Dalam dunia kecergasan, kita sering didewakan dengan konsep “No Pain, No Gain”. Kita mengejar otot yang lebih besar, larian yang lebih laju dan rekod peribadi (PR) yang lebih berat. Bagaimana dengan sendi?
Realitinya, otot boleh pulih dalam masa beberapa hari, tetapi kerosakan sendi. Terutama pada tulang rawan (cartilage) yang sering kali bersifat kekal atau mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.
Jika anda tidak meletakkan perlindungan sendi sebagai keutamaan nombor satu, anda sebenarnya sedang membina bangunan mewah di atas tanah runtuh.
Hard Drive Badan Anda
Otot adalah enjin, tetapi sendi adalah gear yang membolehkan enjin itu berfungsi. Apabila gear haus, seluruh sistem akan terhenti.
Ramai individu seawal usia 30-an terpaksa berhenti melakukan sukan kegemaran mereka bukan kerana mereka tidak cukup kuat, tetapi kerana lutut, bahu, atau tulang belakang mereka sudah “bersuara”.
Fakta Sains: Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Athletic Training, kecederaan sendi kronik bukan sahaja menamatkan kerjaya atlet, malah meningkatkan risiko Osteoarthritis (OA) seawal usia muda.
Ads
Kajian menunjukkan bahawa individu yang pernah mengalami kecederaan ACL mempunyai risiko sehingga 50% lebih tinggi untuk menghidap OA dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Tiga Kesilapan Besar
1. Ego Lifting
Menggunakan beban yang terlalu berat sehingga mengabaikan form atau teknik yang betul. Ini memberikan tekanan mekanikal melampau pada kapsul sendi.
2. Mengabaikan Mobiliti
Ramai yang keliru antara fleksibiliti dan mobiliti. Mobiliti adalah kemampuan bergerak aktif dalam julat penuh. Tanpa mobiliti, sendi lain akan dipaksa “bekerja lebih” untuk menampung kekurangan tersebut.
3. Latihan Berimpak Tinggi Tanpa Rehat
Melompat atau berlari di atas permukaan keras tanpa fasa pemulihan yang cukup akan menghauskan pelincir semula jadi sendi anda.
Untuk memastikan anda masih mampu bersenam sehingga usia 70-an, anda perlu menukar strategi latihan hari ini. Lindungi sendi anda dengan amalan berikut:
1. Utamakan “Technique Over Load”
Jangan tambah beban jika teknik anda masih goyah. Satu ulangan dengan teknik sempurna adalah lebih bernilai daripada sepuluh ulangan yang merosakkan lutut atau sendi utama.
2. Warm-up Dinamik adalah Wajib
Jangan terus melompat ke mesin beban. Gunakan 10–15 minit pertama untuk “melincirkan” sendi dengan pergerakan mobiliti seperti world’s greatest stretch atau cat-cow.
Ada perbezaan antara “sakit otot” (soreness) dan “sakit tajam” (joint pain). Jika anda terasa tajam atau berdenyut selepas latihan, itu bukan tanda kemajuan, itu adalah amaran kecemasan.
Latihan kecergasan adalah satu maraton, bukan pecutan 100 meter. Matlamat akhir kita bukan sekadar nampak hebat di cermin hari ini, tetapi kekal tangkas dan bebas sakit di masa hadapan.
Ingatlah pesanan ini, otot boleh dibina semula, tetapi sendi yang rosak adalah harga yang terlalu mahal untuk dibayar demi sebuah ego. Peliharalah sendi anda hari ini untuk kekal aktif sepanjang hayat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali istilah berikut :
Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung.
Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
Asap yang mengandung nikotin yang dihirup ke dalam paru-paru akan mencapai ke otak hanya dalam masa enam saat. Bahan rokok termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, formalin, amonia, hidrogen sianida, arsen dan DDT. Rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, termasuk 43 penyebab kanser (karsinogenik) senyawa yang dikenal dan 400 racun lain. Walaupun tidak seserius ketagihan heroin, kecanduan nikotin juga menimbulkan risiko kesihatan yang sangat serius dalam jangka masa panjang. Bagi anda yang merokok dan sangat sukar untuk menghentikannya, berikut ini ada beberapa tips mudah untuk menghilangkan nikotin di dalam tubuh.
Air putih sangat baik bagi kesihatan dan sudah banyak bukti bahawa air putih adalah air super yang mampu menghilangkan penyakit.
Minum 8 gelas air setiap hari akan meningkatkan ion dalam tubuh selain dapat menghindari tubuh dari Dehidrasi.
Air kelapa sangat baik untuk menghilangkan toksin atau racun dalam tubuh dan rokok adalah sumber toksin terbanyak dalam tubuh perokok.
Selain itu kandungan air kelapa juga sangat baik untuk merangsang pertumbuhan sperma.
Menurut kajian, air kelapa mengandungi banyak vitamin, antaranya adalah vitamin C yang sangat baik bagi kesihatan terutama bagi perokok tegar.
Air kelapa juga mengandungi nikotinat, folat, pantotenat, biotin serta riboflavin.
Tidak hairanlah jika air kelapa juga dimanfaatkan sebagai bahan perubatan tradisional termasuklah kecantikan.
Di samping itu, secara khusus, air kelapa kaya potasium (kalium) dan selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (bervariasi antara 1.7 sampai 2.6 peratus) dan protein (0.07- 0.55 peratus).
Seperti air kelapa, perokok juga disarankan untuk memakan buah-buahan yang mengandungi tinggi Vitamin C.
Selian air kelapa anda juga boleh meminum jus lemon yang banyak mengandungi vitamin C.
Strowberi juga sangat dianjurkan bagi anda yang ingin menghilangkan nikotin didalam tubuh kerana di dalamnya banyak mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk tubuh.
Buah kiwi adalah buah dari Australia yang kini sudah banyak tersebar di seluruh dunia.
Buah Kiwi membantu menghilangkan nikotin dari tubuh yang kaya vitamin A, C dan E kerana ketika merokok, kadar vitamin akan berkurangan.
Semoga memberi manfaat.
sumber: majalahsehat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum ini banyak kali terserampak dengan mereka yang melakukan terapi ini. Dimana kaki mereka direndamkan di dalam satu bekas yang berisi dengan air. Disamping itu, ada satu alat lain yang dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Dikatakan alat inilah yang akan mengeluarkan segala toksin daripada kaki.
Setelah beberapa minit, warna air tersebut akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Jika dibiarkan semakin lama, warna air tersebut akan menjadi lebih pekat dan berkeladak. Orang yang menyediakan rawatan tersebut mesti akan berkata, inilah toxin yang keluar daripada badan pelanggan.
Tetapi sejauh mana kebenaran perkara ini?
Dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4 kalau tak silap saya ada mengajarkan tentang satu proses kimia yang dinamakan sebagai ELEKTROLISIS.
Elektrolisis ini dedifinasikan sebagai satu teknik yang menggunakan arus elektrik utk menghasilkan satu tindak balas kimia
Saya ingin memperkatakan bahawa rawatan tersebut hanya menggunakan proses elektrolisis supaya tindak balas kimia dapat berlaku dan akan menyebabkan warna air bertukar warna. Ianya langsung tidak akan mengeluarkan toxin daripada dalam badan. MESIN TERSEBUT HANYA MENJALANKAN PROSES ELEKTROLISIS.
Anda pun boleh melakukan proses elektrolisis ini dirumah. Prosedurnya adalah
1) Ambil 2 batang rod besi
2) Sambungkan rod besi ini kepada bateri
3) Rendamkan kedua2 rod besi itu ke dalam satu bekas air. Bekas air kecik pun jadi
4) Larutkan sedikit garam ke dalam air supaya arus elektrik dapat bergerak dgn lebih senang.
Keputusannya, air tetap akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Ini disebabkan rod besi pada bahagian cathode akan dioksidakan menjadi ion ferum 3+ yang berwarna coklat. Ion ferum 3+ inilah yang akan menukarkan air menjadi warna coklat sama seperti coklat pada besi yang berkarat.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, rawatan ini hanyalah salah satu proses kimia yang mana ia disalahgunakan oleh orang lain untuk menipu masyarakat. Harap kita tidak lagi ditipu oleh rawatan sebegini.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.
Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.
Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .
Apa itu hormon dopamine?
Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.
Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.
Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .
Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.
Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’yang kita lakukan itu baik untuk kita.
Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum. Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.
Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali, pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.
Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.
Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak dibanjiri dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.
Sekali dengar, memenuhkan otak dengan hormon yang membuatkan kita gembira seolah-olah tidak ada salahnya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti contoh junk-food tadi, adakah cukup sekadar sedap dan enak? Bagaimana kesannya daripada sudut kesihatan?
Masalah berpunca bila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine
Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.
Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bilamana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.
Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup teransang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.
Ini bertujuan meransang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi. Akhirnya pengguna tidak akan berasa normal tanpa dopamine yang tinggi kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kadar dopamine yang tinggi.
Perkara kecil yang boleh membuat mereka gembira seperti berjumpa rakan ataupun bermain sukan yang diminati, tidak lengkap tanpa lebihan dopamin yang datangnya daripada porno, jadi mereka akan rasa tidak selesa, cemas, murung, dan stres sehinggalah mereka kembali menonton porno.
Dalam bahasa yang mudah, sistem tubuh badan mereka tidak lagi normal seperti manusia biasa yang tidak terlibat dengan porno.
Situasi ini bertambah buruk, apabila Dopamine bergerak di dalam otak dengan jalannya yang tersendiri. Jalan ini dikenali sebagai iFosB.
Setiap kali dopamine dihasilkan, jalan baru iFosB akan terbentuk. iFosB berfungsi mengingatkan kita apa tindakan yang kita buat menyebakan dopamine terhasil dan seterusnya kita akan menjadi gembira dan seronok.
Contohnya satu hari kita jumpa yang dijual ditepi jalan. Asalnya kita mahu mencubanya sahaja, tetapi disebabkan sedap dan secara tidak langsung dopamine terhasil dan terbentuklah iFosB.
Maka iFosB ini akan mengingatkan kita diwaktu yang lain, sekiranya nak makan nasi lemak sedap sila pergi beli kat nasi lemak ayah hensem tadi. Inilah aturan yang akan berlaku dalam otak kita sekiranya berlaku pengambilan dadah, alcohol atau apa-apa sahaja yang menyebabkan ketagihan.
Tidak terkecuali bagi pornografi. Malah lebih berbahaya kerana bahan porno murah malah terlalu banyak yang percuma dan mudah untuk didapati. Semakin banyak menonton pornografi, semakin banyak jalan/laluan iFosB terhasil. Penghasilan iFosB yang banyak hasil daripada menonton pornografi menyebabkan mereka lebih mudah untuk menonton pornografi walaupun mereka tidak mahu dan tahu kesan buruk pornografi. Kerana mereka sudah berada dalam ketagihan.
Dan risiko bagi golongan remaja lebih tinggi kerana reward pathway mereka bertindak balas 2-4 kali ganda lebih hebat berbanding orang dewasa.
Ini bermakna dopamine yang dihasilkan lebih banyak. iFosB juga turut terhasil dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka akan berada dalam ketagihan yang kronik.
Pornografi bukan lagi menjadi satu perkara yang malu untuk kita cakap dan bincangkan tetapi perkara yang kita sepatutnya takut dan bimbang. Kerana kesan pornografi tidak nampak pada luaran, tetapi dalaman.
Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan statistik penonton pornografi dan kes-kes yang berlaku disebabkan pornografi.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.