Nak membakar kalori, bukan setakat bersenam sahaja. Sebenarnya dengan melakukan aktiviti seharian pun, anda masih boleh membakar kalori.
Menurut seorang doktor bernama Dr. Mosley, memang benar bersenam boleh bakar kalori, tetapi hakikatnya jumlah kalori yang dibakar lebih rendah berbanding apa yang kita rasakan berlaku.
“Sebenarnya tubuh kita sentiasa membakar kalori. Walaupun ketika duduk, kita masih boleh membakar kalori,” kata Dr.Mosley.
Jangan sempitkan pemikiran anda bahawa hanya bersenam sahaja boleh membakar kalori. Sebenarnya 12 aktiviti ini juga boleh membantu anda membakar kalori dengan mudah.
1. Naik tangga
Setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun sedikit, lebih baik daripada tiada langsung. Jika pejabat atau rumah anda ada tangga, gunakan tangga ni dengan sebaik mungkin.
2. Parking kenderaan jauh
Jika anda parking kenderaan jauh ini akan memaksa anda untuk banyak berjalan. Ini sekali gus membantu anda untuk membakar lakori dengan mudah.
3. Makan dengan lebih kerap
Ads
Amalan makan secara kerap memang digalakkan ketika berdiet kerana badan akan kerap mencernakan makanan dan membuatkan anda lebih aktif. Anda seharusnya makan dalam kuantiti yang sedikit dan berulang agar tidak mudah lapar. Elak skip waktu makan.
4. Makan makanan pedas
Cili mengandungi capsaicin yang akan memanaskan badan, mempercepatkan metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.
5. Sexercise dengan pasangan
Melakukan hubungan intim merupakan senaman yang baik kerana ia juga dapat membakar banyak kalori. Tahukah anda sexercise dalam 30 minit dapat membakar 100 kalori atau lebih.
6. Tengok cerita seram
Ads
Kajian saintifik menunjukkan bahawa tengok filem seram dapat membantu anda untuk membakar kalori dalam badan. Ini dibuktikan dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Westminster. Mereka mendapati bahawa kadar nadi jantung akan meningkat hasil daripada menonton cerita seram yang akan membakar kira-kira jumlah kalori yang sama jika anda berjalan kaki selama satu setengah jam.
7. Ketawa
Orang yang gemar ketawa bukan saja ceria malah sihat. Jika anda ketawa selama 20 minit, anda telah membakar sekitar 70 kalori. Ini fakta, bukan rekaan! Jadi, teruskanlah ketawa.
8. Minum kopi
Satu kajian di Sepanyol ada menyebut bahawa atlet yang diberi minuman kafein sebelum melakukan latihan akan membakr kalorinya sebanyak 15% lebih banyak jika dibandingkan dengan mengambil minum suplemen.
Ads
9. Jalan-jalan di pusat membeli
Membeli belah juga bagus kerana lagi banyak berjalan, lebih banyak kalori yang dibakar. Tahukah anda, berjalan selama 45 minit dengan membawa troli mampu membakar lebih 100 kalori.
10. Kemas & bersihkan rumah
Daripada menonton tv, ada baiknya anda gerakkan tubuh dengan buat aktiviti mudah di rumah. Misalnya membersihkan dapur atau mencuci tandas. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan degupan jantung, sekali gus membakar kalori sama seperti anda berlari atau berjoging.
11. Buat gerakan malas
Tanpa perlu banyak tenaga atau pakaian yang bersesuaian, anda hanya perlukan gerakan kecil untuk membakar kalori. Gerakan ‘malas’ seperti menghentakkan kaki di lantai atau bergerak-gerak dengan kerusi pejabat boleh membakar 350 kalori. Walaupun tabiat ini nampak agak menjengkelkan namun apa salahnya, jika ia mampu membakar kalori kan?
12. Karaoke
Jangan pedulikan sama ada suara anda sumbang atau tidak. Lontarkan sahaja suara anda dengan penuh keyakinan dan ajak rakan-rakan ke pusat karaoke. Anda boleh membakar hampir 140 kalori dengan menyanyi selama satu jam sahaja. Menarik bukan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti yang telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini, Elak Mati Pucuk Di Usia Muda. Amalkan Tip Mudah Ini jika anda salah seorang yang berhadapan dengan mati pucuk, kami telah menasihatkan anda agar tidak makan ubat-ubat yang terjual di luar sana untuk menguatkan tenaga waktu malam anda. Dalam artikel kali ini, kami akan sediakan beberapa jenis ubat dan vitamin yang jika diambil secara berlebihan akan mengundang maut pada masa hadapan. Kalau boleh tak payah ambil langsung. Terus berjumpa dengan doktor. Ubat-ubat dan herba ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa ia mengandungi bahan terlarang. Ini antaranya:
Bazooka Pills
Kononnya Ia dapat membantu seorang lelaki untuk membesarkan alat kemaluan kalau rasa ia terlalu kecil dan memberi lebih efektif. Ia juga dapat melancarkan pendarahan dalam tubuh badan serta memberi kepuasan 100%. Bahan-bahan yang digunapakai terdiri daripada herba yang bukan saja bagus untuk zakar anda, malah untuk kesihatan anda.
Bio Rehmannia Plus
Ia bagus untuk kegunaan bagi lelaki dan wanita kerana masing-masing boleh membantu dalam tingkatkan ketahanan dan lambatkan pancutan air mani, naikkan hormone testosterone lelaki tingkatkan aktiviti pengeluaran sperma Kuatkan otot badan, menaikkan tenaga dalaman lelaki. Untuk wanita pula ia dapat menaikkan Libido serta keinginan seksual serta meningkatkan kesuburan dan dapat membantu mengurangkan tekanan darah.
Bull’s Genital Pills
Ia membantu untuk membuatkan sperm anda berkekalan lebih lama, dan ia boleh mempercepat sel darah yang bertambah dan menimbulkan sperma. Walaubagaimanapun ia tetap mempunyi bahan terlarang.
Cobra X
Ramuan tradisional berbentuk ekstrak yang disempurnakan, merupakan intisari tumbuhan tumbuhan pilihan yang mengandung bahan bahan aphrodisiac terdiri daripada daun, akar, kulit, pohon, biji tanaman ubat yang dikombinasikan dengan bahan Viagra. Bahan-bahannya bersifat tradisional, namun ia turut mempunyai bahan terlarang.
Emperor Huang Saint Medicine
Produk ini sudah terkenal di China dan kini mereka meluaskan pemasaran di Malaysia. Tentulah ia dapat membantu dalam menguatkan stamina lelaki dan wanita tapi anda sendiri tahu kesannya di kemudian hari kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda inginkan kelainan apabila menikmati makanan sihat? Makanan sihat seperti salad, buah-buahan kalau diambil hari-hari pun pasti akan bosan kan? Selain daripada anda boleh menikmati mentega kacang untuk pelbagaikan menu sihat anda, apa kata kalau anda ambil telur. Ini kerana telur mempunyai banyak khasiat dimana:
Khasiat Protein
Ini fakta yang semua orang tahu, jika anda bosan mengambil protein seperti daging dan ayam, mungkin anda boleh ambil telur sebagai pelengkap protein anda. 1 biji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.
2. Sumber Vitamin B
Menurut vitamin4kesihatan.com, Telur mengandungi khasiat vitamin B2 dan B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalammeningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.
4. Sumber Mineral
Selain daripada mengandungi anti-oksidan, telur juga mengandungi khasiat mineral seperti selenium, dan sumber iron yang penting untuk melancarkan perjalanan darah.
Tapi kalau anda ingin kelainan dengan makan jenis telur yang berbeza, apa kata anda cuba makan telur puyuh. Sedap pun sedap! Berbeza dengan telur-telur yang lain yang kadangkala boleh menyebabkan alergi atau mengandungi kolestrol yang boleh menyumbang kepada kesakitan merosot, telur puyuh bertindak sebagai telur yang berbeza dari kawan-kawannya.
Ini kerana telur puyuh bebas dari kolestrol kurang baik atau LDL. Sesuai dengan bentuknya yang kecil molek, ia mengandungi jenis kolestrol yang baik untuk si pengambil.
Lemak yang ada pada telur puyuh sendiri adalah jenis lemak yang baik. jangn terlalu sogok dengan pemikiran bahawa lemak tidak baik untuk badan. Lemak amat diperlukan dalam badan untuk meimbangkan sistem tubuh badan kita. Namun pengambilannya haruslah secara sihat dan menikmati telur puyuh bukan satu masalah kerana ia tergolong dalam lemak yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Biasanya bila hidung berdarah, kita akan dongakkan kepala kononnya untuk menghentikan aliran darah tersebut. Rupanya cara yang kita buat selama ini salah.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih yang bertugas di Jabatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung & Tekak), mendongakkan kepala ketika hidung berdarah berisiko menyebabkan darah hidung masuk ke saluran pernafasan.
Jadi apa yang sepatutnya anda buat? Kalau nak tahu langkah sewajarnya yang anda perlu buat bila hidung berdarah, ikuti perkongsian ini.
1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.
2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!
3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.
4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.
5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.
6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.
Sila #kongsi tulisan ini kepada mereka yang anda sayang. Moga ia bermanfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
#doktortelingahidungtekak
Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.