Gejala batuk dan tekak berkahak merupakan masalah yang biasa kita alami. Kebiasaannya apabila diserang batuk, kita akan mengambil ubat-ubatan agar ia cepat lega dan sembuh.

Namun, dengan penularan wabak Covid-19 ini, gejala batuk menjadi sesuatu yang merisaukan kerana ia menjadi antara salah satu tanda-tanda awal Covid-19.

Selain mengambil ubat-ubatan dari klinik atau farmasi, ada alternatif lain yang boleh anda gunakan untuk melegakan batuk, sekali gus membantu mengeluarkan kahak dengan mudah.

Petua ini telah dikongsikan oleh DrRizal Abu Bakar di laman Facebooknya dengan menggunakan sebiji bawang Holland atau bawang Bombay bersama madu. Bahkan, cara untuk membuatnya juga mudah.

Jadi untuk anda yang mengalami gejala batuk, bolehlah mencuba petua ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mengatasi masalah batuk.

IKLAN

Alternatif ubat batuk cara alami 

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.

Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.

Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.

IKLAN

Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.

Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.

IKLAN

Doktor Ini Kongsi Petua Atasi Batuk & Keluarkan Kahak Dengan Mudah Guna Bawang & Madu!

Caranya ialah:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.

Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.

#DrRizal

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI