Food photo created by wayhomestudio - www.freepik.com

Adakah mungkin kita dapat menurunkan berat badan tanpa berlapar sepanjang hari, minggu malah berbulan-bulan lamanya? Mungkin itu yang menjadi persoalan kepada anda semua yang memasang keinginan untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya perkongsian kali ini bukanlah rahsia besar seperti ingin membuka kotak pandora. Tetapi ia lebih sekadar tabiat pemakanan yang lebih sihat dan juga baik bukan sahaja untuk badan malah kerohanian.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian Dr Samhan menerusi laman media sosial TikTok. Menerusi video pendek tersebut beliau berkongsi rahsia bagaimana untuk menurunkan berat badan dan kurus tanpa belakar.

Berikut adalah 7 rahsia yang dikongsikan Doktor Samhan.

MINUM AIR KOSONG

Pada waktu makan dan di antara makan, minumlah air kosong untuk pastikan perut sedikit terisi, Jadi tidaklah anda berasa ingin makan secara berlebihan. Malah, air kosong juga baik untuk kesihatan terutamanya buat anda yang ingin kurus.

Ads

KUNYAH LAMA

Jangan terlalu gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk kunyah lebih lama. Makanan yang dikunyah lebih lama mampu memperbaiki ia dapat ditelan dengan baik. Selain itu, kunyahan yang lama boleh memberi isyarat kepada otak bahawa anda telah makan dengan banyak sedangkan kuantitinya hanyalah sederhana.

PINGGAN KECIL

Salah satu teknik yang baik untuk elak makan berlebihan ialah menggunakan pinggan yang lebih kecil. Jangan guna pinggan besar yang secara visualnya akan membuatkan makanan nampak lebih sikit. Sedangkan pinggan kecil memberikan imej sebaliknya.

Doktor Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar
Man photo created by karlyukav – www.freepik.com

HIDANGAN PROTEIN

Pastikan setiap hidangan makanan anda turut disertai oleh makanan berprotein. Ia penting  dalam diet harian anda.

Ads

SAYUR & BUAH-BUAHAN

Mulakan dengan mekakan buah, salah atau sup sayur. Selain baik untuk kesihatan makanan jenis ini membantu anda untuk rasa lebih kenyang sebelum menjamah menu utama.

TINGGI SERAT

Makanan tinggi serat juga penting untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Lebihkan makan buah-buahan berbanding tabiat anda sebelum ini.

Ads

SEPARUH PINGGAN BUAH & SAYUR

Cara untuk elak anda makan nasi secara bnerlebihan ialah dengan pastikan ia terisi separuh dengan sayur atau buah-buahan. Usah ambil nasi atau karbohidrat secara berlebihan kerana itu akan buat anda makan lebih banyak daripada sepatutnya.

Semoga perkongsian dari Doktor Samhan ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki.

Sumber:

@dr.samhan7 Rahsia jadi kurus tanpa berlapar ##LearnOnTiktok ##TikTokGuru♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI