Antara cabaran yang dihadapi oleh ramai orang sepanjang bulan puasa ialah masalah mulut berbau.

Walaupun mulut berbau bagi orang yang berpuasa itu jauh ‘lebih harum’ daripada orang tidak berpuasa namun sebolehnya kita perlu cari ikhtiar untuk elakkan perkara seperti mulut berbau berlaku.

Apatah lagi jika anda seseorang yang mempunyai kerjaya melibatkan komunikasi dengan ramai orang. Masalah mulut berbau ini bukan sahaja buat orang lain tak selesa tapi boleh menjejaskan imej anda sendiri.

Seorang doktor yang terkenal di laman media sosial, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan pernah berkongsi beberapa tiop menarik bagaimana untuk elak mulut berbau sepanjang bulan puasa.

Sebenarnya bukan hanya dengan menggosok gigi sahaja ya! Jom ikuti perkongsian beliau tentang beberapa tip tersebut di bawah!


1. Minum air secukupnya

Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur

Doktor Ini Kongsi 6 Tip Elak Mulut Berbau Sepanjang Berpuasa

IKLAN

Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

BACA: Senaman Bulan Puasa, 5 Jenis Plank Yang Boleh Beri Impak Besar

3. Kurangkan Bercakap

Doktor Ini Kongsi 6 Tip Elak Mulut Berbau Sepanjang Berpuasa

Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

IKLAN

4. Makan karbohidrat secukupnya

Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.

5. Gosok gigi dan bersihkan lidah

Doktor Ini Kongsi 6 Tip Elak Mulut Berbau Sepanjang Berpuasa

Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

IKLAN

6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung

Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!

Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy (Medical Tweet Malaysia)

Jemput follow jika ingin dapatkan informasi kesihatan yang sahih!


 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI