Jodoh boleh hadir dalam bentuk yang tidak dijangka. Penyanyi popular Amerika Syarikat, Charlie Puth mengejutkan ramai apabila menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya Brooke Ashley Sansone yang juga ‘childhood bestie’ nya .
Selepas lebih dua tahun bercinta, penyanyi Charlie Puth, 32, akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya pada 7 September lalu dalam majlis tertutup.
Puth berkongsi berita gembira itu hari ini dan menyatakan dirinya adalah lelaki paling terbahagia dapat memperisterikan Brooke yang bekerja sebagai penyelaras pemasaran digital itu.
“Ayah kami ke sekolah yang sama, dan kami berdua dibesarkan di New Jersey,” kata Brooke. “Sememangnya ada tarikan antara kami, tetapi mungkin kerana masa itu kami masih muda jadi hubungan kami tidak menjadi, sehinggalah sekarang. Jelas membuktikan bahawa masa adalah segala-galanya.”
Charlie Puth
Memilih kediaman Puth sebagai lokasi perkahwinan
Menerusi foto dikongsinya, majlis mereka diadakan di luar kediaman keluarga Puth di Montecito, California. Mereka kelihatan cukup berseri dalam busana kahwin ringkas.
Ads
Pasangan itu mulai bercinta sejak Jun 2022. Kemudian pada 5 September tahun lalu, penyanyi One Call Away itu melamar Sansone. Tiada majlis besar, Puth melamarnya secara ringkas sebelum berkongsi khabar gembira dengan keluarga tercinta mereka.
“Cuma kami berdua saja, berkongsi makanan Cina atas sofa dan momen intim yang sungguh indah. Selepas itu, kami hubungi keluarga menerusi Facetime untuk kongsi berita itu,” katanya.
Ads
Seperti Charlie, mungkin tiba masanya untuk melihat kembali hubungan yang ada di sekeliling, dan siapa tahu, mungkin jodoh kita sebenarnya adalah seseorang yang telah lama kita kenali.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Di sebalik seorang putera mahkota sebuah dinasti bernilai berbillion ringgit terserlah personaliti tersendiri yang cukup menarik.
Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum merupakan Putera Mahkota Dubai yang juga seorang ahli politik sangat berpengaruh bukan sahaja di dalam negara Arab serantau tetapi di dunia.
Kini berusia 40 tahun, Sheikh Hamndan yang juga dikenali dengan nama gelaran ‘Fazza’ disegani ramai sebagai tokoh ternama di Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Sebagai anak kepada insan paling berpengaruh dan berkuasa di UAE, Sheikh Hamdan kini dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak USD16 billion.
Ia menjadikannya sebagai di antara Putera Mahkota paling kaya di dunia. Namun di sebali kekayaan itu, Sheikh Hamdan merupakan antara figura penting dalam membangunkan kota Dubai.
Idea pembaharuan yang dilakukan terhadap Dubai menjadikan bandar itu sebagai antara tercanggih di dunia.
Malah, Dubai dijangka mampu menjadi badar paling maju menjelang tahun 2030. Sheikh Hamdan memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan Dubai.
Di antaranya peranan pentingnya sebagai Ketua Dewan Eksekutif Dubai yang bertanggungjawab dalam mengarahkan kebijakan dan strategi pembangunan Dubai.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 perkara dan fakta menarik tentang Sheikh Hamdan yang mungkin anda tidak tahu.
Sheikh Hamnda menjadi bapa kepada sepasang anak kembar pada tahun 2021 bernama Rashid dan Shaikha. Sejak itu beliau dikenali sebagai seorang bapa yang cukup penyayang. Perkongsiannya di laman media sosial tentang anaknya sentiasa mencuri perhatian ramai. Pada awal tahun ini, beliau dilaporkan menimang cahaya mata ketiga.
Sheikh Hamdan memulakan alam persekolahannya di sebuah sekoleh berprestij, Rashid School for Boys. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke United Kingdom menyertai Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, sebuah kolej latihan terkemuka untuk pegawai tentera British. Selepas itu dia meneruskan pengajian di London School of Economics.
Beliau merupakan pengguna laman media sosial Instagram yang cukup aktif. Sehingga kini akauannya menyaksikan seramai 15.8 juta pengikut. Ia merupakan angka yang lebih tinggi dari jumlah penduduk UAE itu sendiri iaitu seramai kira-kira 10 juta orang.
Di sini beliau banyak berkongsikan kehidupan harian terutamanya minatnya keoada haiwan, puisi, sukan lasak dan bermacam aktiviti menarik lagi.
Menerusi perkongsiannya di laman media sosial, Sheikh Hamdan pernah berkongsi pengalamannya menerbangkan helikopter dari Pulau Bluewaters ke Dubai Marina Mall serta mengelilingi bandar Dubai.
Siapa sangka beliau mempunyai minat yang cukup mendalam dalam sastera puisi terutamanya gaya Nabati Arab. Sheikh Hamdan pernah mengeluarkan dan menerbitkan karya pusi dengan menggunakan nama pena Fazza.
Bahkan beliau juga pernah menghasilkan koleksi 18 puisi dwibahasa bertajuk ‘For the Love of Horses’ pada tahun 2019.
Di antara aktiviti yang digemarinya ialah menunggang kuda dan antara fakta menarik – beliau juga pernah menyertai kejohanan sukan ekuestrian di peringkat tertinggi di dunia. Dilaporkan Sheikh Hamdan mempunyai sebanyak lebih 200 ekor kuda dan 16 ekor unta.
Selain itu, beliau juga mempunyai binatang mamalia dan juga burung eksotik dalam koleksi peliharaannya.
Sisi seninya juga memyaksikan Sheikh Hamdan cukup menghargai karya fotografi. Menrusi perkongsiannya di laman media sosial, beliau berkongsi foto yang diambilnya dengan pengetahuan fotografi yang cukup baik. Seleksi foto-foto menarik boleh dilihat menerusi Instagram kendaliannya seperti foto keindahan Dubai dan UAE.
Kehebatan bangunan Burj Khalifa sebagai binaan manusia tertinggi di dunia sememangnya cukup mengagumkan. Dalam satu perkongsiannya pada hujung tahun 2020, Sheikh Hamdan berkongsi momennya berada di puncak bangunan tersebut.
Beliau juga dikenali cukup rapat dengan pemain bola sepak paling popular di dunia, Cristiano Ronaldo. Pertemuan mereka dalam tahun-tahun terdahuli telah mewujudkan persahabatan yang cukup erat di antara dua figura hebat ini.
Kesedaran terhadap pentingnya penjagaan kesihatan dan kecergasan telah membuahkan idea kepada Sheikh Hamdan untuk menwujudkan Dubai Fitness Challenge. Ia bagi memberikan kesedaran kepada penduduk UAE akan kepentingan bersenam dan menjaga kecergasan.
Kempen itu menyaksikan orang ramai bersenam beramai-ramai selama 30 minit setiap hari selama 30 hari. Beliau memperkenalkan program ini bermula pada tahun 2017.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube, Facebook dan TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan aura keluarga diraja terus menarik perhatian global dengan pengaruh mereka merentasi politik, budaya, dan ekonomi. Dalam kalangan mereka, putera mahkota memegang peranan penting sebagai pewaris takhta, yang bakal mewarisi legasi dinasti mereka.
Kali ini, MASKULIN ingin kongsikan tentang 10 putera mahkota yang paling terkenal dan terkaya di seluruh dunia.
Seorang jejaka dari Kota Bharu, Kelantan, Nik Ahmad Kashfi, lebih dikenali sebagai Kay, telah mencuri perhatian ramai dengan cara uniknya dalam menyampaikan mesej kepedulian terhadap kebersihan alam sekitar.
Apa yang menarik, Kay mengutip sampah di kawasan awam dengan memakai kimono, pakaian tradisional Jepun yang dikenali dengan elegan dan simbolisme budaya yang mendalam.
Inisiatif ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai tetapi juga mengajak masyarakat untuk lebih peka dengan kebersihan di sekeliling mereka.
Segalanya bermula kira-kira tiga tahun lalu ketika Kay mula membuka akaun TikTok dan menghasilkan kandungan berkaitan kebersihan.
Pada mulanya, dia hanya merakamkan video dengan pakaian biasa dan mengutip sampah secara rawak, dengan harapan video tersebut dapat menyebarkan mesej kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan di tempat awam.
Namun, apa yang membezakan Kay daripada orang lain adalah keberaniannya untuk menggunakan imej Jepun, dengan memakai kimono, dalam setiap kandungan video yang dihasilkannya.
Menurut Kay, idea untuk memakai kimono timbul selepas mendengar cerita mengenai rakyat Jepun yang terkenal dengan disiplin penjagaan kebersihan mereka.
Dari situlah dia mendapat ilham untuk menggabungkan imej Jepun dalam kandungan video yang dihasilkannya.
“Saya memilih untuk memakai kimono kerana ia bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga memberi elemen unik dan kelainan, mungkin membuatkan orang akan lebih tertanya-tanya,” ujar Kay.
Pakaian tersebut ternyata berhasil menarik perhatian orang ramai, dan memberi peluang kepada Kay untuk menerangkan lebih lanjut mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
Pada awalnya, Kay mengaku dia berasa malu dan ragu-ragu dengan pendekatannya.
Risau dipandang sinis oleh masyarakat sekeliling, Kay pernah terfikir untuk berhenti seketika. “Ada juga timbul persoalan dalam diri adakah betul apa yang saya buat ini? Mungkin ada yang terkejut dan salah faham,” katanya.
Namun, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan telah memberikan semangat baru untuknya teruskan perjuangan ini.
Kay yang merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik, meluangkan masa kira-kira dua hingga tiga jam sehari untuk mengutip sampah di sekitar Kota Bharu.
Tindakan Kay ini bukan sahaja memberi contoh kepada orang lain tetapi turut memberi inspirasi kepada golongan muda untuk lebih peka terhadap kebersihan.
Dengan semangat yang tidak pernah luntur, Kay berharap bahawa lebih ramai orang akan menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan bukan hanya di rumah, tetapi juga di ruang awam.
Sumber : SAYS Seismik
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang