Photo by Eren Li: https://www.pexels.com/photo/crop-young-man-sitting-on-bed-at-home-7241287/

Baru separuh jalan sampan didayung, sudah karam di tengah sungai…

Masalah ejakulasi pramatang bukan hanya menjadikan hubungan seksual hambar, bahkan ia boleh menjadi satu masalah ‘senyap’ dalam perhubungan suami isteri. Tidak selalu dibicarakan, namun simptom ini boleh diatasi dengan bantuan yang tepat.

Bagaimanakah ejakulasi pramatang terjadi? Apakah faktor yang mendoroang kepada keadaan ini.  Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang disenaraikan di bawah.

Faktor Fizikal- Kecacatan anatomikal, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, atau gangguan hormon seperti kadar hormon testosteron yang rendah boleh mempengaruhi kawalan ejakulasi.

Faktor Psikologi- Kecemasan, tekanan, kebimbangan atau masalah emosi seperti depresi dan stres boleh menyebabkan ejakulasi pramatang.

IKLAN

Kurang Senaman – Keadaan fizikal yang lemah seperti otot dasar pelvik yang lemah boleh menyumbang kepada kurangnya kawalan ejakulasi. Jadi rajin-rajinlah bersenam sekurangnya tiga kali seminggu.

Stimulasi Seksual Berlebihan – Stimulasi seksual yang terlalu intens atau berlebihan boleh menyebabkan ejakulasi yang terlalu cepat.

IKLAN

Perhubungan Tidak Stabil – Konflik dalam hubungan, masalah komunikasi, atau masalah pasangan boleh mempengaruhi prestasi seksual. Hubungan rumah tangga yang harmoni menjamin hubungan intim yang lebih puas.

Gangguan Saraf – Gangguan saraf seperti neuropati atau gangguan prostat boleh memberi kesan terhadap kawalan ejakulasi.

IKLAN

Keletihan Dan Stress – Kehidupan yang sibuk, keletihan kronik, atau stres boleh mengganggu fungsi seksual.

Jika anda atau seseorang yang anda kenal mengalami masalah ejakulasi pramatang, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada seorang pakar perubatan atau pakar psikologi.

Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mengatasi masalah ini, termasuk kaedah psikoterapi, rawatan farmakologi, dan pendekatan lain yang disesuaikan berdasarkan punca sebenar masalah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI