
Hari ahad minggu depan umat islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha serta jemaah haji memulakan ibadah Haji. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah Haji, kita akan menyambut perayaan hari raya korban.
Pada hari tersebut, selalunya orang akan melakukan korban dengan membeli bahagian lembu atau haiwan ternakan untuk dikorbankan. Ketika ini, golongan lelaki akan bergotong royong melapah serta menyembelih daging korban.
Namun, terdapat isu kesihatan yang kadangkala kita terlepas pandang iaitu cara pembungkusan daging untuk diagihkan kepada orang ramai.
Seorang Doktor, iaitu Dr. Rosli Abdul Jalil berkongsikan mengapa ianya bahaya untuk membungkusnya menggunakan plastik hitam.
BACA: Apakah Yang Berlaku Jika Kita Berhenti Ambil Daging?
TIADA PAKSAAN UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN PLASTIK SAMPAH HITAM KITAR SEMULA!
Saya menulis berpandukan bacaan dan pengetahuan tentang keburukan plastik sampah hitam kitar semula.
Di negara maju seperti USA, Canada dan beberapa negara Eropah mereka telah mengharamkan pengunaan plastik sampah hitam kitar semula untuk digunakan sebagai pembungkus makanan dan yang saya tulis TIDAK SESUAI untuk digunakan ketika membungkus daging korban.
BACA: Rugi Kalau Tak Jual, Tukar & Kitar Semula 16 Jenis ‘Sampah’ Ini Sebagai Duit Poket!
Ada bahan kimia bromine dan plumbum
Kajian di USA mendapati plastik kitar semula (recycled plastic) semula mengandungi bahan kimia BROMINE DAN PLUMBUM.
BROMINE adalah bahan yang bertanggungjawab kepada bertambahnya penyakit kanser, perkembangan anak-anak (developmental disorder), reproduksi isu, perubahan hormon thyroid dalam badan dan PLUMBUM pula penyebab kanser.
Atas faktor di atas juga, negara jiran kita iaitu Indonesia melalui kajiannya di Jabatan Veterinar telah menggesa rakyatnya untuk tidak menggunakan beg plastik sampah hitam kitar semula (Berita 27 Julai 2019) untuk digunakan sebagai pembungkus makanan termasuk daging korban.
Fikirkanlah bahawa Islam sangat menggalakkan kebersihan dan mengutamakan kesihatan untuk penganutnya!
Siri Prekuel ‘Game of Thrones’, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Rasanya kalau ada yang tidak pernah dengar tentang ‘Game of Thrones’ mungkin mereka adalah mangsa penderaan yang telah terkurung dalam sebuah bilik rahsia lebih 10 tahun seperti dalam filem ‘Old Boy’. Atau mungkin mereka sebenarnya terperangkap di dalam quantum realm seperti Scott Lang si Ant-Man dalam masa yang lama.
Samada anda adalah peminat setia atau tidak, nama-nama seperti Stark, Lannister dan Westeros pasti akan ditemui sama ada dalam media bercetak atau bertulis.
Siri televisyen yang telah memasuki musim ketujuh dengan sebanyak 67 buah epsiod ini akan muncul dengan musim baru pada tahun hadapan. Trailer pertamanya juga telah diperkenalkan beberapa hari yang lalu dan menjadi topik perbualan hangat penggemar drama TV dunia.
Dan pastinya ramai peminat mereka bersedih kerana inilah musim terakhir ‘Game of Thrones’ yang ditayangkan di televisyen. Jadi apa kesudahan perjuangan Jon Snow dan Daenarys Targaryen? Adakah mereka mampu mengalahkan bala tentera yang tidak mati dibawa oleh The Night King?
Walau bagaimana pun peminat ‘Game of Thrones’ tidak perlu gusar kerana HBO bakal memperkenalkan drama siri terbaru yang merupakan prekuel kepada siri ini. Menurut rangkaian telvisyen kabel yang bertanggungjawab merealisasikan siri hebat ini daripada novel ‘A Song of Ice adn Fire’ karya George R.R. Martin, kisah prekuel akan membawa penonton menyaksikan apa yang berlaku ribuan tahun sebelumnya.
Dengan populariti yang luar biasa dan jumlah peminat yang ramai tidak hairanlah mereka mengambil keputusan ini. Mungkin mereka akan bersedih kerana tiada lagi watak-watak kesayangan seperti Jon Snow, Daenarys Targaryen dan Tyrion Lannister.
Jadi apakah yang kita tahu setakat ini tentang siri prekuel yang bakal ditayangkan pada musim luruh 2019?
TEMA UTAMA

HBO mengambil keputusan untuk memberikan pilot episod untuk dikembangkan kepada Jane Goldman yang turut bekerjasama secara terus dengan George R.R. Martin. Siri ini mengambil tempat ribuan tahun sebelum kejadian di dalam siri ‘Game of Thrones’. Ia juga membawa kisah pada era Age of Heroes yang akan mencungkil sejarah white walkers dan misteri Timur yang berkait dengan Targaryen.
NAOMI WATTS
Antara pelakon nama besar pertama yang disahkan bakal muncul ialah Anomi Watts. Walaupun masih tidak diketahui apakah nama watak yang bakal dibawa olehnya namun ura-ura kencang mengatakan beliau membawa watak penuh karisma yang mempunyai sejarah hitam.
BACA: 6 Jenis Spider-Man Yang Muncul Dalam ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’
JUDUL SIRI
HBO masih lagi belum membuat sebarang pengumuman tentang judul siri prekuel ini. Namun ramai percaya judul ‘The Long Night’ adalah antara yang paling dekat. Menurut salah seorang penulis di The Ringer, dia mendapat info dari sumber rahsia bahawa judul yang bakal digunakan ialah ‘The Long Night’.
JOSH WHITEHOUSE
Pelakon muda meningkat naik yang pernah muncul menerusi ‘Valley Girl’, ‘Poldark’ dan ‘Alleycats’ iaitu Johs Whitehouse turut diumumkan sebagai antara pelakon utama yang bakal muncul. Dia dikahabarkan bakal memegang antara watak paling utama.
MUNGKIN TIADA NAGA ATAU TARGARYEN
Berdasarkan garis masa dan sejarah Wseteros, siri ini berkemungkinan besar tidak akan menunjukkan sebarang kemunculan naga atau keluarga Targaryen (mungkin untuk peringkat awal sahaja). Menerusi tembual bersama Entertainment Weekly, George R.R. Martin menjelaskan tentang baru itu berlaku kira-kira 5000 tahun (sebelum GoT) dan Westeros merupakan sebuah tempat jauh berbeza. Tiada King’s Landing, tiada Iron Throne dan tiada Targaryen.
TIADA RELEASE DATE KHUSUS
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas masih tiada tarikh spesifik bilakah siri bari ini akan mula ditayangkan. Apa yang kita tahu ia akan dikeluarkan berkemunkinan besar pada tahun 2019. Apa yang kita tahu sekarang episod pilot akan mula menjalani penggambaran pada awal tahun hadapan.
Anda Kini Boleh Lapor Kesalahan Kenderaan Guna Lorong Kecemasan Menerusi Whatsapp

Bermula hujung minggu ini ramai anak-anak perantauan di Kuala Lumpur khususnya akan mula menuju ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan hari raya.
Dan dianggarkan jutaan kenderaan akan berpusu-pusu keluar menuju ke pelbagai arah seperti Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Jadi bersiap sedialah untuk berdepan dengan kesesakan luar di semua lebuh raya. Bila berada dalam kesesakan begini mualah kita dapat saksikan pelbagai karenah pemandu yang tak reti nak bersabar. Antaranya memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan. Macam dia seorang sahajalah yang nak sampai cepat!

BACA: Tip Periksa Komponen Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh
Untuk mencegah perkara seperti ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata orang ramai kini boleh laporkan kesalahan pemandu lain dengan merakamkan kesalahan mereka.
Malah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia turut mengumumkan perkara sama di Facebook dan memberitahu orang ramai cara-cara untuk membuat laporan dengan hanya menggunkan Whatsapp.
CARA MEMBUAT ADUAN
Anda sebagai pelapor perlu menyatakan kesalagan sebagai bukti bersama dengan maklumat berikut:
- laporan ringkas aduan
- Tarikh dan masa kesalahan dilakukan
- Tempat kejadian
- Jenis kenderaan
- Nombor pendaftaran kenderaan
- Salinan foto, video atau dokumen berkaitan

Hantarkan maklumat di atas menerusi Whatsapp ke nombor 0134498997
Pemilik kenderaan yang melakukan kesalah akan diberikan Notis 114, notis temu siasat untuk mereka memberikan keterangan lanjut berhubungan kesalahan yang didakwa dilakukan mereka.

Sekiranya di dapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
Sehubungan dengan musim perayaan, Anthony turut mengumumkan bahawa kenderaan berat telah dilarang sama sekali untuk menggunakan lebuh raya. Tarikh-tarikh tersebut ialah;
1 – 3 Jun
8 – 9 Jun
Rujuk Senarai Ini Untuk Kenali Perangai Anda Kerana Pakar Motivasi Dedahkannya!

Adakah anda percaya rahsia personaliti anda boleh dibongkar hanya mengikut bulan kelahiran?
Jika tidak, penulis cuma ingin berkongsi cerita bahawa seorang pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah melakukan kajian tentang perkara ini.
Tempoh masa yang diambil adalah sehingga 25 tahun dan setiap data ‘perangai’ yang dikumpulkan amat menarik, unik dan ada juga yang pelik.
Namun begitu, anda tak perlu serius dan layan bacaan ringan ini dengan minda yang terbuka kerana personaliti anda juga akan mendedahkan sekiranya anda lahir pada bulan :
JANUARI
# Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
# Suka mendidik dan dididik
# Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
# Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
# Suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif, berfikiran mendalam
# Pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang
# Agak pemalu
# Daya tumpuan tinggi dan mudah mendisiplinkan diri sendiri
# Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
# Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
# Cukup sayang kepada kanak-kanak
# Suka duduk di rumah
# Setia untuk segala-galanya
# Perlu belajar kemahiran sosial
# Cukup cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
# Berfikiran abstrak
# Sukakan benda yang realiti dan abstrak
# Intelligent, bijak dan genius
# Berpersonaliti yang mudah berubah
# Mudah menawan org lain
# Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
# Jujur dan setia pada segalanya
# Keras hati untuk mencapai matlamat
# Tidak suka dikongkong
# Mudah memberontak apabila dikongkong
# Suka kegiatan yang lasak
# Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
# Mudah mempamerkan marahnya
# Tidak suka benda yang remeh-temeh
# Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
# Sangat berani dan suka memberontak
# Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan
# Selalu berjaya merealisasikan impiannya
# Pemerhatian yang tajam
# Suka hiburan dan sukan
# Suka benda yang bersifat seni
# Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# Berkecenderungan kepada benda yang tahyul
# Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
# Berpesonaliti yang menarik dan menawan
# Mudah diampingi
# Sangat pemalu dan pemendam rasa
# Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
# Sangat sensitif terhadap perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
# Suka pada kedamaian
# Sangat peka kepada orang lain
# Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
# Tidak cepat marah dan sangat amanah
# Tahu balas budi dan tahu kenang budi
# Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
# Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
# Suka berangan-angan
# Suka melancong
# Sangat manja dan suka diberi perhatian yang tinggi
# Kelam kabut dalam memilih pasangan
# Suka dengan hiasan rumah tangga
# Punya bakat seni dalam bidang muzik
# Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
# Jangan terlalu moody
APRIL
# Sangat aktif dan dinamik
# Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# Sangat menarik dan pandai manjakan diri
# Punya daya mental yang sangat kuat
# Suka diberi perhatian
# Sangat diplomatik (pandai memujuk) ketika berkawan
# Pandai menyelesaikan masalah orang
# Sangat berani dan tiada perasaan takut
# Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# Emosi cepat terusik
# Try control the emotion
# Kecenderungan bersifat dendam
# Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
# Kuat daya ingatan
# Gerak hati yg sangat kuat
# Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
# Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
# Kekerasan hati & degil
# Kuat semangat & bermotivasi tinggi
# Pemikiran yang tajam
# Mudah marah apabila tidak dikawal
# Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
# Perasaan yang amat mendalam
# Cantik dari segi mental & fizikal
# Tidak perlu dimotivasikan
# Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
# Mudah dipujuk
# Bersikap sistematik (otak kiri)
# Suka berangan
# Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
# Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
# Daya khayalan yang tinggi
# Pemikiran yang tajam
# Pandai berdebat
# Fizikal yang baik
# Kelemahan sistem pernafasan
# Suka sastera, seni & muzik serta melancong
# Tidak berapa suka duduk dirumah
# Tidak boleh duduk diam
# Tidak punya ramai anak
# Rajin dan bersemangat tinggi
# Agak boros
JUN
# Berfikiran jauh & berwawasan
# Mudah ditawan kerana sikap baik
# Berperangai yang lemah lembut
# Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
# Idea yang terlalu banyak di kepala
# Bersikap sensitif
# Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
# Sukar melakukan sesuatu dgn segera
# Bersikap suka menangguh-nangguh
# Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
# Cepat marah & cepat sejuk
# Suka bercakap & berdebat
# Suka buat lawak & bergurau
# Otaknya cerdas berangan-angan
# Mudah berkawan & pandai berkawan
# Orang yang sangat tertib
# Pandai mempamerkan sikap
# Mudah kecil hati
# Mudah kena selsema
# Suka berkemas
# Cepat rasa bosan
# Sikap terlalu memilih & cerewet
# Kurang mempamerkan perasaan
# Lambat nak sembuh apabila terluka hati
# Suka kepada barang yang berjenama
# Mudah menjadi eksekutif
# Kedegilan yang tidak terkawal
# Sesiapa yang memuji adalah musuh
# Sesiapa yang menegur adalah kawan
JULAI
# Sangat seronok didampingi
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# Berjiwa sentimental
# Jarang berdendam
# Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# Tidak suka benda remeh-temeh
# Membimbing cara fizikal dan mental
# Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# Layanan yg serupa dgn semua orang
# Tinggi daya simpati
# Pemerhatian yang tajam
# Suka menilai org lain dengan pemerhatian
# Mudah dan rajin belajar
# Suka muhasabah diri
# Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
# Suka mendiamkan diri
# Suka duduk dirumah
# Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# Tak agresif kecuali terpaksa
# Lemah dari segi kesihatan perut
# Mudah gemuk kawal tak kawal diet
# Minta disayangi
# Mudah terluka hati tapi lambat pulih
# Terlalu mengambil berat
# Rajin dalam membuat kerja
OGOS
# Suka berlawak
# Mudah tertawan kepadanya
# Sopan santun dan caring terhadap org lain
# Berani dan tidak tahu takut
# Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
# Pandai pujuk org lain
# Terlalu pemurah & bersikap ego
# Nilai harga diri yg sangat tinggi
# Dahagakan pujian
# Semangat juang yang luar biasa
# Cepat marah & mudah mengamuk
# Mudah marah apabila cakapnya dilawan
# Sangat cemburu
# Daya pemerhatian yg tajam & teliti
# Cepat berfikir
# Fikiran yang berdikari
# Suka memimpin & dipimpin
# Sifat suka berangan
# Berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
# Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
# Cepat apabila ditimpa penyakit
# Belajar untuk relax
# Sikap kelam kabut
# Romantik, pengasih, penyayang
# Suka mencari kawan
SEPTEMBER
# Sangat bersopan santun & bertolak ansur
# Sangat cermat, teliti & teratur
# Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
# Pendiam tetapi pandai bercakap
# Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
# Sangat prihatin, terperinci, amanah, setia & jujur
# Kerja yang dilakukan sangat sempurna
# Sangat sensitif yang tidak diketahui
# Org yang banyak berfikir
# Otak bijak & mudah belajar
# Suka mencari maklumat
# Kawal diri dari terlalu mengkritik
# Pandai mendorong diri sendiri
# Mudah memahami org lain (daya firasat yang tinggi)
# Banyak simpan rahsia
# Suka sukan, hiburan & melancong
# Kurang menunjukkan perasaannya
# Terluka hatinya sangat lama disimpan
# Terlalu memilih pasangan
# Sukakan benda yang luas
# Bersistematik
OKTOBER
# Suka sembang
# Suka org yang sayang padanya
# Suka ambil jalan tengah
# Sangat menawan & sopan santun
# Kecantikan luar & dalam
# Tidak pandai berbohong & berpura-pura
# Mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
# Sentiasa berkawan
# Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
# Cepat marah
# Macam pentingkan diri sendiri
# Tidak menolong orang kecuali diminta
# Suka melihat dari perspektifnya sendiri
# Tidak suka terima pandangan org lain
# Emosi yang mudah terusik
# Suka berangan & pandai bercakap
# Emosi yang kelam kabut
# Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
# Suka melancong, bidang sastera & seni
# Pengasih, penyayang & lemah lembut
# Romantik dalam percintaan
# Mudah terusik hati & cemburu
# Ambil berat tentang org lain
# Suka kegiatan luar
# Orang yang adil
# Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
# Mudah patah semangat
NOVEMBER
# Banyak idea dalam perkara
# Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
# Berfikiran ke hadapan
# Berfikiran unik dan bijak
# Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
# Pemikiran yang tajam
# Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
# Bagus untuk jadi doktor
# Cermat dan teliti
# Personaliti dinamik
# Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
# Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
# Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
# Terlalu degil dan keras hati apabila mahu sesuatu
# Berusaha sehingga berjaya
# Tak suka marah kecuali digugat
# Mudah ambil berat terhadap orang lain
# Pandai muhasabah diri
# Cara berfikir lain dari org lain
# Otak yg sangat tajam
# Pandai mendorong diri sendiri
# Tidak hargai pujian
# Kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi
# Cuba sampai berjaya
# Badan yang tough
# Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
# Romantik
# Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
# Suka duduk di rumah
# Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
# Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
# Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
# Bercita-cita tinggi
# Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
# Sangat setia dan pemurah
# Bersifat patriotik
# Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
# Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
# Bercita-cita tinggi
# Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
# seronok didampingi
# Suka bercampur dgn org
# Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
# Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
# Tidak pandai berpura-pura
# Cepat marah
# Perangai yg berubah-ubah
# Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
# Benci pada kongkongan
# Suka berlawak
# Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik