Ramai pelari tegar percaya — kalau nak laju, kena lakukan lari setiap hari. Tapi benarkah konsep “no days off” ini membawa lebih banyak manfaat daripada mudarat? Dalam dunia fitness, semangat konsisten memang penting, tapi bila tubuh mula “memberontak”, itu petanda anda mungkin terlebih memaksa.
Kebanyakan lelaki aktif sukakan rasa kepuasan selepas berpeluh. Endorphin tinggi, mood pun stabil. Namun, berlari setiap hari tanpa rehat bukan tanda disiplin mutlak — ia sebenarnya boleh jadi langkah menuju kecederaan dan prestasi yang merosot. Larian yang sihat perlukan keseimbangan antara kerja keras dan pemulihan.
Kalau anda antara mereka yang obses dengan mileage harian, ini lima risiko utama lari setiap hari yang perlu anda faham sebelum kaki mula protes.
1. Risiko Kecederaan Berulang (Overuse Injury)
Antara kesan paling biasa ialah shin splints, runner’s knee, atau Achilles tendonitis. Bila otot dan sendi tidak diberi masa pulih, tekanan mikro terkumpul dan akhirnya mencetuskan kecederaan kronik. Walaupun rasa sakit kecil nampak remeh, lama-kelamaan ia boleh buat anda terpaksa berhenti berbulan.
2. Penurunan Prestasi (Overtraining Fatigue)
Ironinya, semakin kerap anda melakukan lari setiap hari tanpa rehat, prestasi anda boleh menurun. Badan yang letih akan memaksa otot bekerja separuh daya. Hasilnya — pace semakin perlahan, stamina merosot dan risiko “burnout” meningkat.
Ads
3. Sistem Imun Jadi Lemah
Kajian menunjukkan pelari yang tidak cukup rehat lebih mudah jatuh sakit kerana sistem imun menurun. Tubuh yang sentiasa berada dalam mod tekanan menghasilkan kortisol berlebihan, menjadikan anda mudah diserang demam atau selesema.
4. Gangguan Tidur dan Mood
Ramai tidak sedar, lari setiap hari tanpa pemulihan boleh mengganggu hormon tidur dan serotonin. Anda mungkin mula rasa cepat marah, sukar fokus atau mengalami insomnia — tanda klasik overtraining syndrome.
Berlari setiap hari melibatkan pergerakan sama berulang kali. Tanpa latihan kekuatan (strength training), otot bahagian atas badan dan core akan ketinggalan. Ini menyebabkan postur tidak seimbang dan meningkatkan risiko kecederaan ketika larian panjang.
Bila Perlu Berehat?
Tubuh anda sendiri akan beri isyarat — rasa lenguh melampau, prestasi menurun atau degupan jantung rehat lebih tinggi daripada biasa. Hari rehat bukan tanda malas; ia bahagian penting dalam proses adaptasi. Pelari elit dunia sekalipun ada sekurang-kurangnya satu atau dua hari tanpa larian setiap minggu.
Konsisten itu bagus, tapi bijak itu lebih penting. Lari setiap hari bukan jaminan jadi lebih kuat, malah boleh jadi undangan kepada kecederaan. Tubuh manusia perlu ruang untuk pulih — dan dalam dunia fitness, rehat ialah sebahagian daripada latihan itu sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan memang ramai gunakan serbuk kopi segera untuk dijadikan sebagai sumber minuman yang paling cepat sama ada di rumah mahu pun pejabat. Namun, kopi segera sangat bahaya untuk kesihatan.
Namun demikian, tidak semua orang tahu menyedari bahawa serbuk instant tersebut boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang berlebihan.
Mana tidaknya, kandungan gula dalam setiap bungkusan serbuk minuman instant itu ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori.
Selain alasannya dapat membantu untuk membuatkan kita lebih bertenaga pada awal pagi, ini risikonya yang perlu anda hadapi jika selalu mengamalkan minum kopi segera.
Ramai yang menganggap minuman ini mampu memberi lebih tenaga padahal kesan placebomya cuma untuk sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar, anda perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Bukannya menerusi minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga, ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
Kebanyakan makanan dan minuman segera atau dalam tin mengandungi bahan kimia acrylamide. Menurut kajian kesihatan dari Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus membuatkan anda mudah obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dinafikan, Henry Cavill yang terkenal melakonkan watak sebagai Superman merupakan seorang aktor memiliki fizikal yang cukup tegap dan berotot.
Seperti mana yang anda semua tahu, demi melakonkan watak sebagai Superman dia telah melalui pelbagai rejim senaman, diet dan corak latihan yang cukup konsisten serta pada tahap tertinggi.
Pasti anda juga teringin mempunyai otot badan sepertinya. Antara bahagian badan Superman ini yang sering mendapat perhatian ialah otot belakangnya.
Ia murupakan kawasan otot yang cukup penting untuk membina badan yang tegap dan ‘sado’ ialah otot belakang.
Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik. Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.
Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.
Ada hal yang sebenarnya sederhana akan tetapi tidak banyak umat muslim yang mengetahui akan hal ini dan masih malu untuk menanyakan perihal berhubungan dengan mencukur bulu kemaluan. Perlu anda ketahui jika mencukur bulu kemaluan adalah salah satu sunnah dari Rasulullah SAW dan menjadi fitrah yang baik sesuai dengan sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah ra, “Fitrah ada 5: khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, potong kuku, dan mencabut bulu kemaluan.” (HR. Bukhari 5891 dan Muslim 257).
Dari beberapa hadith yang mengatakan tentang kesunnahan mencukur bulu kemaluan, para ulama kemudian sepakat jika hukum mencukur bulu kemaluan adalah sunnah atau dengan kata lain dianjurkan. Akan tetapi, terjadi perbedaan pendapat dalam masalah mencukur atau mencabut bulu kemaluan tersebut.
Madzhab Hanafiyah mengatakan jika sunnahnya merupakan mencabut, akan tetapi madzhab Maliki mengungkapkan sebaliknya yakni sunnahnya bukan mencabut namun mencukur. Selain itu, madzhab syafi’i juga mempunyai pandangan yang berbeda yakni membedakan muslim yang masih single dengan perempuan yang sudah lanjut usia. Untuk kaum wanita muslim yang masih muda maka disunnahkan untuk mencabut bulu kemaluan. Sedangkan untuk wanita yang sudah lanjut usia, disunnahkan untuk mencukurnya saja.
Sedangkan madzhab Hambali atau Imam Ahmad berpendapat jika sunnahnya adalah mencukur dan pendapat terakhir ini disetujui Lembaga Kajian Fatwa Arab. lembaga tersebut mengungkapkan jika manfaat dari sunnah mencukur bulu kemaluan adalah untuk menjaga kebersihan di sekitar alat vital dan juga meningkatkan pembuluh darah saat berjima dan terhindar dari penyakit karena bakteri yang tumbuh serta berkembang biak diantara bulu kemaluan tersebut.
Hadith Mencukur Bulu Kemaluan Dalam Islam
Dari A’isyah radliallahu ‘anha, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada sepuluh hal dari fitrah (manusia); Memangkas kumis, memelihara jenggot, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung), potong kuku, membersihkan ruas jari-jemari, mencabut bulu ketiak, mencukup bulu pubis dan istinjak (cebok) dengan air. ” (H.r. Muslim, Abu Daud, Turmudzi, Nasa’i, dan Ibn Majah).
Dalam hadits diatas memperlihatkan jika mencukur bulu atau pun rambut tertentu hukumnya adalah disyariatkan dan tidak dilarang.
Sementara dalam riwayat lainnya yakni dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada lima hal termasuk fitrah; Istihdad, khitan, memangkas kumis, mencabut bulu kemaluan, dan memotong kuku.” (HR. Bukhari, Muslim dan yang lainnya)
Kemudian, Imam as-Syaukani memberi penjelasan, Istihdad adalah mencukup bulu kemaluan. Digunakan istilah istihdad, yang artinya mengunakan pisau, karena dalam mencukurnya digunakan pisau. Sehingga bisa dilakukan dalam bentuk dicukur (habis), dipotong (pendek)… (Nailul Authar, 1: 141)
but bulu kemaluan.” (HR. Bukhari 5891 dan Muslim 257).
Dari beberapa hadith yang mengatakan tentang kesunnahan mencukur bulu kemaluan, para ulama kemudian sepakat jika hukum mencukur bulu kemaluan adalah sunnah atau dengan kata lain digalakkan. Akan tetapi, terjadi perbedaan pendapat dalam masalah mencukur atau mencabut bulu kemaluan tersebut.
Madzhab Hanafiyah mengatakan jika sunnahnya merupakan mencabut, akan tetapi madzhab Maliki mengungkapkan sebaliknya yakni sunnahnya bukan mencabut namun mencukur. Selain itu, madzhab syafi’i juga mempunyai pandangan yang berbeda yakni membedakan muslim yang masih single dengan perempuan yang sudah lanjut usia. Untuk kaum wanita muslim yang masih muda maka disunnahkan untuk mencabut bulu kemaluan. Sedangkan untuk wanita yang sudah lanjut usia, disunnahkan untuk mencukurnya saja.
Sedangkan madzhab Hambali atau Imam Ahmad berpendapat jika sunnahnya adalah mencukur dan pendapat terakhir ini disetujui Lembaga Kajian Fatwa Arab. lembaga tersebut mengungkapkan jika manfaat dari sunnah mencukur bulu kemaluan adalah untuk menjaga kebersihan di sekitar alat vital dan juga meningkatkan pembuluh darah saat berjima dan terhindar dari penyakit karena bakteri yang tumbuh serta berkembang biak diantara bulu kemaluan tersebut.
Bolehkah Suami Mencukur Bulu Kemaluan Isteri Atau Sebaliknya ?
Ada sebagian umat muslim pasangan suami istri yang mempertanyakan apakah boleh istihad dilakukan oleh suami karena alasan suami tidak susah saat mencukur bulu kemaluan sendiri dan supaya lebih mesra dan alasan lainnya?. Saat suami membantu istri melakukan istihdad, maka pastinya juga akan melihat aurat yang dimiliki istri atau sebaliknya dan terdapat dua pendapat ulama mengenai hal tersebut.
Ulama yang memakruhkan memiliki dalil dengan hadits riayat Aisyah radhiyallahu ‘anha yang berkata, “Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sama sekali”. (HR. Ibnu Majah)
Mubah
Pendapat jumhur ulama yang menilai hadits Aisyah tersebut dhaif seperti yang disebut Al Hafizh Ibnu Rajab. Selain itu dalil lain adalah riwayat Aisyah dalam Bukhari dan Muslim yang berkata, “Aku pernah mandi bersama Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam dari satu bejana antara aku dan beliau. Kemudian beliau bergegas-gegas denganku mengambil air, hingga aku mengatakan: tinggalkan air untukku, tinggalkan air untukku”. Ia berkata; “Mereka berdua saat itu dalam kondisi junub”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Dalam Fathul Bari dijelaskan jika ulama seperti Ad Daudi berdalil dengan hadits berhubungan dengan suami yang memandang aurat istri. Sedangkan hadits lain yang dijadikan pegangan untuk memperbolehkan suami melihat aurat istrinya adalah dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Jagalah auratmu kecuali dari istrimu”. (HR. Tirmidzi dan Abu Daud, hasan)
Ibnu Hajar Al Asqalani juga memberi penjelasan jika hadith ini memperlihatkan boleh suami melihat aurat istri. Ibnu Hazm Azh Zhahiri juga menegaskan, “Boleh bagi suami untuk memandang ‘milik’ istri sebagaimana istri juga boleh memandang ‘milik’ suami. Hal itu tidak dianggap makruh sama sekali.”
Ada beberapa tip yang harus diperhatikan saat mencukur bulu kemaluan dalam ajaran agama Islam, seperti:
Siapkan alat cukur yang dikhususkan untuk mencukur bulu area kemaluan, gunting untuk merapikan, pisau cukur atau silet untuk mencukur habis.
Saat mencukur bulu kemaluan, sebaiknya jangan dilakukan dari bulu kemaluan yang lebat sampai benar-benar habis sama sekali. Awali dengan memotong sedikit lebih pendek di setiap minggunya dan dilanjutkan pada minggu berikutnya begitu pun selanjutnya. Awali dengan bidang dari sudut bulu kemaluan yang lebih kecil dan lebih kecil lagi dengan cara mencukurnya.
Tambahkan juga dengan lapisan sabun atau jeli yang baru setiap kali anda mencukur bulu kemaluan. Anda juga mungkin akan membutuhkan sedikit minyak diantara kulit yang halus terutama untuk anda yang memiliki kulit sensitif.
Merendam dengan air hangat atau memakai air hangat sebelum mulai mencukur bulu kemaluan berfungsi untuk melembutkan bulu di sekitar kemaluan tersebut sehingga akan lebih mudah di gunting atau di cukur sekaligus tidak memakan banyak waktu.
Oleh kerana kulit di sekitar kemaluan sangat tipis dan sensitif, maka tidak disarankan untuk mencabut bulu kemaluan sebab akan menimbulkan efek sampingan dan terasa sakit.
Cukurlah bulu kemaluan dengan arah pertumbuhan bulu dan amati pola ini sesudah anda memotong pendek bulu kemaluan tersebut. Untuk orang yang sudah berpengalaman bisa mencukurnya dengan arah berlawanan dari arah pertumbuhan rambut sesudah dilakukan pada arah serat kemudian memakai gerakan lembut sehingga hasil cukuran bisa bagus. Akan tetapi cara ini jangan dilakukan untuk anda yang baru bermula.
Pakai juga kaca berukuran besar yakni seukuran tubuh anda dan juga pencahayaan yang baik supaya hasil pencukuran bisa baik dan rapi.
Sesudah anda selesai mencukur, maka aplikasikan juga pelembap untuk menyegarkan dan menyejukkan area kulit kemaluan anda. Berhati-hati dengan wangian atau bahan tambahan dari pelembap yang akan menimbulkan iritasi kulit dan lebih baik gunakan babi oil untuk mengurangi iritasi sesudah selesai mencukur
SUMBER : DALAM ISLAM.COM
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.