOME NI KEBANYAKANNYA LELAKI SEJATI
Sekarang adalah zaman paling sukar untuk wanita mendapatkan pasangan hidup, yelah yang handsome, sado ni asyik jadi geng kunyit je, so perempuan akan memilih wajah-wajah pecah rumah sebagai pasangan hidup. Biar tak kacak, asalkan tulen banggg.
#5: KAU HANYA UNTUK DIA, SEBAB TAK ADA ORANG PUN NAK KAU SELAIN DIA
Faham la konsep tu kan, kau hanyalah untuk dia. Dia rasa selamat bila kau memilih dia, lagipun orang lain tengok ko sebelah mata, dia je tengok kau dengan dua mata dan hati. Oitshh
5 Tip Pilih Kasut Larian Bagi Jenis Rutin Harian, Latihan Kepantasan & Perlumbaan

Tidak dinafikan di pasaran sekarang terdapat cukup banyak pilihan kasut larian yang ditawarkan oleh pelbagai jenama yang datang dari seluruh dunia. Rata-rata kasut larian yang ditawarkan pastinya hadir dengan teknologi mereka tersendiri.
Di antara teknologi yang cukup kompetitif di antara jenama-jenama sukan ialah usaha mereka memperkenalkan tapak kasut atau outsole yang mampu memberikan responsif yang baik serta memberikan keselesaan ketika melakukan larian.
Kasut larian juga sebenarnya terdapat beberapa jenis mengikut kategori jenis larian berbeza. Sama ada anda ingin berlari melakukan latihan rutin harian, persediaan berdepan perlumbaan atau bagi menghadapai perlumbaan lebih serius.
Pemilihan kasut larian baik bukan sahaja membantu anda mencatatkan masa peribadi yang lebih baik bahkan mampu mengelakkan berlakunya kecederaan yang tidak patut. Berikut MASKULIN kongsikan 5 tip mudah untuk memilih kasut larian yang sesuai buat anda.
Kenali Jenis Kaki Anda
Pertama sekali perkara paling penting ialah anda perlu tahu jenis bentuk kaki anda. Terdapat tiga jenis bentuk utama iaitu kaki datar, kaki normal dan kaki berbusur tinggi. Setiap jenis memerlukan sokongan yang berbeza, jadi pastikan kasut yang anda pilih sesuai dengan jenis kaki anda.
Ukuran Tepat
Pastikan anda memilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki anda. Ukur kaki anda dengan teliti dan gunakan ukuran yang tepat untuk mengelakkan sebarang masalah seperti lecet atau jari kaki terjepit semasa berlari.
Kesesuaian Bentuk Kaki
Selain ukuran, pertimbangkan bentuk kaki anda. Beberapa kasut mempunyai bentuk yang lebih sesuai untuk kaki lebar atau kaki sempit. Pilih kasut yang memberikan ruang yang cukup untuk jari-jari kaki anda dan tidak terlalu ketat atau longgar.
Jenis Permukaan Larian
Fikirkan jenis permukaan yang biasanya anda lari. Terdapat kasut yang direka khas untuk larian di jalan raya, trek, atau larian salji. Pastikan anda memilih kasut yang sesuai untuk permukaan larian yang anda pilih.

Keselesaan & Sokongan
Kasut lari yang baik haruslah selesa dan memberikan sokongan yang mencukupi kepada kaki anda. Cuba kasut tersebut sebelum membelinya dan perhatikan selesa atau tidaknya semasa berjalan atau berlari di kedai. Pastikan kasut tersebut memberikan sokongan yang mencukupi kepada lengkungan kaki anda.
Salah satu jenama yang menawarkan kepelbagaian jenis kasut larian yang terbukti mampu membantu kualiti larian ramai atlet seluruh dunia ialah New Balance. Jenama ini mempunyai teknologi midsole atau tapak kasut dikenali sebagai FuelCell.
FuelCell merupakan ialah busa yang diselitkan dengan nitrogen yang mendorong atlet keluar dari platform kusyen dengan cepat dan memberikan prestasi yang tahan lama. Atau secara ringkasnya ia merupakan teknologi yang mampu menawarkan pulangan tenaga yang baik ketika kita melakukan larian menggunakan kasut dilengkapi FuelCell.
Berikut tiga jenis kasut larian New Balance FuelCell yang bagi MASKULIN sesuai mengikut tiga jenis larian berbeza.
New Balance FuelCell Propel v4
LARIAN KASUAL HARIAN
Melakukan larian kasual atau santai memerlukan sokongan underfoot yang baik. FueCell Propel v4 menawarkan teknologi inovatif dilengkapi FuelCell dan disokong oleh plat TPU untuk kestabilan yang baik. Kasut larian ini direka untuk memaksimakan keselesaan dan daya tarikan untuk membantu anda terus bergerak pada kelajuan tertinggi.
Boleh dapatkannya di sini: https://invol.co/clifce7
New Balance FuelCell Rebel v3
LATIHAN UJI KEPANTASAN
Buat anda yang ingin menguji ketahanan serta kelajuan terbaik ketika melakukan larian. FuelCell Rebel v3 boleh menjadi jawapan terbaik untuk anda.
Menggabungkan elemen kepantasan dan kusyen yang luar biasa, ia turut menawarkan lantunan yang baik bagi memberikan kepantasan larian. Selain itu ia juga cukup ringan dan dibina dengan struktur skongan menyeluruh ketika memecut.
Boleh dapatkannya di sini: https://invol.co/clifcde
New Balance SuperComp Elite v3
LARIAN KOMPETITF
Kasut larian buat mereka yang ingin meningkatkan tahap kompetitif larian ke peringkat seterusnya! FuelCell SuperComp Elite v3 direkan dengan dua fokus utama iaitu memastikan pulangan tenaga efisien terbaik dan juga menggunakan bahan ringan.
Pulangan tenaga yang bersifat dinamik dengan sistem Energy Arc berserta upper yang ‘mudah bernafas dan rekaan lidah built-in – inilah kasut larian untuk perlumbaan sebenar.
Boleh dapatkannya di sini: https://invol.co/clifcf2
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini memberikan manfaat dan dapat membantu anda melakukan larian dengan lebih mantap. Jangan lupa subscribe dan follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.