Elak Berpeluh-peluh, Intermittent Fasting Bantu Anda Turunkan Berat Badan!

Share

Jika anda tercari-cari kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan, Intermittent Fasting adalah salah satu cara yang boleh anda lakukan malah selamat untuk dipraktikkan.

Ia juga menjadi antara kaedah popular di kalangan ‘diet person’ serta seakan-akan trend mesti cuba di abad ini.

Jangan terkejut ya, Intermittent Fasting ini juga sebenarnya telah dipraktikkan ramai selebriti kerana ia memberi kesan positif kepada kesihatan dan penurunan berat badan.

Tahukah anda, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengamalkan diet Intermittent Fasting ini?

Bagi yang ingin mencuba, ini 6 kaedah popular untuk mengamalkan Intermittent Fasting dan jadual selama seminggu untuk rujukan anda.

1. The 16/8 Method: Puasa lebih daripada 16 jam setiap hari

Cara ini memerlukan anda berpuasa selama 14 hingga 16 jam dan tempoh makan dibuka selama 8-10 jam dalam masa sehari. Walaupun kedengaran agak memenatkan tetapi ia sangat mudah untuk dilakukan dan popular di kalangan orang yang sedang berdiet!

Apa yang memudahkan, sekiranya perut anda ‘berkeroncong’ atau lapar, anda tidak perlu berpuasa sepenuhnya apatah lagi menahan lapar. Anda dibenarkan untuk minum air seperti air kosong, teh serta kopi untuk membantu memberi keselesaan pada perut.

Pengambilan makanan sihat sangat penting sewaktu anda dibenarkan makan. Cuba elakkan daripada mengambil makanan ‘junk food’ berlebihan kerana ia akan menyebabkan diet anda gagal.

2. The 5:2 Diet: 600 kalori dua hari seminggu

Ia sama sahaja seperti hari-hari biasa anda, cuma bezanya dalam masa dua hari anda perlu mengambil makanan yang mengandungi 600 kalori dan tidak melebihi daripada jumlah yang ditetapkan ini.

3. Makan-berhenti-makan

Kaedah ini sangat popular di luar negara. Ia memerlukan anda berpuasa selama 24 jam (contoh dari pukul 7 malam hari ini sehingga 7 malam keesokan harinya).

Sama seperti The 16/8 Method, jika anda berasa lapar anda dibenarkan minum air kosong, teh ataupun kopi sahaja. Pengambilan makanan ‘solid’ tidak dibenarkan!

Perlu diingat ya sekiranya anda mengamalkan diet ini untuk menurunkan berat badan, anda perlu makan secara normal ketika berbuka. Jangan kurangkan kuantiti makanan dan kalori.

4. Puasa selang-seli

Selang-selikan waktu berpuasa anda dengan waktu makan biasa dalam masa seminggu. Sekiranya anda gagal untuk berpuasa, ada masih boleh menggunakan teknik yang sama tetapi mengambil makanan yang mempunyai kandungan kalori yang rendah.

Teknik ini tidak digalakkan buat ‘beginners’ kerana ia dikatakan agak ekstrem dan memenatkan!

5. The Warrior Diet

Diet ini sangat mudah untuk dilakukan di siang hari, tetapi tidak di waktu petang dan malam. Ini kerana ia memerlukan anda untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran di waktu pagi serta satu makanan berat di waktu tengah hari sehingga petang manakala selepas jam 4, anda perlu manahan perut sehingga keesokan pagi.

The Warrior Diet adalah salah satu diet popular dalam kaedah Intermittent Fasting.

6. Spontaneous Meal Skipping

Sebenarnya anda tidak perlu berpuasa seharian untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal. Dengan mengamalkan keadah ‘Spontaneous Meal Skipping’ atau melangkau masa makan juga sebenarnya boleh membantu untuk menurunkan berat badan.

Oleh itu, sekiranya anda tidak lapar di waktu siang anda boleh melangkau sarapan pagi anda. Anda hanya perlu memastikan yang anda mengamalkan makanan sihat sepanjang tempoh diet.

IKLAN