Bermula semalam bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwartakan dan dilaksanakan di selurh negara, kecuali di beberapa kawasan yang masih di zon merah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Maka bemulalah aktviti ekonomi yang telah terhenti sejak 18 Mac yang lalu. Pelbagai sektor ekonomi dan juga sosial telah dibenarkan dibuka.

Namun ia tidak bermakna kita boleh keluar dan melakukan aktiviti seperti dahulu lagi. Ketahuilah bahawa COVID-19 masih belum tamat dan kita semua perlu mengambil langkah pencegahan pada tahap paling tinggi.

Kita perlu hidup dalam norma baru. Jadi kita semua perlu fikir sevaik-baiknya dan dengar arahan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan baik.

Pernahkah bayangkan bagaimana dan apakah perjalanan rawatan yang perlu anda lalui jika didapati positif COVID-19.

Doktor Ini Kongsi Perjalanan Rawatan Yang Dihadapi Sekiranya Anda Positif COVID-19

MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Doktor Wan Ahmad Zhafran menerusi satu hantarannya di Facebook. Jelas beliau jika anda didapati positif terdapat beberapa perjalanan rawatan perlu anda ikuti dengan patuh dan baik.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

TIADA PILIHAN:
BELAJAR CARA UNTUK HIDUP SELEPAS PKP ATAU JANGAN KELUAR

Kita faham semua orang kena teruskan hidup. PKP ni kalau berterusan juga, ramai juga yang akan mati kelaparan.

Covid pula dijangka takkan habis dalam masa terdekat. Mungkin setahun dua lagi? Nak taknak kita semua kena belajar untuk hidup bersama covid ni.

IKLAN

Jadi fikir elok2 dengan hati yang lapang, kita patut dengar arahan KKM / KERAJAAN atau tidak.

Saya share sikit perjalanan rawatan sekiranya anda positif covid.

Kalau anda positif covid, perjalanan rawatan anda seperti berikut:

1. Masuk ward selepas 1st swab positif.

2. Duduk dalam ward untuk kuarantin dan makan ubat / tiada ubat (ikut symptoms yang anda ada) sehingga hari ke-14

3. Repeat swab kedua pada hari ke 14 (kalau tiada symptoms)
– kalau ada symptoms: repeat swab lepas 72 jam symptoms hilang

IKLAN

4. Kalau swab kedua negatif: repeat lagi swab ketiga dalam 72 jam selepas swab negatif yang pertama
– kalau masih positif, tambah lagi 14 hari kuarantin dan ulang step 3.

5. Ulang step yang sama sampai la anda ada 2 kali swab negatif yang berturut2

6. Kalau dah ada swab 2x berturut, anda akan dikuarantin lagi 14 hari untuk monitor symptoms
– kalau dalam 14 hari ni masih ada symptoms: repeat swab lagi
– kalau tiada symptoms selepas 14 hari, baru kuarantin tamat

*ni kalau anda positif covid class 1 dan 2 sahaja.
Lagi teruk covid anda, rawatan berbeza lagi.

Jumlah hari dikuarantin = sekurang-kurangnya 30 hari

Sepanjang proses di atas ni, anda hanya boleh berada di dalam ward SAHAJA. Tidak dibenarkan keluar dan menerima pelawat.

IKLAN

Anda sanggup?
– sebulan tak jumpa anak bini
– bila keluar ward anak tak kenal mak ayah
– bisnes tak jalan sebab sebulan kena kuarantin
– tak ada income sebulan
– kena menghadap makanan hospital untuk sebulan

Jadi FIKIR BETUL2, anda masih nk keluar rumah kalau tak perlu ke? Kalau masih perlu keluar rumah, anda masih taknak dengar arahan penjarakan sosial ke?

Sekurangnya sebulan tau kena kuarantin ni kalau kena. Elok2 sihat boleh buat macam2, tiba2 kena ikat sebulan dalam ward. Anda rasa anda sanggup? Seminggu terperap dalam rumah sendiri pun anda dah rasa nak gila, sebulan dalam ward dengan tak boleh buat apa2 langsung, rasanya anda boleh jadi betul2 gila.

Benda boleh elak, buat apa menyusahkan diri?
Jadi ingat, kalau nampak satu tempat tu ramai orang, sila jauhkan diri.

#jadibijakselepasPKP
#keluarrumahbilaperlusahaja
#COVID19
#KKM
#MALAYSIA

——————————————

Semoga perkongsian daripada Doktor Wan Ahmad Zhafran memberikan kita sedikit pengajaran dan semangat untuk terus cekal dan tabah dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Teruskan berada di rumah melainkan bila perlu sahaja. Sentiasa pastikan diri dan keluarga terus berada dalam kondisi selamat.

Sumber:

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI