drama korea lelaki macho

Suatu ketika dahulu mungkin ramai daripada anda memandang remeh akan populariti yang dibawa oleh drama Korea. Iyalah bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Jika dahulu ramai beranggapan drama Korea lebih cenderung kepada jalan cerita romantik dan ‘jiwang’ semata, ternyata ia meleset.

Deretan seleksi karya dari Korea kini menjadi item tular paling tinggi di platform penstriman seperti Netflix, Viu dan sebagainya. Malah rating tayangan di televisyen juga sangat hebat.

Sejak kebelakangan ini keterbukaan kaum lelaki untuk menonton drama Korea sudah meningkat. Dengan judul-judul yang hebat memparkan pelbagai genre yang bukan hanya berkisar kisah cinta membuatkan ramai membuka mata menjadi peminat baharu.

Sehinggakan ada yang sudah menjadi kaki drama Korea tanpa disedari. Adakah anda salah seorangnya?

Cuba ligat ciri-ciri MASKULIN kongsi di bawah. Kalau betul ada, maknanya betullah tu!

IKLAN

BINGE WATCH

Dengan adanya lambakan content secara streaming di Internet sekarang semakin mudah untuk kita menonton drama Korea. Dna kini trend menonton secara binge atau dalam istilah pasarnya menonton secara maraton banyak episod telah jadi perkara biasa. Disebabkan jalan ceritanya yang menarik korang pasti tidak sabar untuk tahu apakah yang berlaku seterusnya. Maka dari satu episod korang akhirnya menonton sampai habis dalam sekali jalan. Hebatnyaaaa!

KURANG WAKTU TIDUR

Ini boleh beri kesan buruk kepada korang terutamanya jika dilakukan pada hari bekerja. Tapi MASKULIN yakin anda tidak akan cuai dan lakukan seperti itu. Ramai antara penggemar drama Korea menonton aksi pelakon pujaan masing-masing pada hari minggu. Dan sepanjang cuti dua hari anda akan berkurung dalam bilik menghadap skrin TV atau komputer menonton.

Drama Korea Kini Kegilaan Lelaki Macho, Kalau Ada Ciri-Ciri Ini Anda Pun Sama
Foto: rawpixel.com – www.freepik.com

TONTONAN ALTERNATIF

Seperti yang MSKULIN nyatakan di atas, pada masa kini semakin banyak drama Korea tersedia di laman sesawang streaming. Jadi anda ada pilihan untuk menontonnya dengan menggunakan peranti seperti telefon pintar. Jadi anda akan sentiasa mencuri masa terluang untuk menonton drama Korea. Waktu makan tengahari, dalam tandas atau ketika dalam tren pasti terisi dengan menontonnya.

IKLAN

BACA: Kajian Dapati Lelaki Pandai Masak Lebih Menarik Di Hati Wanita

MAKIN PEKA

Apabila menjadi peminat kepada sesebuah drama, anda secara automatik akan cukup peka dengan berita tentang drama dan barisan pelakon kegemaran. Jadi apa sahaja berita tentang mereka pastinya pasti ditangkap oleh telinga anda. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti ingin diketahui. Inilah penangan drama Korea!

IKLAN

PAKAR BAB KOREA

Jika sebelum ini anda memang tak ambil peduli langsung tentang dunia hiburan atau gosip di Korea. Namun kini selepas menjadi ‘hantu’ drama Korea, anda terus pandai cari berita terkini di laman sesawang popular negara tersebut seperti Daum, Naver, Yonhap News dan banyak lagi.

MEMBURU SUBTITLE

Lecehnya menjadi penonton yang tidak tahu berbahasa Korea, anda harus menunggu episod yang tersedia subtitles bahasa Inggeris. Dan biasanya selepas drama keluar ia akan terdapat di beberapa laman web. Dan di sinilah teruji bagaimana hardcore atau tidak anda sebagai pencinta drama Korea mencari versi yang sudah ada subtitles.

Usah malu dan segan kalau anda ada ciri-ciri di atas. Karya dari negara Korea memang berkualiti dan kini diminati peminat di peringkat global.

Follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI