
Almari pakaian jenis sliding ini bila lama digunakan, biasanya akan mengalami masalah pada pintu. Pintu sliding akan terkeluar dari landasan bila ditolak.
Jika berdepan masalah ini tak perlu upah tukang untuk baiki atau beli almari baru. Kita boleh betulkan sendiri kerana apa yang diperlu dilakukan cuma mengganti satu alat saja iaitu roller atau roda.
Sebagai panduan, perkongsian Basyeer Hulala boleh dijadikan rujukan.
DIY baiki sliding door almari baju
Untuk sesiapa yang ada masalah sliding door almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh DIY tukar anti jump roller macam ni.
Roller V2 adalah yang asal, tiada besi memanjang terjuntai yang berfungsi sebagai anti jump. Fungsinya akan jadi macam spring, kita boleh tolak masuk roller ke dalam.
Roller ini boleh beli di Shopee. Klik SINI untuk beli roller.
Kalau sliding door memang macam dalam gambar pertama, cuma beli roller set saja, yang lain tak perlu. Untuk stopper nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail.
Semoga bermanfaat
Sumber: Basyeer Hulala
Anda Mungkin Ada Masalah GERD Kalau Alami Batuk Berpanjangan Walaupun Dah Makan Ubat!

Batuk merupakan satu penyakit yang biasa. Namun jika anda alami batuk berpanjangan melebihi dua minggu walaupun sudah makan ubat, itu mungkin petanda anda hidapi masalah GERD.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).
GERD boleh menyebabkan kerisauan, kemurungan dan berupaya mengganggu produktiviti serta tidur seterusnya menjejaskan kehidupan harian. Masalah GERD ini akan beransur menjadi teruk sekiranya ia tidak dirawat.
Infografik makanan yang boleh mencetuskan masalah GERD perkongsian KKM:
1. Kopi
2, Buah dan jus buah sitrus (limau)
3. Tomato
4, Bawang merah
5. Pudina
6. Makanan pedas
7. Minuman berkarbonat
8. Makanan bergoreng
Menerusi perkongsian laman Facebook The Diagnosa – Original, selain masalah GERD, batuk berpanjangan juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara lain antaranya penyakit tibi, asma, kanser paru-paru ataupun persekitaran di sesuatu kawasan yang berhabuk, dikelilingi kawasan pembinaan, rumah yang mempunyai banyak kulat dan sebagainya.
Oleh itu, jangan mengambil mudah dengan sesuatu perkara yang berlaku kepada diri anda di luar kebiasaan. Dapatkan nasihat doktor untuk anda melakukan rawatan selanjutnya.
Batuk melebihi 2 minggu & sudah makan antibiotik
Seorang pesakit datang ke klinik disebabkan batuk melebihi 2 minggu.
Pesakit menyatakan bahawa dia telah mengambil ubat batuk di farmasi, tetapi batuk tersebut masih berlaku dan ia menganggu kerja. Dia mengatakan ketika batuk dalam mesyuarat, dia perlu keluar daripada bilik mesyuarat untuk batuk terlebih dahulu bagi melegakan tekaknya yang gatal.
Jadi seperti biasa, pesakit akan menjalani pemeriksaan untuk penyakit Tibi yang melibatkan ujian darah, X-ray, Ujian kahak dan juga Ujian mantoux.
Pada hari tersebut, pesakit telah menjalani ujian darah, x-ray dan juga ujian mantoux.
Keputusan darahnya kelihatan normal. Tiada jangkitan bakteria yang kelihatan daripada keputusan tersebut
Manakala x-ray pun sama. Tiada tanda-tanda terdapat jangkitan kuman daripada x-ray
Ujian mantoux pula dilakukan dengan cara menyuntik satu bahan kepada lengan pesakit. Bahan tersebut mengandungi antigen yang seolah-olah sama seperti kuman Tibi. Setelah daripada 3 hari, kawasan suntikan tersebut perlu diukur untuk menentukan ia positif ataupun tidak. Ukuran yang lebih daripada 10mm menunjukkan ujian tersebut positif.
Kemudian ujian kahak pula perlu dilakukan bermula pada esok harinya dan pesakit perlu menghantar kahak 3 hari berturut-turut.
Pesakit selalunya akan diberi temujanji selama 2 minggu untuk mengetahui keputusan kahak tersebut.
2 minggu kemudian pesakit datang semula untuk mengetahui semua keputusan ujian yang telah dilakukan. Keputusan ujian mantoux nya adalah negatif dengan bacaan 0mm dan ketiga-tiga kahak tersebut tidak mempunyai sebarang kuman Tibi.
Di samping itu, pesakit juga telah mendapatkan antibiotik daripada klinik swasta disebabkan batuk tersebut masih teruk.
Tetapi setelah menghabiskan antibiotik tersebut, batuk masih berlaku dan simptom tidak berkurang langsung.
Jadi saya menerangkan kepada pesakit yang batuk lama ini selalunya mempunyai beberapa punca iaitu:
1. Penyakit Tibi
2. Gastro-esophageal reflux disease
3. Asma
4. Kanser paru-paru
5. Persekitaran – kawasan rumah yang berhabuk, dikelilingi kawasan pembinaan, rumah yang mempunyai banyak kulat dsb.
Penyakit Tibi telah disahkan tiada daripada ujian kahak, x-ray dan mantoux test sebelum ini.
Pesakit ini tidak mempunyai kanser paru-paru disebabkan x-raynya yang normal.
Pesakit juga mengatakan persekitaran rumahnya bersih
Manakala, dalam keluarganya tiada sejarah yang mempunyai masalah asma.
Jadi saya tanya soalan yang lebih spesifik iaitu selalunya dia batuk teruk waktu bila.
Pesakit menyatakan bahawa dia akan batuk teruk bila dalam keadaan baring. Baring je dia akan batuk. Bahkan jika terlalu teruk, dia akan batuk sampai muntah, kemudian barulah dia boleh tidur dengan selesa.
Pada waktu bangin pagi pula pesakit selalunya mempunyai rasa masam pada bahagian tekak. Seperti ada asid yang naik daripada perut kebahagian tekaknya.
Setelah makan pula, pesakit akan selalu sendawa seolah-olah perutnya penuh dengan angin.
Semua simptom yang diberitahu ini adalah merujuk kepada masalah Gastro-esophageal reflux disease atau dalam bahasa mudahnya asid refluks.
Keadaan ini berlaku disebabkan makanan di dalam perut refluks ataupun naik semula daripada perut ke dalam saluran esofagus hingga ke bahagian tekak. Asid ini akan menyebabkan berlakunya iritasi pada bahagian tekak.
Tekak akan menjadi lebih sensitif ketika mana terdedah dengan habuk menyebabkan pesakit selalu batuk disebabkan tekak yang gatal.
Pesakit seperti ini selalunya akan diberikan ubat seperti ubat gastrik dengan tujuan untuk mengurangkan asid di dalam perutnya. Jika makanan itu naik ke atas sekalipun, selalunya ia tidak akan menyebabkan tekak itu menjadi gatal.
Selain itu, pesakit juga diminta untuk:
1. Mengurangkan makanan pedas
2. Mengurangkan makanan berminyak
3. Menurunkan berat badan(bagi yang obes)
4. Tidak mengambil makanan yang banyak pada satu-satu masa
Setelah 2 minggu pesakit datang semula dan kesemua simptom batuk tersebut hilang dengan sendirinya.
Kesimpulannya
Jika anda mengalami batuk yang lama, anda perlu membuat penyiasatan terlebih dahulu untuk mengetahui punca-puncanya. Selalunya doktor akan membuat ujian penyakit tibi terlebih dahulu.
Kemudian, jika tidak sembuh juga, perhatikan simptom-simptom lain terutamanya GERD kerana ia menjadi salah satu punca utama batuk yang berpanjangan.
Ketahui 6 Perbezaan Panadol Ini. Kalau Nak Lega Cepat, Pastikan Makan Panadol Yang Betul!

Selalunya bila demam atau sakit kepala, kita akan makan panadol untuk melegakan kesakitan. Selain mudah dibeli di kebanyakan kedai atau farmasi, panadol juga tersedia dalam pelbagai jenis.
Saat membeli panadol, tentu ada perasan ada banyak jenis panadol yang dijual. Ini kadang-kala membuatkan anda keliru mana satu panadol yang sepatutnya anda beli untuk melegakan kesakitan.
Namun jika takut tersalah membeli panadol yang mungkin tidak memberi kesan kepada kesakitan anda, apa kata anda baca perkongsian enam jenis perbezaan menurut ahli farmasi Zaith Pharmacy ini.
Semoga penerangan ini akan memberi panduan kepada anda untuk memilih panadol yang sesuai dengan kesakitan yang anda alami.
“Bang, apa beza panadol ni dengan yg tu?”
Haa… jawab. Semua ada paracetamol (PCM), kenapa namanya lain-lain?
1. PANADOL ACTIFAST
- Terkenal, tetapi ramai tidak tahu kenapa ianya lebih pantas berkesan berbanding yang biasa.
- Ianya menggunakan sodium sebagai salah satu exipient untuk meningkatkan pergerakan paracetamol dari perut ke usus kecil (bahagian utama PCM akan diserap).
- Jadi, bila lagi cepat PCM dapat tiba di usus kecil, lebih cepat ianya dapat diserap dan mencapai paras terapeutik yang diperlukan.
- Harus diingat, untuk mencapai kecepatan tersebut, ianya memerlukan dua kaplet diambil serentak untuk mendapatkan jumlah sodium yang cukup. Kalau ambil satu kaplet sahaja, keberkesanannya tidak jauh beza dengan ambil yang regular.
- Setiap kaplet mengandungi 173mg sodium. So, hati-hati bagi yang mempunyai masalah darah tinggi ya.
2. PANADOL OPTIZORB
- Ini formulasi baru. Ramai tanya, apa beza dengan Actifast kalau dua-dua pantas keberkesanannya?
- Perbezaannya adalah, formulasi optizorb menggunakan kalsium karbonat dan asid alginik yang akan menguraikan kaplet ini dengan cepat. Maka PCM akan lebih mudah dan cepat diserap.
- Dinyatakan bahawa paras terapeutik seawal 15 minit, berbanding panadol dengan formulasi biasa; 45 minit – 1 jam 15 minit.
- Kelebihannya: pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.
3. PANADOL EXTRA
- Apa yang extra? Untuk kaplet ini, digabungkan PCM bersama kafein 65mg. Sesuai untuk kes migrain atau kesakitan yang lebih kuat.
- Dinyatakan bahawa kafein berupaya untuk meningkatkan keupayaan analgesik (menahan sakit) yang ada. Tetapi ada beberapa kajian yang meragui keberkesanannya.
- Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan yang mengandung. Begitu juga pengambilan kafein melebihi 300mg oleh ibu yang menyusu boleh menyebabkan gangguan tidur kepada anak susuan.
- Maka, kita tidak galakkan pemberiannya kepada ibu yang mengandung dan menyusu badan.
4. PANADOL EXTEND
- Kelebihannya adalah kesannya bertahan lebih lama (8 jam) daripada lain-lain produk Panadol (4-6 jam).
- Mempunyai dua lapisan yang bertindak memanjangkan tempoh penyerapan seterusnya mengekalkan paras terapeutik pada tempoh yang lebih lama.
- Sesuai untuk kesakitan kronik yang mengganggu urusan kerja yang memerlukan penumpuan lebih lama.
5. PANADOL SOLUBLE
- Biasa digunakan untuk mereka yang susah telan ubat tablet.
- Berkesan, tetapi kandungan sodiumnya yang sangat tinggi (427mg/tab).
- Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.
6. PANADOL MENSTRUAL
- Khusus buat wanita pada tempoh PMS dan semasa awal haid datang.
- Memberikan kelegaan pada senggugut dan gabungan bersama pamabrom 25mg membantu menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa haid.
Haa… dah faham? Kalau tahu cara penggunaan, kesakitan yang dirasai lebih berkesan dikawal cukup dengan paracetamol.
Maka, jangan cepat sangat minta ubat tahan sakit jenis NSAID (seperti ibuprofen, voren, naproxen, diclofenac dll.). Risiko untuk perut dan buah pinggang berbagai.
Mari kami di Zaith Pharmacy bantu terangkan kaedah mengawal kesakitan dengan cara lebih selamat dan murah.
Walaupun Gaji RM800 Sebulan & Buat Partime, Mampu Kumpul RM12k Dalam 3 Bulan

Walaupun bergaji kecil, itu bukanlah alasan untuk anda tidak menyimpan duit. Perkara ini tidaklah mustahil untuk dilakukan asalkan anda ada kemahuan.
Buktinya boleh dilihat pada kesungguhan lelaki bernama Syafiq Mustafa ini. Menerusi perkongsian di laman Twitternya, tiada yang mustahil untuk dia mengumpulkan RM12,000 dalam masa tiga bulan walaupun dengan gaji RM800 sebulan dan bekerja sambilan.
Semoga perkongsiannya ini akan memberi anda idea untuk membuat simpanan di masa akan datang.
Nak tahu rahsianya? Jom baca ni.
1. Set target & matlamat biar betul
2. Jangan kedekut dengan tabung
3. Sorokkan tabung
4. Jangan terlalu sayangkan duit
5. Guna tabung yang kecil
Gaji sebulan RM800 tapi buat partime sebagai jurugambar
Buat tiga jenis tabung simpanan