Jika kita baca laporan harian bagaimana wabak Covid-19 merebak, ia kebanyakannya berpunca daripada kecuaian rakyat kita sendiri. Contoh beberapa hari lalu apabila seorang yang mempunyai simptom dan sedang menunggu ujian pengesahan Covid-19 bertindak menaiki bas dari Johor Bahru ke Kuantan.
Sedangkan doktor sudah menasihatinya untuk kuarantin di rumah. Ada juga kes di mana pesakit merahsiakan sejarah perjalanan serta kontak rapat mereka dengan individu yang psotif virus tersebut.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi posting di Facebook kendaliannya. Beliau berkongsi di mana rakan-rakannya yang bertindak sebagai frontliner di hospital terpaksa melalui pengalaman melakukan ujian Covid-19.
Jelas beliau perkara ini berlaku kerana ada pesakit yang positif jangkitan menipu dan tidak memaklumkan sejarah sakit dan perjalanan mereka.
Terbatuk-batuk terus lepas batang swab tu dia keluarkan dari hidung aku. Mujur tak termuntah je.”
Masih jelas lagi raut wajahnya yang tak selesa tu. Padahal prosedur pengambilan sample COVID-19 tu dah selesai lama.
Kesian betul. Dia antara rakan setugas aku yang terpaksa jalani ujian saringan COVID-19.
Bukan seorang dua, tapi berbelas-belas kawan aku yang terpaksa hadapi saringan tu.
Terpaksa relakan lubang hidung dijolok dengan alat penguji hingga betul-betul sampai ke hujung rongga hidung.
Semata-mata nak kena pastikan diri bebas jangkitan. Supaya ia tak tersebar pula pada orang lain.
Lihatlah gambar yang aku kongsikan tu.
Ads
Semuanya terpaksa lakukan test gara-gara ada pesakit yang positif jangkitan, tapi menipu sejarah sakit. Dah mula ada simptom sejak awal, tapi masih tegar berjalan-jalan ke sana ke mari.
Siap terbang ke luar negara lagi.
Lepas tu, bila datang untuk jalani pemeriksaan, tak beritahu maklumat sebenar pada staff kesihatan. Akhirnya dedahkan risiko jangkitan pada ramai staff hingga sebahagian terpaksa dikuarantin.
Akibatnya, staff yang bertugas makin berkurangan menyebabkan beban kerja makin bertambah.
Sebab tu kami marah benar bila ada yang tak patuhi arahan KKM dan kerajaan. Galak berjalan ke sana ke mari. Lepas tu sesuka hati cakap, “kalau kami sakit kami pergilah hospital.”
Rude!
Selfish!
Ads
Tolonglah ikut perintah kawalan pergerakan betul-betul buat masa ni.
Tak usah keluar ke taman rekreasi.
Tak usah ke masjid atau surau.
Tak usah pulang ke kampung.
Jangan dedahkan orang tua pada risiko jangkitan.
Bayangkan orang tua kita terpaksa hadapi rasa tak selesa diambil sample disebabkan kedegilan kita.
Apatah lagi jika tiba-tiba keputusannya positif.
Nauzubillah…
Ads
Itu belum kira masalah-masalah yang timbul pada staff kesihatan akibat kedegilan kita.
Kawan-kawan, patutnya ujian wabak ni jadi medan kita bermuhasabah, kesabaran kita membasuh dosa-dosa lalu.
Bukan kita menambah lagi senarai dosa-dosa baru ke dalam kantung amalan kita.
Yang dah lepas kita ambil jadikan pengajaran.
Tapi dalam perjalanan menuju ke hadapan, kita mesti ingatkan seramai mungkin agar selalu jaga satu sama lain. Saling ingat memperingati.
Nampak ada yang terlalai, kita tegur. Yang terus berdegil, kita serahkan pada pihak berkuasa.
Fahamkanlah kata-kata Tuhan.
Kita ini sentiasa duduk dalam kerugian.
Melainkan sesiapa yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, serta tak jemu berpesan tentang kebaikan dan kesabaran.
Mari, sama-sama kita ingatkan semua ya. Malaysia, #StayAtHome.
Siapa yang tidak kenal dengan Tomok? Penyanyi bersuara lantang yang popular sejak era kumpulan New Boyz ini sekali lagi mencuri perhatian warganet.
Bukan dengan lagu terbaharunya, tetapi dengan berita yang cukup membanggakan. Penyanyi ini kini kembali bergelar mahasiswa di peringkat Sarjana!
Baru-baru ini, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, mengumumkan penerimaan tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat siswazah. Pada usia 41 tahun, penyanyi yang popular dengan lagu “Rindu Terhenti” ini memilih untuk mendalami ilmu dalam bidang Sarjanan Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Momen pendaftaran di universiti dua hari lalu turut dikongsikannya menerusi sebuah video di media sosial.
Lebih manis lagi, dia ditemani oleh isteri tercinta, Ayu dan anak-anak mereka. Menerusi kapsyen hantaran video di laman media sosial, Tomok berkata, “Kebiasaannya pelajar lain ibu bapa yang hantar anak. Tapi saya terbalik pula. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik.”
KOMEN POSITIF
Perkongsian ini lantas dibanjiri komen-komen positif daripada warganet yang rata-rata kagum dengan semangat dan kegigihan Tomok.
Pujian dan rasa kagum jelas terpancar dari setiap baris komen yang ditinggalkan. Antara komen yang menarik perhatian adalah, “Masya-ALLAH hebatnya Tomok. Kuat semangat sambung belajar”.
“Adakah ini petanda saya juga kena sambung master’s? All the best Tomok.”
Ada juga peminat setia yang meluahkan rasa bangga, “Saya bangga menjadi salah seorang peminat Tomok dan New Boyz. Good luck semua, selamat menjadi pelajar.”
Semangatnya untuk terus menimba ilmu sememangnya patut dijadikan contoh. Beliau bukanlah calang-calang pelajar.
Sebelum ini, Tomok telah berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan pencapaian yang membanggakan, iaitu selempang emas setelah meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kelas pertama 3.67 ke atas.
Kejayaan Tomok ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus belajar dan mengembangkan diri.
Beliau yang telah mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abas dan dikurniakan tiga orang anak, Arrianshah Akid, Andrashah Iman, dan Siti Khadijah, turut mendapat sokongan penuh daripada keluarga tercinta.
Semua orang tentu menginginkan bentuk badan yang kurus. Namun jika badan kurus keding juga boleh mendatangkan masalah kerana tiada keseimbangan dalam tubuh badan. Dah makan banyak pun, berat badan masih lagi sama. Gara-gara kurus keding, boleh jadi stres.
Jika anda tergolong dalam kategori lelaki kurus keding, perkongsian seorang pengguna di laman Twitter bernama syam131 tentang tip menaikkan berat badan secara sihat ini boleh anda jadikan panduan.
Hari ini bermulalah kita sebagai rakyat Malaysia mengikut Perintah Kawalan Pergerakan sehingga tarikh 31 Januari 2020.
Dengan pernigkatan kes Covid-19 yang bertambah semakin tinggi dan dua tragedi kematian berlaku semalam, ini merupakan langkah paling tepat diambil oleh kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani penyebaran lebih teruk.
Dan dalam tempoh dua hari terkebelakang juga kita menyaksikan bagaimana beberapa kerat rakyat Malaysia mengerumuni pasaraya bagi menyimpan stok makanan dengan panic buying.
Walaupun telah diberi jaminan oleh Perdana Menteri bahawa bekalan makanan mencukup namun masih ramai berbuat demikian. Kita bukan berada dalam kondisi lockdown tetapi hanya menyarankan limitasi pergerakan sahaja.
Kekecewaan terhadap sikap tak bertanggungjawab panic buying turut mendapat perhatian daripada comedian tersohor negara, Harith Iskander yang mengulas isu ini di Instagram kendaliannya.
Menerusi video tersebut Harith menegaskan kita bukannya berada dalam arahan lockdown. Beliau turut menempelak orang yang membeli secara panik dan bertindak seolah-olah seperti zombie.
“Guys this is not helping. This is actually hurting the situation and making it worst. The fact you gathering in spot that already make it worst. You helping virus spread.”
Harith Iskander turut mencadangkan satu movement baru yang lebih positif dan proaktif bagi membantu keadaan semasa.
“Saya cadangkan kita gerakkan movement Panic Supporting. Kita perlu jadi ‘panik’ untuk menyokong sesama kita dan membantu mereka yang memerlukan seperti golongan berpendapatan rendah serta warga tua.
“Mereka merupakan golongan yang berdepan cabaran dengan pendapatan harian. Apa kata ajak ahli keluarga dan rakan-rakan, kita pakat bantu mereka yang memerlukan. Sokong perniagaan kecil seperti makcik penjual nasi lemak. Saya Harith Iskander dan saya sokong Panic Supporting!”
Syabas Harith Iskander. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat positif. Situasi sekarang sememangnya akan memberikan kesan yang besar terutamanya kepada golongan B40. Golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.