Di negara kita cuaca panas dilaporkan bakal berpanjangan sehingga bulan September nanti. Cuaca yang panas agak bahaya jika seseorang itu terdedah secara terus di bawah cahaya matahari dalam masa yang lama.
Bagi mereka yang cukup sensitif perkara seperti ini boleh mengakibatkan hidung mereka berdarah. Apatah lagi jika ia berlaku kepada anak-anak kita yang masih kecil. Sedikit sebanyak kita pastinya risau dan agak panik bila ia berlaku.
Namun tahukah anda apabila seseorang itu mengalami pendarahan hidung mereka tidak boleh berbaring? MASKULIN tertarik dengan perkongsian MedTweetMY official menerusi laman Twitter mereka dengan satu untaian yang cukup menarik.
JANGAN sesekali BARING ketika hidung BERDARAH..!! Ini sangat BERBAHAYA kerana berpotensi menyebabkan darah memasuki paru-paru anda. Ingin tahu langkah AWAL & BETUL semasa hidung BERDARAH??? Ikuti Thread ini 👇👇 pic.twitter.com/AkoQTgvXR4
— MedTweetMY Official (@MedTweetMYHQ) June 27, 2022
Ikuti perkongsian mereka di bawah tentang perkara ini.
JANGAN PANIK!
Apabila anda atau ahli keluarga berdepan masalah hidung berdarah pertama sekali jangan panik. Pastikan anda dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan. Ia bertujuan mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung sekali gus berpotensi memasuki paru-paru.
PICIT HIDUNG
Kemudian picitkan bahagian hadapan hidung dengan lembut. Anda boleh oicit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama kira-kira lima minit. Sepanjang proses ini boleh teruskan bernafas menggunakan mulut.
KETULAN AIS
Selepas itu dapatkan ketulan kecil ais dan masukkan ke dalam plastik atau bungkusan kain. Letakkannya di atas dahi anda.
KEMAM AIS
Atau untuk mengecutkan saluran darah anda boleh kemam ketulan ais di dalam mulut.
JANGAN TELAN
Andai kata terdapat darah yang mengalir ke dalam mulut, sila jangan telah dan ludahkan keluar ais tersebut.
Selepas melakukan proses di atas pendarahan biasanya akan berhenti beberapa ketika kemudian.
KE JABATAN KECEMASAN
Andai kata selepas melakukan semua proses di atas hidung masih berdarah, segeralah bergegas ke Jabatan Kecemasan Hospital yang berdekatan kerana ia mungkin lebih serius dari apa yang anda fikirkan.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=YWzIHMPwvcM&t=179s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI