Gaya Hidup

Doktor Ini Sarankan Minum Susu Untuk Kurangkan Bau Busuk Lepas Makan Petai Atau Ulam Yang Ada Bau!

Share

Ramai yang suka makan petai sama ada jika ia dimakan secara mentah, dimasak atau dibuat jeruk kerana petai kaya dengan pelbagai khasiat.

Walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang enak, petai tetap menjadi antara ulam-ulaman yang digemari ramai tidak mengira orang muda atau tua.

Jika selama ini anda tidak gemar makan petai atas alasan ia mengeluarkan bau yang busuk, selepas mengetahui tip ini pasti anda boleh makan petai tanpa rasa gusar.

Menurut perkongsian Doktor Suri Roowi, ada satu rahsia yang boleh anda praktikkan untuk mengurangkan bau busuk selepas makan petai atau ulam-ulaman lain yang mengeluarkan bau.

Rahsianya, hanya dengan minum susu!

Bukan itu sahaja, ketahui juga khasiat makan petai dan cara terbaik makan petai untuk anda mendapatkan manfaatnya.

Khasiat Makan Petai

Petai adalah antara makanan bersifat antidiabetis (antikencing manis) kerana ada bahan faitosterol. Kulit petai pula lebih tinggi kandungan faitosterol berbanding bijinya.

Selain bersifat antikencing manis, bahan faitosterol dalam petai juga bersifat antikolesterol.

Cara Kurangkan Bau Petai

Bau petai mungkin boleh dikurangkan dengan meminum susu selepas makan petai… Sebabnya adalah… bahan polisulfide (bahan berbau) akan diikat dengan protein susu dan akan keluar bersama najis…

Manfaat Rebus Petai Sebelum Makan

Dalam petai juga ada asid djenkolic dan petai tidak boleh dimakan banyak. Salah satu cara yg mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan asid djenkolic adalah dengan merebus petai terlebih dahulu sebelum dimakan….wallahua’lam… Selamat mencuba.

Dr Suri Roowi
Timb. Pengarah Perekaan Mkn (Mkn Kesihatan)
Pakar Antioksidan

#DrSuriRoowi #RahsiaAlam

Kredit Foto: Pixabay

IKLAN