Susulan daripada peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April bagi menghentikan rangkaian penularan jangkitan Covid-19.

Peningkatan kes positif Covid-19 dari sehari ke sehari membuatkan orang ramai bimbang jika dijangkiti virus yang menakutkan ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah langkah yang perlu dibuat sekiranya merasakan diri mungkin dijangkiti virus ini.

Bagi merungkai persoalan tersebut, ini jawapan yang dikongsikan Dr. Abdul Rahim di laman Facebooknya.

Apa perlu anda lakukan kalau anda rasa diri anda mungkin di Jangkiti Covid-19? Apa pihak hospital lakukan jika anda disyaki terkena Covid-19? 

A. Uoll pun tau doc atau doktor2 kerajaan/ swasta ni tak boleh pastikan anda positif Covid atau tak? Doc/ Doktor2 lain hanya akan tanya sama ada anda:

1. Anda ada simptom demam lebih 3 hari/ batuk/ sakit tekak/ susah nafas tak?
2. Anda baru balik dari luar negara yang ada Covid-19 – Cina, Korea, Itali, Iran dll?
3. Anda ada jumpa/ tinggal dengan pesakit Covid-19/ disyaki Covid-19?

IKLAN

Kalau takde semua di atas, duk diam2 di rumah ikut arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jangan pi menyemak/ menyibuk di tempat screening di Hospital pula. Hihihi

B. Kalau ada salah satu simptom saja di atas

Doc nasihatkan anda pi screening di hospital dengan mengambil sample tekak dan hidung dan dinasihat balik berkuarantin diri sendiri di rumah sehingga keputusan sample didiagnosa. Kalau simptom anda teruk ketika nak di screening, anda dinasihatkan doktor memasuki wad & sampel anda diambil. Kesihatan anda di monitoring di ward isolation.

C. Keputusan sampel tekak/ hidung tu akan diketahui 2-3 hari selepas tu. 

(i) Selagi belum dapat keputusan:

Anda yang ada simptom mesti dirawat dalam wad. Makan ubat demam, batuk, selesema diberikan. Kalau uoll tiada simptom duk diam2 kuarantin dalam rumah menunggu call dari pegawai kesihatan sama ada anda +ve atau -ve. Ketika ni, anda jadi “INSAN YANG SERBA SALAH”. Seisi keluarga jadi ketakutan, ada yang dah melompat apa akan jadi kepada mereka semua walaupun result belum tahu. Diri anda berdebar2. Ketika ni, anda harap dan doa saja kepada Allah apa saja amat dihajati.

IKLAN

Kalau keputusannya NEGATIF, sujud syukur tak terkata dengan menitis air mata yang keluar dari hati sanubari kita.

Tapi kalau POSITIF, diri anda tak tahu apa nak dikata. Satu keluarga terdekat anda mesti di screening Covid-19 di hospital secepat mungkin. Kalau kes ni TERBOCOR, jiran sebelah rumah yang jenis kepo/ membawang, kejap je 1 kampung atau 1 Malaysia tau dalam sekelip mata. Kesian mereka. Mindset orang kita camni. Macam2 tuduhan & anggapan negatif dihumban orang ramai. Rasa mereka yang kepo ni macam dah kiamat. Sepatutnya doakan kepada pesakit Covid-19 dan patut bagi Moral Support! Kalau uoll disaring POSITIF, uoll baru faham situasi ni.

D. Bila anda POSITIF COVID-19

Anda dimasuk ward isolation. Sapa pun tak boleh melawat anda di hospital. Baru di sini anda dapat rasa AMAT HARGANYA NILAI KESIHATAN & KEBEBASAN YANG ALLAH bagi kepada anda selama ni. Titisan air mata & doa selalu dengan automatik di hujung mulut anda sentiasa. Allah saja yang tahu isi hati anda ketika tu. Rasa nyawa diri seperti telur di hujung tanduk. Ketika ni doc/ anda akan sentiasa bertaubat, salat hajat selalu, istifar selalu dan berdoa setiap masa. InsyaAllah, Allah sembuhkan musibah ni daripada kita. Minta ampun kepada Allah. Balik kepada Allah. Amiin. Nyawa kita di tanganNya. Dan kira masa ni amat harap doktor merawat simptom2 anda yang ada di wad sebaik mungkin.

E. Dalam tempoh 1 minggu

SECOND SAMPLE NASAL & PHARYNX SWAB diambil jika simptom anda sembuh. Kalau NEGATIF bagus tu tapi masih dikuarantin dalam wad. Lepas 24 jam kemudian, THIRD SAMPLE NASAL & PHARYNX SWAB diambil. Kalau NEGATIF, baru anda di discharge tapi kena KUARANTIN di rumah dalam 14 hari untuk memutuskan INFEKSI CYCLE COVID-19. Duk diam2 di rumah tau! Sayang le keluarga dan semua rakyat Msia di sekeliling anda.

IKLAN

F. Lihatlah semua sahabat2 doc di luar sana, kalau anda di dalam ward Covid-19 baru anda HARGAI betapa hebatnya komitment dan pengorbanan DOKTOR, NURSE, dll dalam suit Personal Protective Equipment (PPE) atau “baju angkasawan” yang harganya mahal & panas berpeluh untuk periksa kesihatan anda & pesakit2 keliling anda. Mereka korbankan masa, tenaga & keluarga mereka untuk anda semua demi bangsa & negara. Kita patut SALUTE & amat berterima kasih serta doa kesihatan terbaik bagi mereka yang selalu membantu kita. Mudah2an Allah sentiasa lindungi mereka. Aamiin.

G. Anda lihat dengan mata kepala anda sendiri di wad ICU, di mana simptom pesakit COVID-19 menurun & komplikasi dengan sesakan penafasan serta di INTUBATE & perlu VENTILATOR membantu penafasannya di ICU. Kritikal keadaannya. Ini terjadi kepada ramai pesakit tua, diabetik, sakit jantung, sakit paru2, pertahanan immuniti rendah dll. Kalau ditakdirkan umur anda panjang, hidup lagilah anda di bumi ini. Kalau nyawa diambil Malaikat Maut, badan anda dibaluti plastik, mayat ditayamum, tak dimandikan & disalatkan di hospital. Orang dikasihi isteri, suami, anak2, adik-beradik tak boleh iringi anda ke kubur. Hanya boleh lihat dari jauh mayat anda terbujur ke dalam liang lahat. Allahuakbar. Hanya doa mereka dapat iringi anda dengan titisan air mata.

**Peringatan: Masih tiada ubat specifik atau vaksin untuk nak elak Covid-19 ketika ni.

Doc harap doc dapat mudahkan uoll faham sanario COVID-19 di atas sebagai ikhtibar. Kalau ada symptom, cepat2 pi check up. JANGAN DAH MELARAT, BARU NAK MENYESAL! Understand mengapa duk diam2 di rumah penting dalam 14 hari ni. Untuk keselamatan & kesihatan anda, keluarga dan semua rakyat Malaysia. Kerana anda INSAN TERBAIK!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI