Jika anda mahukan badan berotot mantap, membina otot dada mestilah menjadi salah satu matlamat utama anda. Tetapi tidak ramai yang mampu atau tidak ingin mengeluarkan duit yang banyak untuk ke gym.
Maskulin kongsikan kepada anda 5 senaman yang wajib anda lakukan jika ingin besarkan otot di dada.
1) Push Up
Push up akan menguatkan otot di dada. Caranya tolak badan ke bawah dan ke atas seperti biasa. Jika anda melebarkan sedikit tangan, ia akan mengurangkan tekanan terhadap tangan dan lengan.
2) Chest Fly
Ada memerlukan 1.5 liter atau 5.5 liter botol berisi air.
Caranya memerlukan anda baring, pegang botol dengan tangan yang lurus serta pastikan keadaan botol itu dipegang dalam keadaan stabil.
Ads
Kemudian bawa tangan ke kiri dan tengah badan dan repeat selama 15 kali. Otot atas dada akan bekerja dan membentuk.
3) Decline Push Up
Ambil kerusi atau bangku di rumah, letakkan kaki anda di atas kerusi dan tapak tangan di lantai dan bawa badan ke bawah selama beberapa ketika dan bawanya ke atas semula.
Ads
4) Reverse Grip Push Up
Gunakan dua kerusi, letakkan tapak tangan anda di kerusi tersebut dan kaki di lantai. Tekan badan ke bawah dan kemudian tolak badan ke atas sebanyak 20 kali.
Dengan lakukan senaman seperti ini, bahagian atas dada akan rasa terbakar dan akan menguatkan lagi bahagian tersebut.
Ads
5) Underhand Front Raise
Senaman ini bagus untuk ‘Upper Chest’ dan ‘Inner Chest’ anda. Caranya genggam botol air 1.5 atau 5.5 litter dan gerakan ke atas dan ke bawah. Pastikan upper chest dan inner chest anda bekerja dan otot anda tertarik saat anda membuatnya. Lakukan selama 10 kali ulangan.
Semoga beberapa tip senaman di atas dapat membantu anda mendapatkan otot ‘upper body’ terutamanya di bahagian dada dan abdomen dengan lebih mantap!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya kita akan mengelak untuk memakan manis-manis pada waktu pagi. Namun anda mungkin tidak tahu bahawa makan coklat pada waktu pagi ada kebaikannya. Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate.
Ramai tahu bahawa coklat tidak menyihatkan kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi nilai koko itu sendiri. Anda dapat lihat di dalam coklat jenis coklat susu serta pelbagai lagi produk. Coklat ini banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.
Namun, antara sebab ia kurang popular di kalangan penggemar coklat adalah kerana ia lebih mahal daripada yang biasa. Ini kerana pembuatannya tidak mudah kerana pengeluar akan memproses bahan asal coklat iaitu koko dan diadun dengan teliti.
MASKULIN ingin tunjukkan kepada anda apakah kebaikannya kepada kesihatan manusia jika ia diambil ketika sarapan.
Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat ini boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.
Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.
Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan risiko strok.
Ia amat efektif dalam membantu melambatkan proses penuaan serta mengurangkan penularan sel kanser dalam badan.
Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat ini membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bersenam dengan menggunakan dumbbell merupakan satu teknik yang terbukti telah berkesan untuk menjadi alat merangsang otot di pelbagai bahagian pengan dan tangan. Jadi tidak hairanlah ia menjadi alat senaman pertama mereka. Namun begitu anda haruslah berhati-hati memilih dumbbell yang sesuai.
Sebelum menggunakan dumbbell sebagai salah satu alat senaman anda harus mengikuti beberapa langkah penting. Harus ingat setiap senaman berbeza memerlukan dumbbell yang juga berbeza.Begitu juga dengan skil dan tahap kekuatan fizikal anda.
Apa yang penting jangan tergopoh-gapah nak tunjuk handal dan terus jump kepada dumbbell berat.
Bergantung kepada jenis senaman anda memerlukan dumbbell yang mempunyai berat berbeza. Sebagai contoh jika melakukan basic curl anda perlu dumbbell 5 kilogram.
Manakala jika melakukan squat mungkin ada perlu dumbbell yang lebih berat iaitu 10 kilogram. Mulakan apa jua jenis senaman baru dengan dumbbell yang ringan kemudian beransur-ansur kepada lebih berat.
Anda adalah orang yang terbaik untuk tentukan kekuatan dan keupayaan sendiri. Sebelum mula latihan tetapkan dahulu sasaran kerana ia boleh menentukan jenis dumbbell mana yang sesuai digunakan.
Sebagai contoh jika ingin bina otot, dumbbell yang berat lebih sesuai. Manakala yang bersaiz medium sesuai untuk membesarkan otot dada, kaki dan belakang badan.
Jika anda baru mula menggunakan dumbbell sebagai alat senaman, silalah berlatih dengan trainer. Mereka akan dapat menentukan anda memerlukan dumbbell yang sesuai berdasarkan skil, ketahanan dan berat badan. Banyak gimnasium mempunyai krew terlatih jadi janganlah malu untuk dapatkan bantuan mereka.
Dan jika anda bersenam di rumah, dapatkan kelas fitness di atas talian. Atau anda boleh rujuk video tutorial daripada jurulatih bertauliah untuk menggunakan dumbbell dengan betul.
Seperti yang kami katakan di atas adna tak boleh tergopoh-gapah untuk terus menggunakan dumbbell yang berat. Sebaliknya mulalah dari bawah dengan membiasakan diri deangan berat sesuai.
Jika sudah selesa anda boleh terus menukar ke berat lebih tinggi mengikut keupayaan fizikal. Untuk sentiasa alert, catatlah rutin work out anda untuk mengetahui sejauh mana anda telah berjaya.
Kadang-kadang minda kita boleh memperdayakan kekuatan sendiri. Dalam kepada anda yakin untuk melakukannya sedangkan badan anda masih belum sampai ke tahap itu.
Disebabkan itulah anda perlu tahu bila untik berhenti dan step back. Jika anda tak boleh melakukan 7 rep berturut-turut itu bermakna anda belum bersedia.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
HYROX Singapore 2026 sekali lagi membuktikan bahawa dunia kecergasan kini berada pada tahap yang luar biasa kompetitif, dengan kemunculan atlet berprofil tinggi yang bukan sahaja konsisten, tetapi mampu mendominasi pentas antarabangsa.
Dunia kecergasan global terus menyaksikan kemunculan atlet berprofil tinggi yang bukan sahaja konsisten, tetapi mampu mendominasi pentas antarabangsa. Terbaharu, dua nama besar dari Korea Selatan, Choi Minho dan Hong Beomseok, mencuri perhatian di HYROX Singapore 2026 dengan prestasi luar biasa.
Minho, yang juga anggota kumpulan K-pop SHINee, bergandingan dengan Hong Beomseok, naib juara ‘Physical: 100’ Musim 2, untuk mencipta kemenangan dalam kategori Doubles Lelaki 35 hingga 39 tahun.
Pasangan ini bukan asing dalam dunia HYROX. Dengan rekod kerjasama yang kukuh dalam beberapa kejohanan sebelum ini, mereka sekali lagi membuktikan keserasian apabila kembali bergabung untuk edisi Singapura yang berlangsung dari 3 hingga 5 April.
Bersaing pada hari pertama, Minho dan Beomseok berdepan cabaran yang menuntut ketahanan fizikal serta kekuatan mental tinggi.
HYROX sendiri dikenali sebagai pertandingan fitness indoor berintensiti tinggi yang menggabungkan larian sejauh 8 kilometer bersama lapan stesen senaman berbeza.
Setiap kilometer menuntut peserta melengkapkan cabaran seperti SkiErg, Sled Push, Sled Pull, Burpee Broad Jump, Rowing, Farmer’s Carry, Sandbag Lunges dan Wall Balls, menjadikannya antara format perlumbaan kecergasan paling mencabar di dunia.
Dalam perlumbaan tersebut, Minho dan Beomseok berjaya mencatat masa keseluruhan 56 minit 21 saat, sekali gus meraih tempat pertama dalam kategori mereka. Lebih mengagumkan, mereka turut menduduki tempat keempat keseluruhan daripada 1,144 peserta.
Tidak terhenti di situ, Minho turut mengambil bahagian secara individu dalam kategori Lelaki 30 hingga 34 tahun. Beliau menamatkan perlumbaan dengan masa 1 jam 13 minit 9 saat, menduduki tempat ke-11 dalam kategorinya serta ke-52 daripada 1,556 peserta keseluruhan di HYROX Singapore 2026.
Pencapaian ini sekali lagi mengukuhkan reputasi Minho sebagai seorang atlet serba boleh yang semakin mendapat pengiktirafan dalam dunia kecergasan global, jauh melangkaui imejnya sebagai seorang artis.
Dalam masa sama, Hong Beomseok turut meneruskan dominasi dengan menyertai kategori Pro Doubles Lelaki 35 hingga 39 tahun bersama atlet elit Amerika, Gabe Heck. Gandingan tersebut bukan sahaja menjuarai kategori mereka, malah muncul juara keseluruhan.
Kejayaan ini membuktikan konsistensi luar biasa Beomseok merentasi pelbagai kategori dalam HYROX Singapore 2026.
Di luar kejohanan Singapura, kedua dua atlet ini sebenarnya telah membina rekod yang mengagumkan dalam HYROX. Minho telah menyertai sembilan perlumbaan sejak tahun lalu termasuk di Jepun dan Taiwan.
Manakala Beomseok mempunyai pengalaman lebih luas dengan 26 perlumbaan di pelbagai negara seperti India, Korea Selatan dan China. Kejayaan mereka di HYROX Singapore 2026 pastinay cukup manis!
Fenomena HYROX sendiri kini semakin berkembang sebagai satu trend global dalam dunia kecergasan. Ia bukan sahaja menarik minat atlet profesional, tetapi juga selebriti yang ingin mencabar kemampuan fizikal mereka.
Antara nama yang pernah menyertai cabaran ini termasuk Anne Curtis dan Erwan Heussaff, selain pasangan Kim Molina dan Jerald Napoles yang mengambil bahagian di Korea Selatan pada November lalu.
Apa yang membezakan HYROX daripada pertandingan lain adalah gabungan unik antara ketahanan, kekuatan dan strategi, menjadikannya platform sebenar untuk menguji had fizikal manusia.
Dalam konteks gaya hidup moden, kejayaan Minho dan Beomseok di HYROX Singapore 2026 membawa satu mesej jelas — kecergasan bukan lagi sekadar rutin, tetapi satu disiplin yang memerlukan komitmen serius.
Dan dalam dunia yang semakin kompetitif, mereka membuktikan bahawa konsistensi, mentaliti dan disiplin adalah kunci untuk berada di tahap tertinggi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang