Dua jenama terkenal tetapi daripada industri berbeza. Satu daripada pengeluar motosikal berkuasa besar berasal dari Itali manakala satu lagi pengeluar blok mainan paling popular di dunia.
Inilah kerjasama unik yang diserlahkan oleh Ducati dan LEGO Technic. Bersempena dengan pengenalan versi miniatur LEGO Ducati Panigale V4, pengeluar blok mainan ini telah menghasilkan versi 1:1 motosikal berkuasa besar dari Itali tersebut.
Dengan menggunakan kerangka dan enjin sebenar Ducati Panigale V4, setiap panel dan fairings motosikal tersebut telah dicabut dan digantikan dengan blok LEGO.
Ads
Dianggarkan sebanyak lebih 15,000 keping blok LEGO telah digunakan untuk menyiapkan motosikal ini. Jadi secara teorinya motosikal dari LEGO ini boleh ditunggang sepenuhnya. Ducati Panigale V4 merupakan jentera ang dilengkapi dengan enjin Desmosedici Stradle R 217 HP dan dengan 1,000 cc.
Ads
Artis yang bertanggungjawan menyiapkan LEGO Ducati ini ialah Riccardo Zangelmi yang telah meluangkan masa lebih 400 jam mencantumkan blok LEGO dengan menggunakan tangan sahaja. Kesemua blok LEGO yang dicantum tidak menggunakan gam tetapi secara manual.
Ads
Selepas disipakan motosikal ini didapati mempunyai berat keseluruhan sebanyak 180 kg. Buat peminat Ducati khususnya pasti teruja melihat motosikal ini di hadapan mata.
Foto: LEGO
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Side mirror, atau cermin sisi, merupakan salah satu bahagian penting dalam rekabentuk kereta dan memainkan peranan yang penting dalam keselamatan pemandu dan penumpang.
Tapi sebenarnya fungsi cermin sisi ini lebih dari itu, dikongsi oleh @thisisbeng_ pempengaruh yang selalu berkongsi tip kereta, banyak lagi fungsinya yang kita belum tahu.
Menerusi perkongsiannya, dia menerangkan tip setting cermin sisi dan cara menggunakannya dengan lebih baik sama ketika memarkir kereta atau memotong di jalan raya. Inilah yang ramai belum tahu!
Menurut beliau selain untuk melihat kenderaan atau objek di belakang pada bahagian sisi, cermin sisi juga boleh jadi seperti satu ‘pembaris’ atau penentu ukur ketika menukar lorong dan juga memarkir kereta? Jika tahu tip ini memang senang nak parking.
Pada bahagian pemandu adjust sehingga nampak handle atau pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah. Manakala pada bahagian penumpang hadapan pula adjust sehingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan.
Meletakkan cermin sisi pada kedudukan ini mampu mengurangkan risiko blind spot atau titik buta ketika anda memandu.
Pandangan pada cermin sisi pastikan anda pisahkan dalam kedudukan separuh-separuh (lihat garisan merah). Jika kereta di belakang masih berada di kedudukkan kiri bermakna selamat untuk menukar lorong. Ini kerana jaraknya dengan kereta anda masih jauh.
Tapi jika ia nampak di bahagian kanan bermakna kereta di belakang sudah terlalu rapat dengan kereta anda dan jangan menukar lorong!
Tidak dinafikan masih ramai yang bergelut untuk meletakkan kereta dalam situasi side parking. Ini kerana mungkin sukar untuk menjangka jarak tayar dengan jarak divider atau penghadang.
Tapi boleh guna tip side mirror ini untuk lebih mudah parking cara ini. Pastikan pintu nampak dalam cermin sisi. Selarikan dengan bahagian atas side mirror dengan penghadang jalan atau divider. Itulah jarak sesuai untuk parking dengan selamat.
Ketika ingin memarkir kereta kadang-kadang susah untuk menjangka jarak di antara kereta dan divider depan kereta. Jika terlajak boleh ‘sagat’ pula bumper hadapan.
Caranya mudah sahaja sebenarnya. Ketika menggerakkan kereta ke hadapan perhatikan cermin sisi. Pastikan bahagian bawah side mirror selari dengan curb, divider atau penghadang.
Ia bermaksud jarak kereta dan divider pada kondisi yang terbaik dan selamat seperti gambar di atas.
Kesemua ini adalah aspek penting yang menunjukkan betapa kegunaan side mirror dalam meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang semasa di atas jalan raya.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Motor adalah salah satu jentera yang menjadi kegilaan setiap lelaki tidak kira muda ataupun berusia…
Namun, siapa sangka pelakon Sharnaaz Ahmad menyimpan niat selama 40 tahun untuk memiliki motosikal jenis CVO Road Glide ST.
Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, berkata sudah bersedia memiliki jentera dari keluarga American Touring Harley Davidson selepas diselubungi perasaan takut peringkat awal dulu.
“Bismillah, Alhamdulillah. Bertahun-tahun aku cuba beranikan diri untuk memetik bunga CVO ni.
“Tapi setiap tahun aku kecut. Tahun ini aku gagahkan diri dengan bantuan @harleydavidsonofpj.
“Syukur Allah izinkan. Terima kasih. 40 tahun idaman aku. Terima kasih anda semua,” katanya dalam hantaran Instagram.
Pelakon filem The Original Gangters itu turut berkongsi video ‘unboxing’ motosikal idaman bersama kru syarikat yang menghantarkan jentera itu kepadanya.
Menerusi semakan, motor Harley Davidson di Malaysia, CVO Road Glide ST dijual pada harga permulaan RM306,900.
Manakala untuk edisi ulang tahun ke-25 yang berwarna cerah, kadar jualannya adalah RM346,900 dengan hanya empat unit di Malaysia dan kesemuanya habis ditempah.
Kedua-dua model terbabit menampilkan ciri aerodinamik yang optimum dibangunkan teknologi CFD (computational fluid dynamics) da turut diguna pakai pasukan MotoGP bagi membangunkan jentera lumba.
Jentera terbabit dikuasakan enjin Milwaukee Eight 117 bersesaran 1,923cc V-Twin baharu yang lebih berkuasa dan ringan.
Salah satu perkara yang cukup dirisaukan oleh pemilik kereta sama ada ketika memandu atau kereta diletakkan di kawasan terbuka ialah cermin retak akibat terkena serpihan batu atau objek kecil. Jadi apa tip baiki jika ada ‘crack’ kecil?
Masalah ini akan lebih merumitkan apabila cermin kereta tidak dilindungi dengan perlindungan insuran. Keretakan cermin yang memanjang pada pandangan mata kasar memang tidak memberikan masalah sangat.
Namun jika dibiarkan terlalu lama ia boleh merebak menjadi lebih panjang dan boleh membahayakan pemanduan anda. Tahukah anda terdapat cara dan tip baiki secara DIY?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pakar cermin yang cukup berpengaruh di laman media sosial TikTok dikenali sebagai Abang Rongg (@abamrongg_oe).
Menerusi satu perkongsiannya dia menunjukkan cara-cara bagaimana untuk baiki sendiri secara DIY crack atau keretakan yang panjang berlaku pada cermin hadapan kereta. Menerusi video tersebut dia menggunakan produk yang khas dikenali sebagai ‘Dr Crack’.
Nak tahu bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Ikuti beberapa langkah seperti dikongsi olehnya di bawah;
Pertama sekali kenal pasti sama ada keretakan pada cermin berlaku pada bahagian luar atau dalam. Ini penting bagi memastikan kita melakukan ‘repair’ di sebelah yang betul.
Dengan menggunakan cotton swab, titiskan resin yang disediakan ke atasnya. Untuk lebih selesa gunakan cotton swab yang panjang.
Kemudian dengan menggunakan cotton swab berserta resin tadi sapukan pada bahagian retak dengan perlahan-lahan.
Sambil menyapu resin ke bahagian retak, tampalkan sedikit demi sedikit curing tab di atasnya. Ulang step sapu dan tampal hingga ke bahagian paling hujung berlakunya keretakan. Usah terlalu gopoh dan lakukan sahaja dengan perlahan-lahan. Cuma pastikan resin dapat disapukan dengan rata.
Apabila sudah selesai, keringkan cermin kereta anda yang disapukan resin tadi di bawah sinaran cahaya matahari. Jemur kira-kira dua hingga lima mini.
Selepas betul-betul kering, tanggalkan ‘curing tab’ yang ditampal sebelum ini. Kemudian dengan menggunakan razor blade yang disediakan kikis resin yang kering tersebut perlahan-lahan.
Akhir sekali sapu san lap hinggalah kesan lebihan resin hilang. Dan lihatlah hasil keretakan yang hilang!
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda. Produk DIY Dr Crack yang cukup menarik ini boleh didapati di sini https://invle.co/clbb2ba
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.